"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 28 Februari 2012

BERTAUT KEMBALI


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

petang tadi hida terima satu panggilan telefon tapi tak sempat nak angkat sbb masa tu hida kat dapur tengah masak.. tengok nombor tu macam belah utara... hida terus call balik, mne tahu penting kan... tiba-tiba ada budak angkat cakap loghat utara yang agak pekat... sebenarnya hida tak berapa faham, so hida cakap "maaf la tak berapa jelas"... hehee... dia tanya. "ni kak ida, kakak angkat kami ke??".. masa tu hida tertanya sendiri, sape la budak ni kan..

lepas tu, adik tadi bagi fon kat mak dia... "ni ida ke?? ni kak Hindon.. ingat akak tak?? keluarga angkat ida kat sungai petani??"... ya Allah masa tu terkejut hida sebab dah lama loss contact ngan kuarga angkat kat sungai petani tu... rupanya akak tukar nombor telefon sbb tu hida tak dapat contact akak.. dan kebetulan buku alamat hilang dari simpanan hida....

nama akak ni kak Hindon, suami dia abang Sayuthi... hida kenal mereka semua ni masa program bakti siswa anjuran Universiti Utara Malaysia dan KEMAS pada Mei 2006.. program ni di lakukan di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah... lebih kurang dah 6 tahun rupanya.. sepatutnya hida panggil ibu dan ayah tpi disebabkan mereka terlalu muda dan baya kakak sulung hida, hida yang mintak tuk panggil kakak dan abang... Alhamdulillah mereka setuju... rindu plak dengan anak2 mereka... masa hida kat sana dulu mereka ada 3 orang anak... yang sulung kalau tak silap 12 tahun.... skank mesti dah besar panjang, muda remaja lagi.. hida panggil dia along... dan yang ke dua tak silap umo 9 tahun.. yang bongsu plak masa tu baru 4 tahun... mungkin yang bercakap ngan hida tadi anak yang bongsu kot....

insyaAllah jika diberikan kesempatan hida akan kunjungi mereka sekeluarga... budi baik mereka takkan hida lupakan sampai bila-bila.. layanan mereka terlalu istimewa... sebelum pulang dulu hida ada tanam pokok jambu depan rumah mereka.... itu tanda kami menjadi anak angkat kepada setiap keluarga.. tak tahu la macam mana ngan pokok tu skank...

seronok plak mengimbau kenangan lama ni.. :)

2 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

salam Hida.
Bestkn kalau kembali terjalin mcm ni. sy dulu waktu belajar kt USM selalu juga buat program bakti siswa, tapi sayang loss contact ngan family angkat.

faiz berkata...

elokla sambung kembali silaturrahim tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...