"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Jumaat, 27 Mei 2011

Cerpen: BENARKAH KAU SAHABATKU??

Elisya, pelajar tahun kedua jurusan teknologi maklumat di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Seorang yang sederhana, sopan santun, berbudi bahasa dan peramah. Elisya seorang yang bijak dalam pelajaran. Sudah tiga semester Elisya mendapat anugerah cemerlang. Elisya bersahabat baik denga Linda. Mereka berdua dari jurusan yang sama. Mereka berkenalan dari minggu suai kenal lagi. Di mana ada Linda, di situlah ada Elisya. Ada yang mengatakan Elisya tidak mampu berdikari sebab Linda seorang yang kaya, bergaya dan sosial. Pada pandangan rakan-rakan siswa dan siswi, Elisya ingin menumpang senang Linda. Walaubagaimanapun, itu bukan sikap Elisya. Tanpa Linda sekalipun, dia mampu bergerak sendiri.

“Kenapa ni, masam saja? Kau ada dengar orang cakap apa-apa lgi ya? Isya, dah banyak kali aku cakap... jangan dengar apa yang siswa siswi kat kampus ni cakap. Mereka semua tu sebenarnya dengki dengan hubungan baik kita ni. aku nk Tanya kau ni. Pernah tak selama ini aku cakap menyesal kawan dengan kau? Tak pernah kan? So… kau boleh buat tafsiran sendiri. Biar apa orang nak kata, janji kita tahu yang kita ikhlas berkawan.” jelas Linda. “Aku tahu kau memang ikhlas kawan dengan aku, tapi… aku sakit hati bila dengar orang cakap bukan-bukan pasal aku. Aku ni nak tumpang glamour la, itu la, ini la. Tak pernah terlintas di fikiran aku macam tu.” Jawab Elisya dengan perasaan hiba. “Kau nak tumpang glamour aku? Kau tu dah glamour, lecturer kat Fakulti kita tu semua kenal kau. Junior kita pun semua nak berguru dengan kau. Kau tu kan pelajar cemerlang. Orang yang cakap tu sebenarnya jealous ngan kita.” Terang Linda.

“Kenapa dengan you ni? Isya tu kan kawan you. Salahkah I tumpangkan dia ke kelas?” Shahrul menjelaskan keadaan sebenar kepada Linda. Shahrul adalah teman lelaki Linda. Mereka bercinta dari tahun pertama lagi. “Salah tu memang la tak salah, tapi apa yang I dengar you menggatal dengan dia. You cuba nak berasmaradana dengan budak skema tu. Dari mana I dengar tak penting. Tapi, I tak suka dengar gosip macam ni.” Linda meluahkan rasa tak puas hati dengan gosip yang tersebar. “Linda… I just tumpangkan dia okay. I buat macam tu pun sebab I tahu Elisya tu kawan you.” Shahrul mula mengatur kata. Linda masih tidak puas hati. Shahrul tidak mahu merumitkan keadaan dia dan Linda “Okay, lebih baik I berterus terang dengan you. I nak you tahu perangai sebenar Isya. Mungkin apa yang you dengar tu betul, tapi bukan I yang menggatal. Sebenarnya Isya dah lama cuba menggoda I di belakang you. I tak cerita pada you sebab I tak nak you dengan dia bergaduh. Setiap kali I tumpangkan dia, setiap kali tulah dia tanya samaada I serius dengan you. Bila I cakap I serius, dia macam tak puas hati.” Jelas Shahrul dengan memutar belitkan cerita. Sebenarnya Shahrul ada hati dengan Elisya, tapi cintanya tidak di layan. Elisya tumpang kereta Shahrul pun di sebabkan keadaan yang memaksa.

“Aku nak tanya kau sesuatu. Tapi aku nak kau jawab dengan ikhlas. Aku juga tak nak kau berdolak dalih atau putar belit ngan aku okay.” Linda memulakan perbualan selepas pulang dari bertemu Shahrul. Elisya berasa pelik dengan pertuturan Linda, tetapi menggangguk tanda faham. “Betul tak kau cuba goda Shahrul? Kau nak rampas Shahrul dari aku kan?” dengan kasar Linda bertanya. Elisya terkejut dengan pertanyaan itu. “Astaghfirullah… apa yang kau cakap ni Linda? Shahrul tu kan teman lelaki kau. Aku cuma anggap dia sebagai kawan. Tak lebih dari tu. Aku langsung tak ada perasaan kat dia, buat apa aku nak goda dia. Lagi pun aku sedar siapa aku.” Dengan perasaan kecewa, Elisya menjelaskan.
“Baguslah kalau kau tahu siapa Shahrul dengan aku dan kau sedar diri siapa kau. Sekarang ni, aku nak kau save dalam memory kau tu, bahawa Shahrul tu boyfriend aku okay. Aku tak nak kau ganggu dia lagi. Tak payah nak tumpang dia. Kau dengan dia bukannya satu fakulti. Bas kan ada, untuk apa kau top up kredit bas kalau hari-hari kau naik kereta Shahrul? Kalau nak menggatal sangat, biar aku carikan teman untuk kau.” Linda menjelaskan sesuatu yang sukar diterima Elisya. “Kenapa dengan kau ni?” Elisya masih tertanya-tanya kerana tidak puas hati dengan tingkah laku Linda yang seakan-akan menyalahkannya dalam hal ini. “Ahh!!! Aku lupa, kau ni bijak dalam pelajaran saja, tapi bab-bab ni kau bodoh, lembap. Kau dengar sini baik-baik. Mulai dari saat ini, aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau lagi. Sebenarnya, kau ni merimaskan aku. Orang berkawan dengan kau sebab kau tu bijak, boleh tolong buatkan assignment, project. Selain dari itu, kau tak ada sebarangg kepentingan pun. Ikhlas aku cakap, aku malu bila bersama kau. Kau memang cantik tapi kau tak pandai bergaya.” Kata-kata Linda memang pedih.

“Sampai hati kau Linda. Selama ini kau berkawan dengan aku sebab nak pergunakan aku. Hal yang berkaitan dengan Shahrul tu semua fitnah, tapi sekurang-kurangnya boleh sedarkan aku siapa kau sebenarnya. Apa pun, terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku walaupun semua tu lakonan.” Dengan perasaan yang hiba dan sedih, Elisya berlalu pergi. Airmata bercucuran jatuh. Elisya dapat mendengar gelak tawa Linda. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi perampas.

Selepas kejadian tersebut Elisya sendirian kemana sahaja. Elisya sentiasa menghabiskan masa lapang di library. “Boleh saya tumpang duduk?” satu suara menyapa Elisya. Elisya memandang dan mengangguk tanda mempersilakan. “Awak ni Elisya kan?” suara tadi bertanya. Sekali lagi Elisya hanya mengangguk. “Akhirnya dapat juga saya bersemuka dengan Elisya Ehsan. Pelajar cemerlang. Gembiranya saya.” dengan girangnya tuan empunya suara tadi menghulurkan tangan tanda salam perkenalan. Elisya menyambut salam tersebut. “Saya Atikah, pelajar semester tiga jurusan pengurusan teknologi. Fakulti kita bersebelahan saja, tapi susah sangat nak jumpa awak. Saya kagum dengan awak, setiap semester awak dapat CGPA 4.00. Ramai lecturer puji awak. Apa rahsia awak? Macam mana ya awak belajar? Maaflah kalau saya banyak tanya, saya excited sangat dapat bercakap dengan awak.” bertubi-tubi pertanyaan Atikah. Elisya tersenyum. “Rahsia? Saya macam orang lain juga, ada masa belajar, tidur, rehat, riadah dan lepak-lepak. Tapi apa yang penting, kita ikhlas apabila membuat sesuatu tugas. Kita juga mesti sedia terima risiko dan cuba belajar dari pengalaman dan kesilapan. Jangan takut untuk mencuba. Tapi, semua tu takkan kita perolehi jika kita membelakangkan Yang Maha Esa, itu yang paling penting.” Dengan ikhlas Elisya menuturkan kata-kata. Dia tak pernah lokek untuk berkongsi apa saja berkenaan pelajaran.

Dari saat pertama kali bertemu, Elisya dan Atikah menjadi sahabat. Walaubagaimanapun, Elisya tetap berhati-hati, tidak mahu pisang berbuah dua kali. Tetapi, Elisya dapat merasai keikhlasan yang ada pada Atikah untuk berkawan dan menimba ilmu dengannya. Selepas itu, Elisya mendapat ramai kenalan baru yang juga merupakan kenalan Atikah.

“Saya bagi tempoh tiga hari untuk awak siapkan tugasan ni. Kalau tak siap juga, tiga puluh peratus dari markah keseluruhan akan saya potong. Maknanya markah untuk tugasan zero. Selepas ini tiada lagi peluang untuk awak. Sudah sebulan saya bagi tempoh tapi awak tak gunakan masa yang saya bagi dengan sebaik mungkin. Saya bagi peluang ni pun sebab tugasan awak sebelum ni memuaskan.” Linda dimarahi Dr. Fazley kerana tidak menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

Linda mula resah gelisah. Tidak mungkin Shahrul dapat membantunya. Shahrul langsung tidak tahu programming. Linda mula berdialog sendiri. ‘Aku nak minta tolong siapa ni? Mati aku kalau tak dapat siapkan dalam masa tiga hari. Takkan nak hangus tiga puluh peratus macam tu saja. Tak pasal aku kena repeat paper ni semester depan. Kalau papa dan mama tahu lagi bising mereka tu. Siapa nak tolong aku ni?... Elisya!!! Tapi, sanggup ke dia bantu aku? Ahh!! Aku mesti cuba. Takkan dia lupa yang aku pernah bantu dia sebelum ni. Lagi pun Elisya bukan seorang yang tak kenang budi’ Linda tekad meminta pertolongan Elisya. Tanpa rasa malu dan segan, Linda pergi menemui Elisya.

“Apa lagi yang kau nak? Tak cukup ke dengan apa yang dah kau buat pada aku selama ni?” dengan sedikit keras Elisya berkata. “Isya, aku tahu semua tu salah aku tapi takkan tak ada peluang untuk aku minta maaf dan berbaik semula dengan kau? Aku menyesal dengan perbuatan aku sendiri. Aku sedar, aku dah banyak sakitkan hati kau. Aku nak kita jadi macam dulu, kemana saja bersama.”dengan nada sedih Linda mengatur skrip lakonannya. Elisya tersenyum kelat memandang serta mendengar penjelasan dari Linda. “Pergilah Linda, aku dah lama maafkan kau. Aku bukan sekejam yang kau sangkakan. Aku ingat setiap kebaikan yang kau buat. Tapi untuk berkawan semula dengan kau, aku tak mampu. Aku masih kecewa dengan persahabatan kita.” Tegas kata-kata Elisya.

Linda tidak berputus asa. Dia masih ingin mencuba untuk merayu agar Elisya memaafkannya demi sebuah tugasan yang perlu di siapkan. “Sampai hati kau Isya. Kau dah lupa siapa yang bantu kau selama ni? Susah senang, aku selalu bersama kau. Ya, aku akui silap aku kerana menyakitkan hati kau dengan kata-kata aku yang mengguris hati dan perasaan kau. Tapi, aku manusia biasa Isya, ada kelemahan dan kekurangan.” Pandai betul Linda mengatur kata-kata. “Aku ingat semua kebaikan kau apada aku Linda. Tapi, aku nak kau tahu yang setiap bantuan yang kau berikan pada aku ada bayarannya. Kau pergunakan aku untuk kesenangan kau. Kau gunakan aku untuk capai cita-cita kau. Aku tahu niat sebenar kau datang minta maaf dengan aku hari ni. Aku juga tahu yang kau ada masalah sekarang. Bukan aku tak nak tolong. Tapi untuk kali ini, kau cubalah berdikari dan selesaikan sendiri.” Memang berat untuk Elisya menuturkan kata-kata tersebut, tapi Linda perlu diberikan pengajaran.

“Mulai sekarang, sekali lagi aku ulang kata-kata kau… antara kita dah tiada apa-apa. Kau faham? Mungkin suatu hari nanti bila kau betul-betul sedar akan kewujudan aku sebagai sahabat, mungkin masa itu jugalah aku sudah melupakan sengketa antara kita. Ingatlah Linda, harga sebuah persahabatan tidak ternilai. Kau akan ketemu sahabat sejati apabila kau ikhlas berkawan tanpa mengharapkan balasan.” Cukup padat dan bermakna kata-kata dari Elisya.

Selepas dari peristiwa itu, Linda cuba menyepikan diri. Menyesal dan kecewa dengan kelakuannya sendiri. Linda kehilangan ramai kawan-kawan. Baru dia tahu bahawa selama ini Shahrul dan juga kawan-kawan lain hanya mempergunakannya. Dia juga dapat tahu yang Shahrul telah membuat fitnah tentang Elisya. Sekarang Linda sedar, setiap perbuatan ada balasannya. Tidak mungkin dalam masa terdekat ini dia mampu untuk mengembalikan persahabatannya dengan Elisya. Tetapi dia amat berharap suatu hari nanti dia dapat menjadi sahabat sejati Elisya. Airmata jatuh ke pipi… ‘Elisya, maafkan aku’.

1 ulasan:

HiDa berkata...

cerpen ni telah emndapat komen dari saudara Khairi yang juga merupakan penulisa novel.. (http://www.kubakoya.com/)

komen beliau:

"Konflik okey, cuma imaginasi agak terncat. I don know. Mungkin sbb struktur karangan.

utk dialog baru, sebaiknya mulakan di perenggan baru. supaya pembaca dapat melompat dari satu watak ke satu watak dengan mudah. sebab, selain dialog, ia juga terselit peneragan akan watak.

bila awk gaul semua dlm satu perenggan, agak pening juga untuk bezakan. eh ini linda yg cakap ke Elisya.

perenggan pertama saya percaya pengenalan kepada Linda dan Elisya.

Perenggan kedua kalau boleh elok awak bina satu scene untuk dialog itu. di bilik kah. di kantin kah. selepas kuliah kah. sambil tunggu giliran di klinik kesihatan kah. supaya pembaca dapat gambarkan watak berbual di tempat itu.

bila tiba2 masuk dialog, errr... you know, imaginasi tak ada. cuma boleh faham dialog saja.

Saya rasa itu aje kot. Cuma pendapat sy 20sen ya, sbb saya pun bukan pakar penulisan, sekadar yg saya tahu mcm tu.

Overall, okey. Nice dialog, konflik clear, dan ada isi iaitu 'jadikan Linda sbg teladan' :)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...