"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Isnin, 15 Ogos 2011

MAN BAI ft RAIHAN - HARAPAN RAMADAN


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua



Rabu, 29 Jun 2011

STAR FIVE - SATU CINTA


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Ahad, 26 Jun 2011

KRISTAL & SALEEM - HARUM KASIH BERSEMI


Alam yang luas terbentang
Ciptaan Tuhan yang indah
Untuk kita hidup aman
Menjalinkan perhubungan

Kau dan aku adalah ciptaanNya
kau dan aku oh hidup sementara
Janganlah menyakiti hati
Hulurkan kemesraan

Bersama kita hulurkan cinta yang murni
Selagi nafas ini tak terhenti
Oh Tuhan selamatkanlah kami selamanya
Semoga aman damai dunia

Wo... Oh.. Indahnya

Kau dan aku haruslah memikirkan
Masa depan tetang kehidupan ini
Tiba masa semua ditinggalkan

Hanya dibawa amalan kebaikan
Alangkah oh bahagianya
Jika saling menyanyangi

Wo..

Bersama kita hulurkan cinta yang murni
Selagi nafas ini tak terhenti
Oh Tuhan selamatkanlah kami selamanya
Semoga aman damai dunia

Indahnya hidup tanpa sengketa dan benci
Harumnya bila kasih pun bersemi
Bersama kita jalin ikatan nan suci
Bersyukur nikmat dari Ilahi
Wo... Oh...
Ye..

Jumaat, 24 Jun 2011

KRABAT - KEINSAFAN



Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

( korus )
Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

( solo )
( ulang korus & 1 )
( 1 )

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...

Rabu, 22 Jun 2011

RINDU ITU MENCENGKAM JIWAKU

mengapa sukar untuk aku melepaskan dirimu?
mengapa kau biarkan diri ku terkapai kerinduan?
adakah ini balasan atas apa yang aku putuskan?
kau tidak pernah mengerti apa yang aku rasa
kau tidak pernah untuk memahami diriku ini
aku tahu kau kecewa dan derita
tapi keputusan itu untuk masa depan kita
ingin sekali aku laungkan sekuat hati
apa yang aku rasakan waktu ini
apa yang aku lalui dan alami saat ini
airmata mengiringi setiap kali diriku terkenangkanmu
kenapa perlu ada dendam antara kita
jika suatu masa dulu kau pernah katakan kau pasrah dan redha apa saja terjadi
apa maksud tiada dendam
apa maksud kau pasrah dan redha
mana janjimu untuk terus berkawan denganku
mengenangkan dirimu membuatkan aku sebak
kau terlalu istimewa dalam hidupku
sehingga aku masih mencari-cari dirimu walaupun antara kita sudah tiada apa
apakah perasaanmu waktu ini?
apakah tidak pernah terdetik walau sesaat namaku, wajahku serta suaraku di fikiranmu?
itulah perasaanku, dan fikirankan waktu ini
aku perlu kuat hadapi semua ini
untuk apa?
untuk diriku jua kerna kau sudah jauh menghilangkan diri
bagimu kita tidak mungkin berkawan
bagimu aku hanya persinggahan yang perlu kau lupakan
dan aku masih cuba untuk melepaskan dan melupakan dirimu selamanya

TINGGAL KENANGAN

dari sunyi itu
kau hadir memberi sinar
dari sepi itu
kau warnakan hidupku ini
setiap saat dan detik
kau sapa diriku dengan penuh kasih sayang
suatu hari kau menyepi dan terus hilang
aku mencari dan terus ku temui jalan buntu
suaramu, wajahmu dan bayangmu terus pudar dari pandanganku
akhirnya hari ini kau hadir jua
kau katakan lupakan dirimu dan semuanya sudah berakhir
segalanya hanya tinggal kenangan

Isnin, 20 Jun 2011

BIARLAH IANYA MENJADI KENANGAN TERINDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hati dan perasaan yang menanggung kecewa lebih pedih dari yang melihat.. tapi mengapa ada di kalangan kita yang sanggup menyalahkan seseorang.. orang takkan faham apa yang kita lalui.. orang takkan mengerti apa yang kita rasa.. mereka hanya tahu menyalahkan tanpa usul periksa.. bukan niat untuk menghancurkan apatah lagi memusnahkan hubungan itu.. ianya terlalu berat untuk di lalui..

tak perlu diri ini menjelaskan mengapa dan kenapa jika mereka hanya tahu menuding jari ke arah seorang insan yang bergelar wanita ini.. pedih dan sedih bila di kenangkan... biarlah kenangan itu menjadi kenangan..


Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu


Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku

AISYAH - TIADA LAGI TANGISAN




kini telah lama kita berpisah
rintihan asmara kian berubah
tiada lagi mengharap
tiada lagi belaian manja mu
semua telah berakhir

ketenangan hidup menyinariku
keperitan cinta terlerai sudah
tabah dengan hati luka nan berduri
ku mengenali siapakah diriku
yang sebenarnya

tiada lagi tangisan
tiada lagi air mata
membasahi jiwa luka
yang tinggalan hanya memori duka

semuanya diduga prtemuan kali ini
takkan berkekalan
berakhirlah istana bahagia

biarkan daku hidup kesorangan
tak perlu lagi cinta yang menghiris luka
titisan air mata kini kekeringan
tak perlu menabur kasihmu

dan kini tertutup jendela harapan ini
kau yang menanti ke pangkuan aku
semua takdir yang telah ku temu akan ku rela segalanya tanpa mu

PERSIAPAN NAK MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni dah 18 Rejab 1432 Hijrah..
beberapa hari lagi akan masuk bulan Syaaban dan seterusnya Ramadhan..
tiada apa yang diharapkan kecuali panjangkan umo dan diberikan kesihatan untuk sama2 menikmati kemeriahan ramadhan buat sekian kalinya..



rancangan: AL-HIDAYAH
saluran: TV3
tarikh: 6 ogos 2010
jam: 1:00 tengah hari
tajuk: persiapan menyambut bulan ramadhan
panel: Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al Idrus

di sini sempat hida catitkan sedikit apa yg di perkatakan oleh ustaz syed mohd norhisyam

apa perasaan menunggu ketibaan ramadhan??:

    *gembira bagi mereka2 yg sentiasa menunggu kehadiran ramadhan bagi menambah lagi pahala yang berlipat kali ganda pada bulan ramadhan dengan ibadah2 khusus, sedih bagi mereka2 yang sememangnya fikir kehidupan ini untuk enjoy jer..(sbb fikir mcm mne nak makan, tak boleh nak buat maksiat)

latihan sebelum tibanya bulan ramadhan:

    * perlu warm up, latihan.. dalam bulan2 sebelum ramadhan, dan mulakan puasa sunat terutama bulan syaaban..

kelebihan bulan ramadhan:

    * turunnya al-quran sekaligus.. (perbanyakkan membaca al-quran, hadiri majlis2 ilmu tuk memahami isi kandungannya)
    * malam lailatulqadar
    * dapat pahala khusus
    * pakar perubatan seluruh dunia setuju bahawa makanan adalah punca utama penyakit manusia (darah tingggi, kencing manis, sakit jantung, gout), dengan berpuasa - dapat kawal sistem penghadaman tuk merehatkan perut kita..
    * dapat mendidik diri dalam bulan puasa (bertaubat).

perkara yang perlu di jauhkan dari diri kita:

    * walaubagaimanapun, ada antara kita yang puasa tapi tak sembahyang, puasa tpi x tutup aurat dan puasa tpi khianati jiran..
    * cadangan juga di berikan oleh ustaz berkenaan persiapan untuk sambut hari raya:
    * buat persiapan raya siap2 dlm bulan syaaban.. insya'allah bulan ramadhan nnti boleh fokus pada ibadat.. ni tak asyik nk kejar jualan murah.. dah tak fikir jualan murah pahala yg Tuhan bagi dalam bulan ramadhan.. malam lailatulqadar pun terlepas..

amalan2 yang perlu di tingkatkan pada bulan ramadhan:

    * bersedekah (berlipat kali ganda), ikut kadar kita.. janji ikhlas..
    * hadiri majlis2 ilmu (berlipat kali ganda pahala yg kita dapat dalam bulan ramadhan)..

KASIHNYA AYAH

ayah memang tak pernah marah-marah
ayah tak pernah 'slow talk' dengan kami adik beradik
memang mak yang di tugaskan untuk bagi ceramah dan pesanan pada kami semua
tapi kami tahu ayah selalu bincang dengan mak
malam-malam sebelum tidur
kami dengar sayup-sayup ayah dan mak bercakap
kami tahu mak dan ayah bincang pasal anak-anak
agama, pendidikan, kewangan dan macam-macam lagi..

kami bangga dengan ayah
ayah sentiasa sokong setiap perancangan kami
ayah lebih sensitif dan beremosi berbanding mak
sebab tu ayah mudah mengalirkan airmata
ayah tak segan untuk menangis bila melihat kejayaan anak-anak
apatah lagi kesedihan anak-anak
orang kata tak macho lelaki menangis
tapi kami tahu ayah menangis sebab ayah tumpang gembira dan sedih untuk kami
ayah rasa apa yang kami rasa
bagi kami ayah tetap macho dalam apa jua keadaan..

dulu ayah pernah pesan belajar rajin-rajin
buktikan anak tukang kebun pun boleh berjaya
ayah pesan lagi..
tak nak anak-anak ayah kerja macam ayah
penat, berhujan dan berpanas hanya untuk sesuap nasi
ayah ulang alik kerja dengan basikal tua itu
ayah tak pernah merungut
ayah setia dengan kayuhan setiap hari
demi keluarga kita
demi mak dan anak-anak..
pendapatan tak seberapa
tapi ayah syukur dan berterima kasih pada Yang Maha Esa
sebab dapat besarkan 10 orang anak-anak dengan pendapatan tersebut
sikit tapi berkat untuk kehidupan kita semua...

sekarang ayah dah berehat dari kerja tersebut
ayah dah jadi suri rumah macam mak
tapi ayah tetap ketua keluarga
ayah tetap ayah kami
dan semestinya pendamping mak yang paling ideal
ayah masih bersama basikal tua itu
ke kedai kopi, pasar dan masjid
berkayuh dah menjadi aktiviti harian ayah
tahun ni genap usia ayah 70 tahun
tapi ayah tetap muda dan bertenaga..

ayah..
doa kami moga ayah dan mak sihat walafiat
dan dapat kecapi bersama hasil titik peluh serta pengorbanan
ayah dan mak selama ni..
kami juga mendoakan moga ayah dan mak beroleh kesejahteraan dan keberkatan
di dunia dan akhirat.. aminn..

RESEPI: NASI KERABU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam duk sibuk2 meng 'key in' data sempat lagi hida post entry dan blogwalking.. sambil2 je.. kebetulan ada member2 tanya mcm mana nk buat nasi kerabu.. so, hida amik peluang ada blog tuk berkongsi kat sini je.. nanti kalau ada yang tanya lagi boleh la hida bagi link ni.. kebetulan balik kampung hari tu mak buat nasi kerabu dan di bantu oleh anak2 perempuan.. 1st entry hida dalam blog ni adalah Resepi Nasi Kerabu (Long Island Village).. Jomm pakat mencuba Nasi Kerabu versi hida yang di ajar oleh mak tercinta..



Nasi:
Basuh beras macam biasa..
Masukkan daun limau purut, serai, daun pandan, daun lengkuas dan juga daun kunyit serta pewarna (biru/kuning)..

p/s: Jika ada pokok Bunga Telang/Butterfly Pea/Clitoria ternatea,
rebus bunga tersebut tapis dan ambil air untuk dijadikan sebagai pewarna biru...
lagi cantik warnanya..

Air lada:
Blander lada(cili), bawang putih (2 ulas)
Garam n gula secukup rasa.. nak masukkan cuka pun boleh juga tapi jangan banyak sangat nnti masam pulak..

Budu:
Lebih baik masak dulu, campur daun limau purut, serai dan sedikit gula Melaka

Sambal kelapa:
Kelapa parut di goreng seperti nak wat kerisik..
Pas2 blander, jgn lumat sgt.. - A
Blander halia, bawang merah, bawang putih - B
A dan B tadi di campur dengan ikan yg telah direbus dan di asingkan tulang2nye..
Garam n gula secukupnya..
Gaul hingga sebati..

Ulam-ulaman:
Kobis
Kacang panjang
Daun kesom
Taugeh
Bunga kantan
Timun batang
Daun serai kayu


[lagi sedap jika ada keropok keping, ikan celup tepung, ayam goreng, telur masin, bawang putih jeruh dan juga solok lada]

~ SIAP UNTUK DIMAKAN... SELAMAT MENCUBA ~

Ahad, 19 Jun 2011

SELAMAT TINGGAL CINTA

cinta..
saat kau hadir..
mentari jua bersinar indah,
tiada kata dapatku lafazkan,
kerna kau terlalu istimewa,
kau memberiku sejuta rasa,
sejuta pengharapan.

cinta..
aku ingin bersamamu selamanya,
saat suka atau duka,
saat aku memerlukan teman bicara,
dan saat aku memerlukan gelak tawa,
bagi menerangi hidupku ini.

cinta..
deringan telefon sentiasa ku nantikan,
kerna ku tahu kau jua rindukan suaraku ini,
mesej salam dan khabar berita jua setiap saat kau kirimkan,
pernah satu ketika,
bila kita berhubung hanya nafas sahaja yang dapat kita dengar,
sehingga tidak ada baris kata dapat kita luahkan lagi..

cinta..
setiap hari kau lafazkan sayang, rindu dan cinta,
aku cuba untuk menceriakan dirimu dengan ungkapan yang sama,
sehingga aku dapat dengar bagaimana senyuman manismu itu,
tapi aku takut,
takut dengan ungkapan itu sendiri,
takut tidak mampu memberikan makna disebalik ungkapan itu..

cinta..
kau tabah, kau rela, dah kau redha..
itu yang kau katakan bila aku meluahkah rasa bimbang pada perhubungan ini,
tapi aku tetap bimbang jika suatu hari kita kecewa,
dan aku takut jika di anggap sebagai mempermainkan hati dan perasaanmu..

cinta..
pernah satu ketika aku terfikir untuk memutuskan perhubungan ini,
biar kita kecewa di permulaan hubungan,
tapi tidak di saat-saat aku dan kau terlalu cinta..
sehingga aku rasa rimas dan tertekan dengan ungkapanmu,
tertekan dengan tembok pemisah antara kita..

cinta..
aku masih mengharapkan hubungan kita ini direstui,
tapi aku tidak sanggup memberikan harapan kepadamu,
aku tidak sanggup melihat airmata lelaki gugur kerna diriku,
biarlah yang kecewa hanya aku,
dan biarlah aku tanggung segala keperitan itu..

[SamSonS - Tak Bisa Memiliki]

cinta..
jika benar suatu hari penantian kita ini berakhir dengan kehilangan,
pasrahlah dengan takdir itu,
kerna bukan semua yang kita impikan akan menjadi nyata,
redhalah ada insan lain untuk dirimu dan juga diriku,
dan yang pasti Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

doaku moga kau bahgia selalu..

Selasa, 31 Mei 2011

Hijjaz - Sebelum Mata Terlena

YA ALLAH AMPUNILAH DOSA-DOSAKU DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI..
AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPAKU, KELUARGAKU, SAUDARA MARAKU, GURU-GURUKU, TEMAN-TEMANKU SERTA SELURUH KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...
BERKATILAH HIDUP KAMI DI DUNIA DAN AKHIRAT..

YA ALLAH HANYA PADAMU KAMI MEMOHON..

YA ALLAH JIKA ESOK MASIH ADA,
KAU RAHMATILAH KAMI DAN KAU KUATKANLAH IMAN KAMI UNTUK MENEMPUH DUGAAN, CABARAN SERTA UJIAN YANG BAKAL HADIR..
DAN JIKA ESOK BUKAN MILIK KAMI LAGI...
KAU AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI DAN KAU BERKATILAH SEPANJANG KEHIDUPAN KAMI..
DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT..

AMINN YA RABBAL ALAMIN...

Hijjaz - Sebelum Mata Terlena


Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu

Isnin, 30 Mei 2011

Sahabat

sahabat..
perasaan aku kadang SUKA dan kadang DUKA
dalam suka itu aku senyum dan ketawa riang
dalam duka juga aku masih mampu tersenyum
ku ukir senyuman itu hanya untuk mu
tapi pahitnya senyuman itu hanya DIA yang tahu



sahabat..
kau tanya tentang ikhlaskah senyumanku itu
aku tidak mampu menjawab
kerna KEIKHLASAN hanya DIA yang tahu
hanya DIA yang boleh menilai sebuah KEIHKLASAN
jika ditanya tentang MENJAGA HATI dan PERASAAN
mungkin itulah kebenarannya dalam KEPAHITAN SENYUMAN


 
sahabat..
demi dirimu aku mekarkan senyuman itu
aku ketepikan resah dijiwa
kekalutan serta kekecewaan hati
kata-kata tidak mampu lagi ku lafazkan
linangan airmata tidak mampu ku tahan

sahabatku..
tahukah engkau setiap detik dan saat
aku perlukan dirimu untuk meneruskan kehidupan ini
kerana...
senyumku masih seperti dulu untuk dirimu
aku hanya perlu dirimu tahu
bahawa AKU TETAP AKU
masih setia memberi SENYUMAN itu untukmu
masih setia mendengar keluh resahmu itu
dan ingin sekali aku laungkan dengan penuh kasih sayang
kaulah sahabat, kekasih dan teman selamanya..


Ahad, 29 Mei 2011

Video: Sahabat, Kekasih dan Teman

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

jomm layan video kt bawah ni.. video ni hida buat khas tuk teman-teman seperjuangan Sarjana Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan juga Multimedia di Universiti Pendidikan Sultan Idris.. selamat maju jaya tuk teman-teman semua..
lirik lagu ni best.. tpi hida dah byk kali search kt youtube xder lak videonya..
sbb tu hida wat video khas mggunakan lagu ni..

Aishah - Sahabat Kekasih dan Teman

video

Tema: Merah Hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
ok tak tema color merah hitam??
cantik gak kan..
walaupun nampak macam garang..
hahaa.. 
::gelak garang + kejam::
memang la kalau ikut tahun 2011 pun, hida mmg nk gne tema merah..
akhirnya tercapai gak..
tapi masih duk godek2 lagi..
mana tau lepas ni bertukar jadi pinky..
heheee..
::gelak perli diri sendiri::


Luahan Hatiku Berbicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

blog ni adalah blog yang ke dua selepas iNiLaH DuNia Ku...
blog luahan hatiku berbicara ini hanya akan fokus pada penulisan hida dalam cerpen, puisi..
perkongsian lagu dan juga video..
di sini juga hida akan share pasal video yang hida buat..
smbil belajar boleh la share ngan teman2 blogger..


InTeam - Kasihku Abadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pagi ni jomm kita layan lagu nasyid ni..
dah berpuluh kali hida dengar..
liriknya amat bermakna dan menyentuh hati ini..

InTeam - Kasihku Abadi


Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...

Sabtu, 28 Mei 2011

Mereka Tetap Di Hati

teman, kawan, sahabat atau apa saja panggilan untuk mereka
aku tahu mereka adalah sebahagian dari hidup kita
dari kecil hingga ke tua mereka tetap ada
tak kira bagaimana rupa dan sikap
betul la kata pepatah
berkawan biar beribu, berkasih biar satu
tak salah dan tak rugi ada ramai kawan

satu pertanyaan..
ada ke yang tiada teman, kawan, sahabat sepanjang hidup mereka??
tak mungkin kan...
kekadang kita lebih percayakan mereka berbanding keluarga sendiri
kenapa?? satu lagi pertanyaan..
kerna hubungan persahabatan itu dah tersemat dalam hati kita

mereka jadi musuh??
biasa la tu, dalam 10 orang adik beradik pun tak semua sebulu ngan kita kan
tapi itu bukan alasan untuk tidak berkawan
kawan makan kawan
kawan tikam kawan
lumrah kita berteman, berkawan dan bersahabat
kita sendiri pun belum tentu macam mana kan
cakap kencang kita dah buat yang terbaik
tapi tanpa kita sedar ada hati yang terguris kerna kita

sukar cari teman sejati??
setuju sangat ngan persoalan ini
benda baik dan sempurna ini bukan senang nak dapat
perlukan pengorbanan dan keihklasan
kata pepatah english pula 'what you give you get back'

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

jangan hina dan keji serta mudah melatah bila ada di kalangan mereka menegur kita
teguran merekalah yang akan menjadi cermin untuk kita
baik buruk kita, sikap dan perangai kita
mereka yang sentiasa berada di sisi lebih tahu
dan mereka mampu menyedarkan kita
mereka mampu menasihati kita
betul atau salah, kita ada akal yang waras untuk fikirkan
jangan mudah menghukum mereka dengan teguran tersebut

seronok bila berjaya hiburkan hati orang-orang di sekeliling
tengok mereka senyum apatah lagi gelak ketawa
mereka bercerita suka dan duka
mereka bernyanyi dan berjenaka memeriahkan suasana

bila hati sendiri sedih dan kecewa
mereka juga membuat perkara yang sama
hingga mereka kata kita sama-sama rasa
suka atau duka itu kehidupan kita
berkongsi dan meluahkan untuk meringankannya

itulah faedah bila kita mempunyai teman, kawan atau sahabat
setiap persoalan akan terjawab jika kita tahu apa yang kita persoalkan itu
tapi jangan hanya tahu mempersoalkan..
sama-sama la kita mencari jawapan bagi mengukuhkan ukhwah persahabatan antara kita..
insyaAllah di dunia dan akhirat..

Penantian dan Kehilangan


Ada kalangan kita mengatakan sebuah penantian itu memeritkan dan memedihkan.. penantian tanpa sebuah jawapan dan penjelasan takkan memberikan kita kebahgiaan untuk hari-hari yang kita lalui.. ianya akan memberi tekanan demi tekanan.. tapi jika kerna kasih dan sayang, penantian itu sanggup kita harungi..


Bagaimana dengan kehilangan?? Sehingga hati yang keras dan juga ego mampu mengalirkan airmata..  Mampukah kita hadapi sebuah kehilangan yang kita sendiri tidak jangka akan kehilangan tersebut.. Pernah bersama suka dan duka.. harungi detik-detik bahagia bersama tapi pergi jua dalam pelbagai keadaan..

Tapi jika kita lihat pada kesabaran kita dalam sebuah penantian itu berakhir dengan sebuah kehilangan.. adakah kita hanya mampu menangisi dan meratapi apa yang berlaku?? Adakah kita merelakan ianya berlaku?? Adakah kita mampu hadapi hari-hari mendatang dengan tabah??

Segalanya terletak pada diri kita.. kekuatan serta kesabaran kita menghadapinya.. penantian akan sentiasa hadir dalam hidup kita kerna tidak semuanya kita akan perolehi dalam masa yang singkat.. begitu juga dengan kahilangan.. bukan semua dalam dunia ini hak milik kita.. sayang bagaimana pun kita pada sesuatu itu, jika ia ditakdirkan bukan hak kita maka kehilangan perlu kita terima..

Melepaskan sesuatu yang kita sayang lebih perit dan terpaksa gagahkan diri demi sebuah kehilangan..

Video: Teman Siber (Facebook)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

beberapa mggu yang lepas.. lupa mggu ke bulan.. hehee..
biasa la bila dah usia bertambah-tambah ni, ingatan pun mula berusia la..
duk asyik main facebook, teringatkan teman-teman siber semua..
yang mana duk komen dan bersua muka dalam alam maya je ni..
tapi baik sangat.. caring, sharing.. semua ring-ring la.. hehee..
jangan tak caya hida dah jumpa beberapa orang yang dulu kenal kat alam maya skank dah alam realiti..
so, video ni tanda penghargaan hida pada mereka..
jomm layan video ni..

Teman Siber (Facebook)

video

Video: Anak Sedara Mencuit Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

ni pulak video yang dirakam oleh hida..
ni anak sedara hida yang paling mencuit hati kami sekeluarga..
pengaruh tv memang cukup kuat pada dia..
tambah-tambah citer indonesia..
karton tak yah citer la.. intisari rancangan dah ada dalam minda mereka..
astro lagi la... MACAM-MACAM ADA..
siap blh hafal lirik lagu tu walaupun kekadang ada word yang kurang jelas..

Jomm layan video Atikah Nurani Mohd Asri
KebesaranMu Tuhan OST Cinta dan Anugerah

video

Jumaat, 27 Mei 2011

Kristal - Luahan Hati

Best lagu ni..
dari mula hida dengar, sampai skank hida layan..
tak tahu la apa yang membuatkan hida tertarik ngan lagu ni...
mungkinkah liriknya atau penyanyinya..
macam2 la kan..
jomm layan lagu ni..


Luahan Hatiku Berlagu

 adakah ini suratan atau kebetulan
hadirmu membawa sinaran dalam hidupku
hari ini dan semalam yang amat berbeza
dan kau selalu ada dalam susah dan senangku
kerna kau sahabat, kekasih dan teman
yang akhirnya diri ini tiada lagi tangisan
ini menandakan kita serasi bersama

perlukah kita bersumpah dengan langit
sedangkan kau tahu kau tetap dalam anganku
dan wajahmu di mana-mana
yang pasti aku rindu sayang kamu selalu

ingat tak pada seribu impian
yang membuatkan kita saling terpesona
mengejar impian demi impian bersama
dan janganlah kita jadikan yang terindah hanyalah sementara
serta membuatku melangkah terpaksa
kerna jika kau tiada aku hanya berteman sepi
biarkanlah kita langkah seiringan
dengan satu jalan satu pegangan

seperti dulu aku tetap aku
tak mungkin berpaling lagi
haruskan di uji kesetiaan kita ini
dan jika suatu hari janji manismu mula goyah
dan entah mengapa cinta beralih arah
ingatlah kau dan aku adalah sahabat
di mana kau tetap di jendela kenangan ku

aku cuba untuk hilangkan gemuruh di hati ini
kerna kasih tercipta di harap sampai syurga
aku tuliskan gubahan rindu puisi syahdu untukmu
supaya kau kembali senyum untuk selamanya
dan memberi satu harapan untuk kita
kau harus ada kerna itulah jeritan sahabat antara kau dan aku

memori tercipta sungguh indah
di sini ku berjanji demi kasih kita
kita akan sentiasa mencari jalan keindahan
dan jika kau rasa getarnya
kau dan aku mengenang kembali saat-saat manisnya rindu
relaku pujuk hati mu itu demi kembali mencari sinaran

akhirnya ramalanku benar belaka
sebak, seksa, hampa, rimas, dan..
yang pahit akan manis akhirnya
kerna itulah warna kehidupan kita

izinkan aku meluahkan rasa
dan sebenarnya aku ingin dekat padamu
kita sama rasa suka dan duka
akhirnya kita kekal dan setiaku di sini bersamamu
sehingga nafas terakhirku
kerna kau sahabat kau teman
yang teristimewa...

Cerpen2: Berikan Aku Peluang

“Aliya tahu ma, Aliya tak sehebat along, tapi Aliya dah cuba sedaya mungkin untuk puaskan hati semua pihak. Aliya ada impian sendiri. Sekarang dah masanya Aliya tumpukan pada keinginan Aliya” dengan nada yang sedih dan kecewa Aliya mencurahkan isi hati kepada mamanya, Zaharah.

Aliya adalah anak kedua kepada pasangan Amran dan Zaharah, seorang usahawan berjaya yang memiliki perniagaan terbesar di ibu kota. Anak sulung mereka iaitu Aliza menurut jejak langkah Amran dalam bidang perniagaan. Impian Amran untuk membawa Aliya ke bidang yang sama tidak berjaya kerana Aliya meminati bidang yang berbeza iaitu lukisan.

“Saya tak akan mengaku dia anak saya Zah kalau dia teruskan dengan niat dia yang bodoh tu. Apa ada pada bidang yang dia pilih tu? Dari kecil sampai sekarang tak habis-habis menyusahkan saya” dengan marah Amran melontarkan kata-kata kepada Zaharah tanda tidak setuju dengan keputusan Aliya.

Zaharah menjadi serba salah untuk memihak kepada suami atau anak bongsunya. Keputusan Aliya untuk melanjutkan pelajaran ke kota Paris dalam bidang lukisan dibantah oleh Amran. Katanya bidang tersebut tak akan mendatangkan hasil. Aliya tekad dengan keputusannya, hal ini lah yang menyebabkan pertengkaran antara mereka anak beranak. Aliza pula sedikit pun tidak memihak kepada Aliya. Aliza hanya mengiakan apa yang diperkatakan oleh papanya. “Kau tak fikir masa depan kau ke Liya? Papa dah bagi kemudahan kau yang bodoh cari susah tu kenapa? Boleh hidup senang kau cari susah. Aku tak faham la dengan kau ni” aliza merendah-rendahkan keputusan Aliya. Sedikit pun tidak pernah menyokong.

“Tak salahkan kalau dia pilih bidang lukisan, bukannya benda tu haram. Lagipun dia dah cuba tapi itu bukan bidang yang dia minat. Bagilah dia peluang dulu, jangan cepat menyalahkan anak-anak. Sekarang ni ramai pelukis boleh berjaya” rayu Zaharah kepada suaminya. “Berjaya awak cakap. Duduk tepi-tepi jalan tu Zah awak kata berjaya? Kais pagi makan pagi pun belum tentu lepas Zah oiii. Pergi Paris tu 4 tahun nak bazirkan waktu dan duit semata-mata. Kalau dia nk bercuti ke sana, sekarang juga saya tanggung segalanya. Dia tak tengok ke apa yang dah Aliza capai?” dengan bangganya Amran berkata-kata tentang Aliza. Aliza adalah anak yang diharapkan dapat memajukan A&Z Holding.

“Papa dan along aku takkan faham sampai bila-bila pun minat aku dalam bidang ni Mus. Hanya bidang perniagaan yang dapat bagi dia bangga. Aku dah cuba Mus, kau pun tahu kan, 2 tahun aku abdikan diri dalam A&Z Holding. Tak ada apa hasil yang dapat aku sumbangkan. Aku nk buat apa yang aku minat Mus. Bukannya aku nak buat benda haram” Aliya meluahkan perasaan kecewanya kepada Musfira, teman baiknya sejak dari bangku sekolah lagi. “Tapi, kau tak kesian kat mama kau ke Liya? Aku kesian tengok auntie Zah” balas Mus.

“Ma, esok flight Liya pukul 3 petang. Liya bertolak dari rumah Mus. Kalau mama tak keberatan boleh la datang ke airport. Tapi kalau papa tak izinkan tak apalah. Doa dan restu mama dah cukup untuk Liya di sana” Aliya sekadar memaklumkan kepada mamanya.

“Sekejap pun jadilah bang, kita tak tahu apa akan jadi dalam masa 4 tahun” rayu Zaharah kepada Amran. “Sayang anak pun Puan Zaharah, biar kena tempatnya. Anak macam Aliya tu tak patut bagi muka sangat. Biar dia tahu betapa susahnya hidup kalau sesuatu yang dia buat tu tak dapat restu dari orang tua” tidak sedikit pun perasaan untuk berjumpa anak bongsunya itu buat kali terakhir sebelum Aliya bertolak.

“Tak apa la ma, Aliya faham situasi mama. Lagipun Aliya dah jangka papa takkan datang dan takkan benarkan mama datang. Mama doakan keselamatan dan kejayaan Liya kt sana ya. Pasal belanja semua mama tak perlu risau sebab semua ditanggung oleh MARA. 4 tahun kejap je ma, pejam celik, pejam celik insya’allah kita dapat berkumpul semula. Aliya takkan malukan family kita ma. Nasihat mama dan papa sentiasa bersama Liya” itulah panggilan terakhir Aliya bersama Zaharah sebelum dia bertolak ke Kota Paris.

4 tahun selepas itu….

“ANAK MALAYSIA HARUMKAN NAMA NEGARA, Lukisan pemandangan KLCC merangkul kejuaraan pertandingan pemandangan dunia di Kota Paris.” petikan akhbar hari ini. “Anak yang awak kata bodoh tu lah yang bagi nama awak bersinar dan perniagaan awak bertambah maju sekarang. 4 tahun, sekali pun awak tak pernah tanya khabar dia sedangkan dia sentiasa tanya khabar awak dan Aliza. Awak baca tak surat khabar hari ni? Wartawan tanya siapa pendorong dia boleh berjaya? En. Amran Abdillah!!! Siapa tu bang? Dia tak pernah lupakan kita semua walaupun dah 4 tahun jauh beribu batu” kecewa dengan kesilapan yang di lakukan oleh suami dan anak sulungnya.

“Liya rindu sangat ngan mama. Mama sihat?” hanya itu yang mampu di katakana oleh Aliya setelah menjejakkan kaki ke bumi Malaysia setelah 4 tahun di negara orang. Rindunya terubat setelah berada dalam pelukan ibu tercinta. Airmata mengiringi mereka. Musfira setia bersama Aliya.

“Maafkan papa Aliya. Sesungguhnya papa khilaf dalam hal ini. Papa memang seorang bapa yang tidak prihatin” Amran mengakui kesilapannya sendiri. Aliya hanya mampu menitiskan airmata. “Aliya tak pernah salahkan papa. Semua yang berlaku adalah pembakar semangat Liya untuk teruskan minat Liya. Kejayaan Liya hari ni pun jasa baik papa juga. Papa tetap idola Liya. Liya kan anak papa” Aliya terus memeluk papa yang bertahun dirinduinya. “Maafkan Liya pa, bidang lukisan ni pun tetap ada kaitan ngan perniagaan. Betul kata papa, Liya takkan boleh lari dari papa. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan pa?...” dengan senyum terukir di bibir mereka berdua.

“Maafkan along Liya. Along janji, lepas ni along lah orang pertama yang menyokong Liya. Maafkan along Liya” Aliza menangis teresak-esak sambil memeluk adiknya itu. “Liya tak pernah salahkan along. lepas ni, kita sama-sama majukan A&Z Holding ok. Banyak lukisan yang Liya nak gantung kat office” dengan nada yang gembira Aliya membalas. Mereka sekeluarga mengakhiri hari tersebut dengan linangan airmata gembira. 

Cerpen1: Cinta Hanya untuk Kamu

“Mungkin antara kita tiada jodoh. Laila mesti terima takdir antara kita sampai di sini saja” itulah kata-kata akhir daripada Razif. Lailatul dan Razif sudah 8 tahun bercinta. Perancangan mereka untuk mengakhiri perhubungan dengan sebuah perkahwinan hancur berkecai. Razif sudah bertemu dengan kekasih hati yang baru.

“Apa gunanya kau meratap tangis macam ni Laila? Along tak nak tengok adik Along jadi macam ni. Sekarang tak ada jaminan walaupun kau dah bercinta 10 tahun sekalipun. Kalau hati dan perasaan dah berubah tak ada apa yang boleh dibuat. Kau kena banyak-banyak tawakal” itu saja yang mampu dikatakan oleh kakak Lailatul.

“Laila nak pergi Kuala Lumpur Along. Muz dah tolong carikan kerja untuk Laila kat sana. Muz cakap kat pejabat tempat dia kerja ada kosong. Dia terus recommend Laila. Hujung minggu ni masuk kerja” jelas Lailatul kepada kakaknya tentang niatnya untuk bekerja di Kuala Lumpur.

“Esok kau mula kerja. Kau jangan risau, kat sana semua staf baik-baik dan mesra sangat. Macam aku lah” gelak Muzlifa dengan riang. Lailatul dan Muzlifa adalah sahabat karib sejak dari kecil lagi. Selepas tamat belajar di universiti, Lailatul hanya menjalankan kerja-kerja kampung kerana Razif tidak mengizinkan Lailatul berjauhan darinya. Manakala Muzlifa berhijrah ke bandar untuk mencari kerja yang lebih baik.

“En. Rahim nak saya yang handle projek tu? Pengalaman saya pun masih cetek lagi la En. Rahim. Dalam syarikat ni pun baru setahun. Ramai lagi yang berkebolehan dan berpengalaman daripada saya” Lailatul terkejut bila diberitahu oleh ketua bahagiannya bahawa dia akan bertanggungjawab ke atas sebuah projek baru. “Syarikat Aman Mewah terutama saya percaya kepada kebolehan awak, Laila. Selama setahun ni, apa yang awak tak boleh buat. Pihak syarikat juga bangga ada pekerja macam awak. Lagipun awak memang layak dari segala sudut. Tolonglah jangan hampakan harapan saya dan syarikat. Lagipun saya adalah penyelia awak” harapan yang diberikan En. Rahim dan syarikat amat besar. Walaubagaimanapun, Lailatul sanggup menghadapinya.

“Hebatlah kau ni Laila. Aku tabik dengan kau” bangga Muzlifa dengan sahabatnya itu. “Ini semua pun jasa kau juga Muz. Tanpa kau, aku tentu tak kemana. Tentu sekarang aku masih kat kampung lagi dengan kerja-kerja kampung tu. Entah-entah duk meratap tangis lagi terhadap lelaki yang separuh mati aku percayakan tu” Lailatul dan Muzlifa berpelukan sambil menangis sedih dan gembira.

“Selamat pagi. Boleh saya tolong Cik?” manis dan ramah sekali penyambut tetamu Syarikat Makmur Indah. Kehadiran Lailatul ke sana untuk membincangkan tentang projek yang akan dipertanggungjawabkan kepadanya. Dia di arahkan bertemu dengan CEO Syarikat Makmur Indah oleh En. Rahim. “Saya Lailatul Lazim dari Syarikat Aman Mewah. Saya dah buat temujanji dengan En. Fakhrul, CEO Syarikat Makmur Indah untuk bincangkan pasal projek kerjasama terbaru diantara Aman Mewah dan Makmur Indah.
“I’m Fakhrul Faiz Farizi, CEO Syarikat Makmur Indah. You can call me Fakhrul or Faiz but not Farizi, cause that’s my father’s name… Are you okay Cik Lailatul?” pertama kali bertemu CEO Syarikat Makmur Indah membuatkan Lailatul tergamam. Macam-macam andaian yang dibuat sebelum ini. Dia gambarkan CEO Syarikat Makmur Indah seorang yang tua. Rupanya muda dan bergaya.

“Muz, semua orang tengok dia boleh jatuh cinta pandang pertama kau tahu tak. Tapi aku taklah. Aku cuma nak jelaskan kat kau betapa sempurnanya dia. Segak, bergaya, kaya, semualah ada pada dia. Tapi mungkin juga dia dah berpunyakan? Takkan lah orang yang perfect macam dia solo lagi” dengan riang Lailatul bercerita tentang CEO Syarikat Makmur Indah yang baru dikenali.

“Kenapa awak lewat Cik Lailatul? Bukankah kita dah janji pukul 10 pagi kat sini? Sekarang dah pukul 11. Satu jam awak lewat. Saya bukan tunggul nak tunggu awak. Nasib baik saya call En. Rahim. Kalau tak, dah lama saya batalkan kontrak ni. Saya tak suka orang yang tak tepati masa dan janji” dengan panjang lebar Fakhrul Faiz menjelaskan. “Saya minta maaf banyak-banyak En. Fakhrul, tadi jalan jammed” terang Lailatul. “Awak dah kekeringan alasan atau awak nak buat lawak dengan saya? Memang lah KL ni always jammed but, you must remember one thing. If you have appointment at 10, you must go out early. Dah salah nak cari macam-macam alasan pula. Saya pantang orang yang suka beri macam-macam alasan macam awak ni” dengan bongkak Fakhrul cuba menjatuhkan maruah dan imej Lailatul di hadapan tiga orang staf Syarikat Makmur Indah yang datang bersamanya. “En. Fakhrul jangan fikir pantang En. Fakhrul saja. Saya pun ada pantang juga. En. Fakhrul nak tahu tak apa pantang saya? Pantang saya bila orang cuba judge seseorang tanpa soal selidik perkara sebenar. Action dibelakang tabir lebih perit daripada action yang berlaku dihadapan. Do you understand what I said?” Lailatul melepaskan geram dan berlalu pergi tanpa memikirkan kesan ke atas kerjasama antara Syarikat Aman Mewah dan Syarikat Makmur Indah.

“Aku tak kisah Muz kalau kena pecat pun. Untuk apa aku kerja dengan orang sombong dan bongkak macam tu? Aku tak sempat pun nak pergi hospital sebab takut lambat. Akhirnya aku dapat cacian macam tu. Memang la aku tak ada apa-apa, tapi mana la tahu kalau ada patah kat dalam” sakit hati Lailatul bila ingatkan kembali apa yang di katakan oleh Fakhrul.

Fakhrul tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan keadaan Lailatul. Selepas Lailatul balik, Fakhrul terus menghubungi En. Rahim. Dari situlah kebenaran diketahui. Lailatul lewat kerana kemalangan. Apa yang lebih merisaukan Fakhrul, Lailatul hendak menarik diri dari meneruskan kerjasama. Dia rela dipecat dari terus berhubung dengan lelaki sombong dan bongkak. ‘Sombong ke aku ni? Tapi ada benarnya jugakan, action dibelakang tabir lebih perit daripada action yang berlaku dihadapan’ Fakhrul tersenyum sendiri, memahami apa yang hendak dikatakan oleh Lailatul.

“Masalahnya sekarang ni, dia tak nak orang lain. Dia nak awak juga yang handle projek ni. Laila, tolonglah. Kalau tak, kerjasama ni takkan diteruskan. Sebelum perkara ni diketahui oleh Tuan Rasyid, CEO Syarikat Aman Mewah baik awak teruskan perbincangan antara awak dengan En. Fakhrul. Tuan Rasyid dengan Tuan Farizi kawan baik dari dulu lagi. Jangan disebabkan awak, hubungan mereka musnah. En. Fakhrul tunggu awak tempat biasa pukul 3 petang hari ini” En. Rahim separuh merayu kepada Lailatul.

“Terima kasih sudi untuk jumpa saya hari ni. Cik Laila nak makan apa?” dengan lembut dan bersopan teguran dan pelawaan Fakhrul kepada Laila. ‘Buang tabiat ke apa mamat ni, cakap lembut-lembut ngan aku’. Bebel Laila sendiri. “Tak apa la Encik Fakhrul, saya datang ni pun atas arahan En. Rahim untuk teruskan agenda kerjasama antara Aman Mewah dan Makmur Indah. Lebih baik kita teruskan kepada agenda tersebut, lagipun saya banyak kerja lagi kat pejabat tu. Maklum la saya makan gaji je” dengan penuh makna yang tersirat Laila menuturkan kata-kata. ‘Hai awek ni, macam perli aku je’ bisik Fakhrul sendiri.

“Kenapa Tuan Rasyid nak jumpa saya En. Rahim? Saya ada buat salah apa-apa ke? Perbincangan saya dengan En. Fakhrul hari tu okey je. Dia pun dah setuju nk tandatangan kontrak dengan syarikat kita. Takkan la dia mungkir janji sebab saya tolak pelawaan dia untuk makan?” konfius Laila tentang perkhabaran En. Rahim yang Tuan Rasyid ingin bertemunya. “Awak pergi je Laila, ada la tu benda yang nk di bincangkan dengan awak. Saya pun tak pasti sangat. Entah ada kena mengena dengan kerjasama Syarikat Makmur Indah ke tak saya pun tak tahu. Awak jangan la risau, Tuan kita tu makan nasi lagi, tak pernah pula saya dengar dia makan orang” dengan senyum kambing En. Rahim berlalu pergi. ‘Buat lawak pula orang tua ni’ bebel Laila.

“Saya minta maaf Tuan kalau saya ada salah apa-apa sepanjang saya dalam syarikat ni. Kalau pasal kerjasama dengan Syarikat Makmur Indah, itu je yang termampu saya buat” degan ikhlas Laila meluahkan apa yang terbuku di hati walaupun perasaannya ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu.

“Masalahnya Muz kenapa aku? Macam dah tak ada orang lain. Entah-entah mamat tu gila apa? Atau dia nak kena kan aku? Apa aku nak buat ni Muz?” dengan wajah yang sedikit cemas dan keliru Laila menceritakan kepada Muzlifa tentang perkara yang dibincangkan bersama Tuan Rasyid pada tengah hari tadi. “Betul la tu, mamat tu dah jatuh cinta kat kau la tu. Mungkin cinta pandang pertama. Apa mat saleh cakap? First love… ni bukan saja permintaan Tuan kita tapi permintaan penasihat dan penaung Syarikat Makmur Indah, Tuan Farizi. Kau patut bersyukur sebab bukan senang nak bersua muka dengan keluarga Tuan Farizi. Lebih-lebih lagi tentang perasaan cinta si teruna sendiri” panjang lebar jawapan yang diberikan Muzlifa sambil memuji-muji keluarga Tuan Farizi.

“Saya tahu permintaan saya ni terlalu mementingkan diri, tapi saya sebagai ayah kepada Fakhrul serious dengan hal ni. Perkahwinan bukan boleh di buat main Laila. Kalau boleh kami nak terus jumpa keluarga awak, tapi tak nak la awak terkejut. Baik kami dapat pandangan dan persetujuan awak dulu” jelas Tuan Farizi. Puan Zaleha hanya tersenyum gembira. Tuan Farizi dan Puan Zaleha memang baik, tak sombong, peramah pula tu. Laila terasa di awangan apabila kedua ibu bapa Fakhrul menjelaskan hajat sebenar mereka untuk menjadikan Laila sebagai menantu iaitu isteri kepada Fakhrul.

“Entah la Muz, aku macam tak percaya. Rasa macam dalam mimpi pun ada. Siapa la aku ni sampai mamat tu tergilakan? Takkan la sebelum ni dia tiada girlfriend lagi. Apa yang buatkan dia berkenan kat aku? Aku betul-betul tak faham la Muz” makin keliru jadinya Laila. “Kau tak tanya Fakhrul sendiri ke? Kalau kau duk bertanya aku, sampai bila-bila pun kau takkan dapat jawapan Laila. Tapi apa yang pasti, mungkin juga mamat tu nampak keikhlasan dan kejujuran kau. Mungkin juga dia sedar hanya kau saja yang mampu lawan dia sebelum ni, naikkan suara kepada dia. Mungkin dia nampak apa yang si Razif tak nampak. Tak semua lelaki sama Laila. Mungkin tu jodoh kau, tapi semua tu atas diri kau. Kau buat la keputusan yang terbaik” Muzlifa sentiasa menyokong Laila dalam apa jua keadaan.

“Saya memang serius Laila. Sebenarnya kali pertama kita jumpa lagi saya dah jatuh cinta dengan awak. Tapi saya pendam semua tu sebab saya takut kalau saya luahkan perasaan saya, awak akan jauhkan diri dari saya. Macam mana dengan projek kerjasama tu nanti. Sekali lagi bila awak datang lewat, bukan niat saya nak marah awak tapi sebenarnya saya cemas. Saya takut Syarikat Aman Mewah dah gantikan awak dengan orang lain. Saya memang ikhlas Laila. Keluarga saya pun dah setuju dengan keputusan saya. Saya rasa awak pun dah kenalkan keluarga saya macam mana” terketar-ketar Fakhrul meluahkan isi hatinya. “Tapi Encik Fakhrul…” belum sempat Laila berkata-kata, Fakhrul memintas dengan menutup bibir manis Laila dengan jarinya. “Boleh tak untuk permulaan ni awak biasakan panggil saya Fakhrul, Encik-encik ni terlalu formal la. Saya rasa macam duk office jer...” dengan lembut dan senyum di bibir Fakhrul menuturkan kata-kata. ‘Memang dia seorang yang perfect. Ya Tuhanku, kalau ini adalah mimpi Kau biarkanlah aku bermimpi buat seketika. Jika ini adalah benar, aku berterima kasih dan bersyukur dengan pemberianMu’ Laila menangis dalam hati.

“Dia tahu ke pasal keluarga kita Laila? Kita dah tak ada mak ayah. Laila hanya ada Along, Abang Khairul dan 3 orang anak buah ni jer. Ni saja keluarga kita yang ada sekarang Laila. Along tak nak nanti ada orang duk cakap-cakap kat belakang pasal kelaurga kita dengan mereka” jelas Along tentang perancangan keluarga Tuan Farizi. “Laila pun terfikir benda yang sama macam Along, sebab tu lah Laila nak Tuan Farizi dan Puan Zaleha jumpa sendiri dengan Along dan Abang Khairul. Putih kata Along, putih la kata Laila. Laila pun dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni selain dari Along sekeluarga. Susah senang Laila selama ni hanya Along dan Abang Khairul saja yang tahu” airmata terus mengalir antara mereka berdua. Khairul hanya tersenyum tanda gembira kerana keakhraban isterinya dan adik iparnya itu yang sudah di anggap seperti adik sendiri.

“Kami ikhlas untuk jadikan Laila sebagai menantu kami. Lagipun Laila tak ada cacat celanya pada kami. Apa yang penting Fakhrul sendiri yang betul-betul berkenan dengan Laila. Kami sekeluarga memang dah tahu serba sedikit tentang Laila dari Muzlifa kawan baik Laila. Kami memang berkenan sangat dengan pilihan Fakhrul” dengan ramah dan lembut Puan Zaleha menuturkan kata-kata. Walaupun hidup dalam kemewahan, mereka sekeluarga tidak sombong dan bongkak.

“Razif dengar Laila akan berkahwin dengan CEO terkenal kat Kuala Lumpur? Hebatkan Laila sekarang. Razif rasa baru 2 tahun Laila pergi KL, terus dapat tangkap CEO. Entah-entah CEO tu hanya nak main-mainkan Laila je. Kita ni orang kampung Laila, tak setaraf dengan mereka. Ya, Razif tak nafikan Laila memang cantik, cerdik, lengkap sebagai seorang wanita. Razif akui juga dulu Razif buta, tak dapat nak bezakan antara kaca dengan permata. Perempuan tu hanya nak permainkan Razif, Laila. Setahun kita putus, baru Razif tahu dia hanya nak gunakan Razif. Razif cari Laila, tapi Along kata Laila dah dapat tawaran kerja kat KL. Razif masih cintakan Laila. Kita mulakan hidup baru bersama Laila? CEO tu hanya nak permainkan Laila. Tak mungkin orang terkenal seperti tu nak jadikan Laila sebagai isteri dia…” belum sempat Razif berkata-kata, Laila melepaskan tamparan ke pipi Razif. “Kenapa Razif? Kenapa? Teruk sangat ke Laila ni? Buruk ke Laila di mata Razif? 8 tahun belum cukup untuk Razif kenal Laila kan? Lepas Razif tinggalkan Laila dengan alasan kita dah tak ada jodoh, sekarang Razif muncul tuk memburuk-burukkan orang lain. Tak semua lelaki dalam dunia ni macam Razif. Kalau betullah dia hanya nak mainkan Laila, itu semua bukan masalah Razif. Sekarang hidup kita tak ada kena mengena. Kita ikut haluan masing-masing. Laila sekarang bukan Laila dulu, Laila sekarang tahu bezakan kaca dan permata. Cukup setakat ni, jangan ganggu hidup Laila lagi” airmata mengalir dengan lajunya kerana kecewa dengan sikap seorang lelaki yang pernah berkongsi suka dan duka bersama.

“Mama dan papa syukur sangat sebab diberikan menantu sebaik dan sehebat Laila. Mama betul-betul berterima kasih dengan Laila sebab dapat buka pintu hati anak lelaki mama untuk berkahwin. Dulu Fakhrul pernah kecewa sebab seorang wanita, mama ingat dia akan terus tutup pintu hati dia buat selamanya. Tapi Alhamdulillah kehadiran Laila satu hikmah yang tak dapat mama bayangkan” Laila betul-betul terharu dengan kata-kata Puan Zaleha. Laila tahu cerita tentang kekecewaan Fakhrul berkenaan kisah cintanya yang kecundang di tengah jalan. Mungkin kekecewaan mereka berdua telah menyatukan mereka dalam ikatan suami isteri yang sah. “Laila yang bertuah sebab dapat kenal Abang Fakhrul. Laila yang patut bersyukur kerana diberi keluarga sehebat keluarga mama dan papa, diberikan peluang merasa kembali nikmat ada ibu dan ayah. Laila hanya mampu berdoa moga keluarga kita ni diberkati dunia dan akhirat mama. Laila banyak kekurangan jika di bandingkan dengan Abang Fakhrul. Laila hanya…” Puan Zaleha terus memeluk menantunya itu dari teruskan kata-kata. Mereka berdua menangis tanda mensyukuri nikmat kebahagiaan yang di miliki kini.

“Abang memang seorang lelaki yang paling bertuah dalam dunia sebab dapat kenali dan akhirnya miliki cinta Lailatul. Lailalah wanita yang paling bermakna dalam hidup Abang sebab dapat melembutkan hati dan membuka pintu cinta Fakhrul Faiz Farizi untuk menerima cinta buat sekian kalinya. Cinta, kasih dan sayang Abang hanya untuk wanita bernama Lailatul” sambil tersenyum Fakhrul menutur kata, lalu dipeluk isteri kesayangan kedalam dakapannya. Laila tidak dapat lagi membendung airmata dari mengalir.

“Lailalah wanita paling bertuah sebab dapat miliki Abang. Bukan sahaja suami yang Laila dapat, tapi Laila dapat kasih sayang mama dan papa yang dah lama Laila hilang. Terima kasih Abang. Doa Laila moga kita dapat harungi kehidupan ini dengan sabar dan tabah serta kebahagiaan akan sentiasa bersama kita sekeluarga” hampir kehilangan suara Laila berkata-kata. Mereka terus melayari kehidupan bersama dengan penuh kenikmatan berkeluarga.

‘Ya Allah, Kau berkatilah kehidupanku ini dengan kebahagiaan. Hanya doa dan sujud syukur padaMu sahaja yang dapat ku panjatkan. Kau lindungilah keluargaku serta sahabatku Muzlifa di dunia dan akhirat. Mak, ayah, Laila dah ketemu cinta sejati dan kasih serta sayang sebuah kelaurga. Laila tetap akan doakan moga mak dan ayah bahagia di sana…’

Cerpen: BENARKAH KAU SAHABATKU??

Elisya, pelajar tahun kedua jurusan teknologi maklumat di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Seorang yang sederhana, sopan santun, berbudi bahasa dan peramah. Elisya seorang yang bijak dalam pelajaran. Sudah tiga semester Elisya mendapat anugerah cemerlang. Elisya bersahabat baik denga Linda. Mereka berdua dari jurusan yang sama. Mereka berkenalan dari minggu suai kenal lagi. Di mana ada Linda, di situlah ada Elisya. Ada yang mengatakan Elisya tidak mampu berdikari sebab Linda seorang yang kaya, bergaya dan sosial. Pada pandangan rakan-rakan siswa dan siswi, Elisya ingin menumpang senang Linda. Walaubagaimanapun, itu bukan sikap Elisya. Tanpa Linda sekalipun, dia mampu bergerak sendiri.

“Kenapa ni, masam saja? Kau ada dengar orang cakap apa-apa lgi ya? Isya, dah banyak kali aku cakap... jangan dengar apa yang siswa siswi kat kampus ni cakap. Mereka semua tu sebenarnya dengki dengan hubungan baik kita ni. aku nk Tanya kau ni. Pernah tak selama ini aku cakap menyesal kawan dengan kau? Tak pernah kan? So… kau boleh buat tafsiran sendiri. Biar apa orang nak kata, janji kita tahu yang kita ikhlas berkawan.” jelas Linda. “Aku tahu kau memang ikhlas kawan dengan aku, tapi… aku sakit hati bila dengar orang cakap bukan-bukan pasal aku. Aku ni nak tumpang glamour la, itu la, ini la. Tak pernah terlintas di fikiran aku macam tu.” Jawab Elisya dengan perasaan hiba. “Kau nak tumpang glamour aku? Kau tu dah glamour, lecturer kat Fakulti kita tu semua kenal kau. Junior kita pun semua nak berguru dengan kau. Kau tu kan pelajar cemerlang. Orang yang cakap tu sebenarnya jealous ngan kita.” Terang Linda.

“Kenapa dengan you ni? Isya tu kan kawan you. Salahkah I tumpangkan dia ke kelas?” Shahrul menjelaskan keadaan sebenar kepada Linda. Shahrul adalah teman lelaki Linda. Mereka bercinta dari tahun pertama lagi. “Salah tu memang la tak salah, tapi apa yang I dengar you menggatal dengan dia. You cuba nak berasmaradana dengan budak skema tu. Dari mana I dengar tak penting. Tapi, I tak suka dengar gosip macam ni.” Linda meluahkan rasa tak puas hati dengan gosip yang tersebar. “Linda… I just tumpangkan dia okay. I buat macam tu pun sebab I tahu Elisya tu kawan you.” Shahrul mula mengatur kata. Linda masih tidak puas hati. Shahrul tidak mahu merumitkan keadaan dia dan Linda “Okay, lebih baik I berterus terang dengan you. I nak you tahu perangai sebenar Isya. Mungkin apa yang you dengar tu betul, tapi bukan I yang menggatal. Sebenarnya Isya dah lama cuba menggoda I di belakang you. I tak cerita pada you sebab I tak nak you dengan dia bergaduh. Setiap kali I tumpangkan dia, setiap kali tulah dia tanya samaada I serius dengan you. Bila I cakap I serius, dia macam tak puas hati.” Jelas Shahrul dengan memutar belitkan cerita. Sebenarnya Shahrul ada hati dengan Elisya, tapi cintanya tidak di layan. Elisya tumpang kereta Shahrul pun di sebabkan keadaan yang memaksa.

“Aku nak tanya kau sesuatu. Tapi aku nak kau jawab dengan ikhlas. Aku juga tak nak kau berdolak dalih atau putar belit ngan aku okay.” Linda memulakan perbualan selepas pulang dari bertemu Shahrul. Elisya berasa pelik dengan pertuturan Linda, tetapi menggangguk tanda faham. “Betul tak kau cuba goda Shahrul? Kau nak rampas Shahrul dari aku kan?” dengan kasar Linda bertanya. Elisya terkejut dengan pertanyaan itu. “Astaghfirullah… apa yang kau cakap ni Linda? Shahrul tu kan teman lelaki kau. Aku cuma anggap dia sebagai kawan. Tak lebih dari tu. Aku langsung tak ada perasaan kat dia, buat apa aku nak goda dia. Lagi pun aku sedar siapa aku.” Dengan perasaan kecewa, Elisya menjelaskan.
“Baguslah kalau kau tahu siapa Shahrul dengan aku dan kau sedar diri siapa kau. Sekarang ni, aku nak kau save dalam memory kau tu, bahawa Shahrul tu boyfriend aku okay. Aku tak nak kau ganggu dia lagi. Tak payah nak tumpang dia. Kau dengan dia bukannya satu fakulti. Bas kan ada, untuk apa kau top up kredit bas kalau hari-hari kau naik kereta Shahrul? Kalau nak menggatal sangat, biar aku carikan teman untuk kau.” Linda menjelaskan sesuatu yang sukar diterima Elisya. “Kenapa dengan kau ni?” Elisya masih tertanya-tanya kerana tidak puas hati dengan tingkah laku Linda yang seakan-akan menyalahkannya dalam hal ini. “Ahh!!! Aku lupa, kau ni bijak dalam pelajaran saja, tapi bab-bab ni kau bodoh, lembap. Kau dengar sini baik-baik. Mulai dari saat ini, aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau lagi. Sebenarnya, kau ni merimaskan aku. Orang berkawan dengan kau sebab kau tu bijak, boleh tolong buatkan assignment, project. Selain dari itu, kau tak ada sebarangg kepentingan pun. Ikhlas aku cakap, aku malu bila bersama kau. Kau memang cantik tapi kau tak pandai bergaya.” Kata-kata Linda memang pedih.

“Sampai hati kau Linda. Selama ini kau berkawan dengan aku sebab nak pergunakan aku. Hal yang berkaitan dengan Shahrul tu semua fitnah, tapi sekurang-kurangnya boleh sedarkan aku siapa kau sebenarnya. Apa pun, terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku walaupun semua tu lakonan.” Dengan perasaan yang hiba dan sedih, Elisya berlalu pergi. Airmata bercucuran jatuh. Elisya dapat mendengar gelak tawa Linda. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi perampas.

Selepas kejadian tersebut Elisya sendirian kemana sahaja. Elisya sentiasa menghabiskan masa lapang di library. “Boleh saya tumpang duduk?” satu suara menyapa Elisya. Elisya memandang dan mengangguk tanda mempersilakan. “Awak ni Elisya kan?” suara tadi bertanya. Sekali lagi Elisya hanya mengangguk. “Akhirnya dapat juga saya bersemuka dengan Elisya Ehsan. Pelajar cemerlang. Gembiranya saya.” dengan girangnya tuan empunya suara tadi menghulurkan tangan tanda salam perkenalan. Elisya menyambut salam tersebut. “Saya Atikah, pelajar semester tiga jurusan pengurusan teknologi. Fakulti kita bersebelahan saja, tapi susah sangat nak jumpa awak. Saya kagum dengan awak, setiap semester awak dapat CGPA 4.00. Ramai lecturer puji awak. Apa rahsia awak? Macam mana ya awak belajar? Maaflah kalau saya banyak tanya, saya excited sangat dapat bercakap dengan awak.” bertubi-tubi pertanyaan Atikah. Elisya tersenyum. “Rahsia? Saya macam orang lain juga, ada masa belajar, tidur, rehat, riadah dan lepak-lepak. Tapi apa yang penting, kita ikhlas apabila membuat sesuatu tugas. Kita juga mesti sedia terima risiko dan cuba belajar dari pengalaman dan kesilapan. Jangan takut untuk mencuba. Tapi, semua tu takkan kita perolehi jika kita membelakangkan Yang Maha Esa, itu yang paling penting.” Dengan ikhlas Elisya menuturkan kata-kata. Dia tak pernah lokek untuk berkongsi apa saja berkenaan pelajaran.

Dari saat pertama kali bertemu, Elisya dan Atikah menjadi sahabat. Walaubagaimanapun, Elisya tetap berhati-hati, tidak mahu pisang berbuah dua kali. Tetapi, Elisya dapat merasai keikhlasan yang ada pada Atikah untuk berkawan dan menimba ilmu dengannya. Selepas itu, Elisya mendapat ramai kenalan baru yang juga merupakan kenalan Atikah.

“Saya bagi tempoh tiga hari untuk awak siapkan tugasan ni. Kalau tak siap juga, tiga puluh peratus dari markah keseluruhan akan saya potong. Maknanya markah untuk tugasan zero. Selepas ini tiada lagi peluang untuk awak. Sudah sebulan saya bagi tempoh tapi awak tak gunakan masa yang saya bagi dengan sebaik mungkin. Saya bagi peluang ni pun sebab tugasan awak sebelum ni memuaskan.” Linda dimarahi Dr. Fazley kerana tidak menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

Linda mula resah gelisah. Tidak mungkin Shahrul dapat membantunya. Shahrul langsung tidak tahu programming. Linda mula berdialog sendiri. ‘Aku nak minta tolong siapa ni? Mati aku kalau tak dapat siapkan dalam masa tiga hari. Takkan nak hangus tiga puluh peratus macam tu saja. Tak pasal aku kena repeat paper ni semester depan. Kalau papa dan mama tahu lagi bising mereka tu. Siapa nak tolong aku ni?... Elisya!!! Tapi, sanggup ke dia bantu aku? Ahh!! Aku mesti cuba. Takkan dia lupa yang aku pernah bantu dia sebelum ni. Lagi pun Elisya bukan seorang yang tak kenang budi’ Linda tekad meminta pertolongan Elisya. Tanpa rasa malu dan segan, Linda pergi menemui Elisya.

“Apa lagi yang kau nak? Tak cukup ke dengan apa yang dah kau buat pada aku selama ni?” dengan sedikit keras Elisya berkata. “Isya, aku tahu semua tu salah aku tapi takkan tak ada peluang untuk aku minta maaf dan berbaik semula dengan kau? Aku menyesal dengan perbuatan aku sendiri. Aku sedar, aku dah banyak sakitkan hati kau. Aku nak kita jadi macam dulu, kemana saja bersama.”dengan nada sedih Linda mengatur skrip lakonannya. Elisya tersenyum kelat memandang serta mendengar penjelasan dari Linda. “Pergilah Linda, aku dah lama maafkan kau. Aku bukan sekejam yang kau sangkakan. Aku ingat setiap kebaikan yang kau buat. Tapi untuk berkawan semula dengan kau, aku tak mampu. Aku masih kecewa dengan persahabatan kita.” Tegas kata-kata Elisya.

Linda tidak berputus asa. Dia masih ingin mencuba untuk merayu agar Elisya memaafkannya demi sebuah tugasan yang perlu di siapkan. “Sampai hati kau Isya. Kau dah lupa siapa yang bantu kau selama ni? Susah senang, aku selalu bersama kau. Ya, aku akui silap aku kerana menyakitkan hati kau dengan kata-kata aku yang mengguris hati dan perasaan kau. Tapi, aku manusia biasa Isya, ada kelemahan dan kekurangan.” Pandai betul Linda mengatur kata-kata. “Aku ingat semua kebaikan kau apada aku Linda. Tapi, aku nak kau tahu yang setiap bantuan yang kau berikan pada aku ada bayarannya. Kau pergunakan aku untuk kesenangan kau. Kau gunakan aku untuk capai cita-cita kau. Aku tahu niat sebenar kau datang minta maaf dengan aku hari ni. Aku juga tahu yang kau ada masalah sekarang. Bukan aku tak nak tolong. Tapi untuk kali ini, kau cubalah berdikari dan selesaikan sendiri.” Memang berat untuk Elisya menuturkan kata-kata tersebut, tapi Linda perlu diberikan pengajaran.

“Mulai sekarang, sekali lagi aku ulang kata-kata kau… antara kita dah tiada apa-apa. Kau faham? Mungkin suatu hari nanti bila kau betul-betul sedar akan kewujudan aku sebagai sahabat, mungkin masa itu jugalah aku sudah melupakan sengketa antara kita. Ingatlah Linda, harga sebuah persahabatan tidak ternilai. Kau akan ketemu sahabat sejati apabila kau ikhlas berkawan tanpa mengharapkan balasan.” Cukup padat dan bermakna kata-kata dari Elisya.

Selepas dari peristiwa itu, Linda cuba menyepikan diri. Menyesal dan kecewa dengan kelakuannya sendiri. Linda kehilangan ramai kawan-kawan. Baru dia tahu bahawa selama ini Shahrul dan juga kawan-kawan lain hanya mempergunakannya. Dia juga dapat tahu yang Shahrul telah membuat fitnah tentang Elisya. Sekarang Linda sedar, setiap perbuatan ada balasannya. Tidak mungkin dalam masa terdekat ini dia mampu untuk mengembalikan persahabatannya dengan Elisya. Tetapi dia amat berharap suatu hari nanti dia dapat menjadi sahabat sejati Elisya. Airmata jatuh ke pipi… ‘Elisya, maafkan aku’.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...