"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 28 Februari 2012

BERTAUT KEMBALI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

petang tadi hida terima satu panggilan telefon tapi tak sempat nak angkat sbb masa tu hida kat dapur tengah masak.. tengok nombor tu macam belah utara... hida terus call balik, mne tahu penting kan... tiba-tiba ada budak angkat cakap loghat utara yang agak pekat... sebenarnya hida tak berapa faham, so hida cakap "maaf la tak berapa jelas"... hehee... dia tanya. "ni kak ida, kakak angkat kami ke??".. masa tu hida tertanya sendiri, sape la budak ni kan..

lepas tu, adik tadi bagi fon kat mak dia... "ni ida ke?? ni kak Hindon.. ingat akak tak?? keluarga angkat ida kat sungai petani??"... ya Allah masa tu terkejut hida sebab dah lama loss contact ngan kuarga angkat kat sungai petani tu... rupanya akak tukar nombor telefon sbb tu hida tak dapat contact akak.. dan kebetulan buku alamat hilang dari simpanan hida....

nama akak ni kak Hindon, suami dia abang Sayuthi... hida kenal mereka semua ni masa program bakti siswa anjuran Universiti Utara Malaysia dan KEMAS pada Mei 2006.. program ni di lakukan di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah... lebih kurang dah 6 tahun rupanya.. sepatutnya hida panggil ibu dan ayah tpi disebabkan mereka terlalu muda dan baya kakak sulung hida, hida yang mintak tuk panggil kakak dan abang... Alhamdulillah mereka setuju... rindu plak dengan anak2 mereka... masa hida kat sana dulu mereka ada 3 orang anak... yang sulung kalau tak silap 12 tahun.... skank mesti dah besar panjang, muda remaja lagi.. hida panggil dia along... dan yang ke dua tak silap umo 9 tahun.. yang bongsu plak masa tu baru 4 tahun... mungkin yang bercakap ngan hida tadi anak yang bongsu kot....

insyaAllah jika diberikan kesempatan hida akan kunjungi mereka sekeluarga... budi baik mereka takkan hida lupakan sampai bila-bila.. layanan mereka terlalu istimewa... sebelum pulang dulu hida ada tanam pokok jambu depan rumah mereka.... itu tanda kami menjadi anak angkat kepada setiap keluarga.. tak tahu la macam mana ngan pokok tu skank...

seronok plak mengimbau kenangan lama ni.. :)

TERAPI KETENANGAN HATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

pagi ni bangun je dari tidur kepala berdenyut-denyut... dah lama tak sakit macam ni... mungkin akibat migrain atau serabut dengan pelbagai masalah yang hadir sejak kebelakangan ini.. hida tetap on laptop untuk teruskan kerja edit thesis sebelum di hantar ke kedai untuk di jilid.. sakit macam mana pun keje tetap kena teruskan... kuatkan semangat.. cuba gagahkan diri dan lupakan segala permasalahan...

tapi sakit kepala tetap menyerang.. selera pun hilang.. ingatkan nak biarkan je perut ni berlapar, tapi sentiasa ingat pesan mak... nak diet atau takder selera sekalipun jangan tinggal sarapan... hida masuk dapur dan masak nasi goreng.. Alhamdulillah, walaupun makan sikit je tapi sakit perut pulih...

selesai makan, hida terus mengadap laptop... lagi la berdenyut kepala ni.. hida buka radio online nasyid.. Nasyid FM peneman hida sekarang.. tenang je bila dengar lagu-lagu nasyid ni.. nak menambah ayat-ayat untuk thesis ni memang dah takder sebarang idea.. mmg buntu sangat.. hida buka youtube, search zikir2 untuk terapi diri supaya lebih bertenang.. Alhamdulillah hida ketemu satu video yang hida rasa sesuai untuk memujuk hati yang sedang berserabut....


cuba pejamkan mata dan hayati bait-bait suara ini...

Subhanallah... sambil hida hayati bait-bait suara tersebut sambil berzikir, hida buka mata... Alhamdulillah sakit kepala hilang dan hida rasa tenang sangat.. video ni sesuai untuk terapi ketenangan hati... insyaAllah atas izinNYA...

ADAM: ADAKAH ANDA SANGGUP??



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hida ada satu cerita.. kisah ni benar dan org yg laluinya ni rapat ngan hida...

M adalah seorang wanita yang penuh sopan santun dan lemah lembut.. M dah bertunang dan lagi sebulan nak kawen... M kuatkan diri untuk buat pemeriksaan kesihatan takut ada penyakit di sebabkan dia selalu sakit.. dalam masa sibuk dengan persediaan perkahwinan M dapat panggilan dari Doktor minta datang ke hospital... Dr sahkan M tak dapat mengandung buat selamanya... hati dan perasaan seorang wanita bila tahu tak dapat mengandung hanya Tuhan yang tahu.... seperti hidup ni dah sampai penghujungnya... M redha dan pasrah dengan ketentuanNYA itu...

M gagahkan diri menceritakan semua itu kepada tunang tercinta... dan pasrah jika tunang minta putuskan perhubungan.. M faham, lelaki mana yang tak mahu zuriat dari benihnya sendiri.. dan kalau boleh M hanya nak putuskan hubungan ni tanpa menceritakan hal sebenar kepada tunangnya.. tapi tunangnya dan keluarga tunangnya berhak tahu perkara yang sebenar... apa jua keputusan terletak di tangan tunangnya... kerna M bukanlah wanita yang tidak berperikemanusiaan untuk memaksa tunangnya menerima dia.. M sanggup di tinggalkan tanpa menyalahkan sesiapa termasuk tunang tercinta..

Alhamdulillah, cinta sejati mereka tidak menghalang untuk mereka bersatu walaupun masalah yang dihadapi M adalah sesuatu yang amat menyakitkan hati seorang wanita... ianya bagai ditikam dengan bilah pisau yang tajam.. keluarga tunangnya juga menerima M dengan penuh keikhlasan.. majlis perkahwinan berjalan seperti yang dirancang.. 13 tahun mereka menjadi suami isteri.. melayari behtera berumah tangga tanpa cacat celanya.. hari-hari mereka penuh keceriaan walaupun tanpa kehadiran permata kecil...

setelah 13 tahun, akhirnya mereka putuskan untuk mengambil anak angkat... bagi mereka sudah cukup untuk 13 tahun berbulan madu.. masanya dah tiba sama-sama memberikan kasih sayang dan perhatian kepada si kecil yang dahagakan kasih sayang ibu dan ayah.. mereka memikul amanah yang lebih besar sebagai ibu dan ayah... mencorak si kecil dengan didikan yang sempurna...

inilah kisah benar yang berlaku kepada M dan suami tercinta... Alhamdulillah mereka kuat dan tabah hadapi dugaan dan ujian.. caci maki orang persekitaran tidak mereka hiraukan.. kerna bagi mereka, cukuplah keyakinan, kepercayaan, kesetiaan, dan pengorbanan pasangan dan keluarga..

hida terlalu kagum dan terharu dengan kesabaran suami M.. moga mereka berdua terus bahagia hingga akhir hayat.. mendapat keberkatan dunia dan ahkirat...

bagaimana dengan ADAM di luar sana??

Ahad, 26 Februari 2012

KELANTAN DI HATIKU


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entry hari ni emo sikit.. kenapa?? semuanya sebab emosi terlebih... hehee..
hida bukan nak bersikap kenegerian atau apa saja yang seangkatannya...
tapi hida cuma nak bercerita sesuatu yang hida perhatikan setiap hari..
ya, ini berkenaan negeri tercinta KELANTAN...
hida tak berminat nak bercerita soal politik di sini....
hida tak kata kami orang kelantan ni baik-baik semua..
hida juga tak nafikan yang negeri lain pun ada yang baik-baik...
mungkin lebih baik dari apa yang ada di kelantan..
sama jugak kelantan, ada yang tak baik..
bukan senang nak buat semuanya jadi baik...
semua tu terpulang pada diri sendiri...
kita semua ada akal dan fikiran...
fikirlah mana baik dan mana buruk...
tapi kenapa setiap kali melibatkan negeri kelantan...
hanya buruk dan teruk yang orang nampak...
kalau kat facebook dan blog bersepah komen pasal buruknya kelantan...
kongsi benda baik pun orang akan cari salah dan silap...
apatah lagi kalau cerita benda buruk...
memang akan di jaja segenap ruang yang ada...
memang kaww2 lah orang mengutuk..
hida cuma sedih dan kecewa..
takkan kerna politik dan pemeritah yang berbeza kita nak bermusuhan..
yang hairannya tu kita sesama kaum ni yang bertelagah...
dah tentulah kaum MELAYU kan...
hida cuma nak tengok melayu bersatu...
nak tengok kita semua harmoni dalam bermasyarakat...
sebelum kita nak komen kita tanya diri kita "adakah komen aku ni akan sakitkan hati orang yang membacanya??"
tak salahkan kita jaga hati dan perasaan orang lain...
komen, tegur dan nasihat lah dengan fikiran yang waras....

hida ingat lagi kata2 mak.

"sehebat mana pun manusia tu takkan mampu nak beri kepuasan kepada semua.. akan sentiasa ada cacat celanya pada pandangan mata terutama yang tidak pernah sehaluan dengan kita.. tapi tanggungjawab dan kewajipannya adalah menegur dan menasihati dengan cara paling berhemah adalah perlu walau apa jua dugaan dan ujian"

jangan kerna tulisan kita kutuk mengutuk...
jangan kerna fikiran yang sempit kita bermusuhan....

Sabtu, 25 Februari 2012

JIKA DIA JODOHKU


ya Allah....
jika benar dia jodohku Kau permudahkanlah
dan kau dekatkanlah kami dengan sebuah ikatan yang halal
jika dia hanya bayangan kau jauhkan dia dariku
dari terus menyeksa hati dan perasaan sesama kami
aku terima dia seadanya
seperti mana dia menerimaku
tanpa mengenaliku dengan sepenuhnya
tanpa melihat wajahku
dan tanpa melihat cacat cela atau keburukanku
dia terlalu yakin bahawa akulah permaisuri hidupnya
apa lagi yang aku inginkan dalam pencarian hidup berpasangan
siapa aku untuk mengharapkan kesempurnaan darinya
sedangkan aku juga tidak sempurna
sesungguhnya ya Allah hanya padaMU aku memohon
Kau berkatilah setiap keputusan yang akan di buat
Kau rahmatilah kami yang hanya mengharapkan redhaMU
untuk hidup seperti insan-insan lain yang berpasangan
dengan ikatan sebuah perkahwinan
seperti mana fitrah kejadian kami...

Jumaat, 24 Februari 2012

HARAMKAH - MELLY GOESLOW


Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Khamis, 16 Februari 2012

WUJUDKAH CINTA SIBER??


suatu waktu dulu
aku pernah berkenalan dengan si jejaka yang misteri
niatnya ikhlas untuk berkenalan
pernah satu hari di ajak aku bersama saudaraku untuk berjumpa
bukan jauh pun, di sekitar daerah ku juga
tapi dengan alasan yang sebaiknya aku menolak kerna belum masanya lagi
perkenalan itu amat pantas
pernahku terfikir wujudkah cinta di alam maya??
bagiku ianya bukan cinta tapi sekadar rasa kasih dan sayang
kerna sentiasa mendapat perhatian
dia tidak pernah memaksa apatah lagi mendesak
dia selalu ingatkan aku pada kematian
dia selalu berikan semangat untuk teruskan kehidupan
hampir setahun berkawan hanya di dalam talian
aku sedia untuk bertemu
tetapi....................
dia tidak lagi dapat ku hubungi dalam masa beberapa jam
selepas dia berikan kata-kata semangat untuk aku berjaya
dan mengucapkan selamat tinggal untuk menunaikan solat
atau lebih tepat menunaikan solat Jumaat
dia hilang dan terus hilang dengan penuh misteri
misteri bagiku dan juga fikiranku.........

peristiwa itu sudah hampir 5 tahun menjadi kenangan
namanya tidak lagi aku ingati tapi kata-katanya segar dalam ingataku
dan sekarang............
aku di datangi orang yang sama
wataknya sama
budi bicaranya sama
perhatian terhadapku juga sama
mustahil dia orang yang sama
kerna suara mereka jauh berbeza

yang pasti dia tidak memaksa aku untuk menyayanginya
selagi aku tidak bersedia
dia hanya meluahkan perasaannya sebagai lelaki
yang ingin di sayangi dan menyayangi
hari demi hari dia yakin dengan perasaannya terhadapku
sanggup berhadapan dengan keluarga walau apa pun dugaan
jika di terima mungkin akulah jodohnya
jika di tolak, akulah sahabatnya
tetapi............
aku tidak yakin
aku tidak bersedia
aku yang keliru
keliru dengan perasaan sendiri
keliru samaada dia juga hanya bayangan

dia juga beriku masa untuk kenal hati budinya
sebelum aku membuat keputusan
kenapa aku hanya bertemu cinta siber??
bila bertemu hanya janji tinggal janji
cinta siber bukan mustahil tapi sukar untuk ketemu keikhlasan
banyak keperitannya terutama bagi seorang wanita
yang hatinya mudah tersentuh dengan kata-kata

betulkah wujudnya cinta tanpa melihat wajah??
betulkan kasih dan sayang akan berputik dalam diri hanya dengan suara??
betulkah dia di ciptakan untukku??
banyak persoalan bermain difikiran...

hanya padaMU hamba memohon, berikanlah aku petunjuk...

Ahad, 12 Februari 2012

SUARA DI BALIK KELAM MALAM


Di saat aku meredah malam
Ku bertanya
   "Di manakah aku??"
   "Siapakah aku??"

Ku sendiri dalam kegelapan
Tanpa teman, tanpa bicara
Aku terus mencari sinar cahaya
Di balik kelam hitam itu
Pencarianku tiada penghujung
Hingga aku terjatuh rebah tersungkur

Dalam aku mula putus asa dan hilang arah tujuan
   "Laungan apakah itu??"
   "Suara siapakah itu??"
Suara laungan itu menerjah gegendang telingaku
Tubuhku menggigil terasa dingin

Aku bangun dan terus mencari
Di manakah suara yang ku dengar??
Makin lama, makin dekat
Aku semakin tenang dan yakin
Suara itu mendamaikan aku

Suara itu seakan mengajak aku
   mengenal siapa aku dan tujuan hidupku
Sesampai aku pada suara itu
Aku dapat rasakan damai dan bahagia

Airmataku gugur dan deras mengalir
Aku berbicara sendiri
   "Terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang
   mengenal siapa aku, di mana aku
   dan tujuan aku di bumiMU ini..."

Aku bangkit dan mengambil wuduk
Laungan suara azan telah memanggilku menunaikan kewajipan

"Alhamdulillah... terima kasih ya Allah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...