"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Isnin, 20 Jun 2011

PERSIAPAN NAK MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni dah 18 Rejab 1432 Hijrah..
beberapa hari lagi akan masuk bulan Syaaban dan seterusnya Ramadhan..
tiada apa yang diharapkan kecuali panjangkan umo dan diberikan kesihatan untuk sama2 menikmati kemeriahan ramadhan buat sekian kalinya..



rancangan: AL-HIDAYAH
saluran: TV3
tarikh: 6 ogos 2010
jam: 1:00 tengah hari
tajuk: persiapan menyambut bulan ramadhan
panel: Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al Idrus

di sini sempat hida catitkan sedikit apa yg di perkatakan oleh ustaz syed mohd norhisyam

apa perasaan menunggu ketibaan ramadhan??:

    *gembira bagi mereka2 yg sentiasa menunggu kehadiran ramadhan bagi menambah lagi pahala yang berlipat kali ganda pada bulan ramadhan dengan ibadah2 khusus, sedih bagi mereka2 yang sememangnya fikir kehidupan ini untuk enjoy jer..(sbb fikir mcm mne nak makan, tak boleh nak buat maksiat)

latihan sebelum tibanya bulan ramadhan:

    * perlu warm up, latihan.. dalam bulan2 sebelum ramadhan, dan mulakan puasa sunat terutama bulan syaaban..

kelebihan bulan ramadhan:

    * turunnya al-quran sekaligus.. (perbanyakkan membaca al-quran, hadiri majlis2 ilmu tuk memahami isi kandungannya)
    * malam lailatulqadar
    * dapat pahala khusus
    * pakar perubatan seluruh dunia setuju bahawa makanan adalah punca utama penyakit manusia (darah tingggi, kencing manis, sakit jantung, gout), dengan berpuasa - dapat kawal sistem penghadaman tuk merehatkan perut kita..
    * dapat mendidik diri dalam bulan puasa (bertaubat).

perkara yang perlu di jauhkan dari diri kita:

    * walaubagaimanapun, ada antara kita yang puasa tapi tak sembahyang, puasa tpi x tutup aurat dan puasa tpi khianati jiran..
    * cadangan juga di berikan oleh ustaz berkenaan persiapan untuk sambut hari raya:
    * buat persiapan raya siap2 dlm bulan syaaban.. insya'allah bulan ramadhan nnti boleh fokus pada ibadat.. ni tak asyik nk kejar jualan murah.. dah tak fikir jualan murah pahala yg Tuhan bagi dalam bulan ramadhan.. malam lailatulqadar pun terlepas..

amalan2 yang perlu di tingkatkan pada bulan ramadhan:

    * bersedekah (berlipat kali ganda), ikut kadar kita.. janji ikhlas..
    * hadiri majlis2 ilmu (berlipat kali ganda pahala yg kita dapat dalam bulan ramadhan)..

1 ulasan:

HiDa berkata...

insyaAllah moga2 kita semua diberi kesihatan tuk sama2 menikmati keberkaran ramadhan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...