"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 28 Februari 2012

ADAM: ADAKAH ANDA SANGGUP??



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hida ada satu cerita.. kisah ni benar dan org yg laluinya ni rapat ngan hida...

M adalah seorang wanita yang penuh sopan santun dan lemah lembut.. M dah bertunang dan lagi sebulan nak kawen... M kuatkan diri untuk buat pemeriksaan kesihatan takut ada penyakit di sebabkan dia selalu sakit.. dalam masa sibuk dengan persediaan perkahwinan M dapat panggilan dari Doktor minta datang ke hospital... Dr sahkan M tak dapat mengandung buat selamanya... hati dan perasaan seorang wanita bila tahu tak dapat mengandung hanya Tuhan yang tahu.... seperti hidup ni dah sampai penghujungnya... M redha dan pasrah dengan ketentuanNYA itu...

M gagahkan diri menceritakan semua itu kepada tunang tercinta... dan pasrah jika tunang minta putuskan perhubungan.. M faham, lelaki mana yang tak mahu zuriat dari benihnya sendiri.. dan kalau boleh M hanya nak putuskan hubungan ni tanpa menceritakan hal sebenar kepada tunangnya.. tapi tunangnya dan keluarga tunangnya berhak tahu perkara yang sebenar... apa jua keputusan terletak di tangan tunangnya... kerna M bukanlah wanita yang tidak berperikemanusiaan untuk memaksa tunangnya menerima dia.. M sanggup di tinggalkan tanpa menyalahkan sesiapa termasuk tunang tercinta..

Alhamdulillah, cinta sejati mereka tidak menghalang untuk mereka bersatu walaupun masalah yang dihadapi M adalah sesuatu yang amat menyakitkan hati seorang wanita... ianya bagai ditikam dengan bilah pisau yang tajam.. keluarga tunangnya juga menerima M dengan penuh keikhlasan.. majlis perkahwinan berjalan seperti yang dirancang.. 13 tahun mereka menjadi suami isteri.. melayari behtera berumah tangga tanpa cacat celanya.. hari-hari mereka penuh keceriaan walaupun tanpa kehadiran permata kecil...

setelah 13 tahun, akhirnya mereka putuskan untuk mengambil anak angkat... bagi mereka sudah cukup untuk 13 tahun berbulan madu.. masanya dah tiba sama-sama memberikan kasih sayang dan perhatian kepada si kecil yang dahagakan kasih sayang ibu dan ayah.. mereka memikul amanah yang lebih besar sebagai ibu dan ayah... mencorak si kecil dengan didikan yang sempurna...

inilah kisah benar yang berlaku kepada M dan suami tercinta... Alhamdulillah mereka kuat dan tabah hadapi dugaan dan ujian.. caci maki orang persekitaran tidak mereka hiraukan.. kerna bagi mereka, cukuplah keyakinan, kepercayaan, kesetiaan, dan pengorbanan pasangan dan keluarga..

hida terlalu kagum dan terharu dengan kesabaran suami M.. moga mereka berdua terus bahagia hingga akhir hayat.. mendapat keberkatan dunia dan ahkirat...

bagaimana dengan ADAM di luar sana??

1 ulasan:

L berkata...

kalau L L pun tak tahu... huuuu pengorbanan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...