"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Ahad, 26 Februari 2012

KELANTAN DI HATIKU


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

entry hari ni emo sikit.. kenapa?? semuanya sebab emosi terlebih... hehee..
hida bukan nak bersikap kenegerian atau apa saja yang seangkatannya...
tapi hida cuma nak bercerita sesuatu yang hida perhatikan setiap hari..
ya, ini berkenaan negeri tercinta KELANTAN...
hida tak berminat nak bercerita soal politik di sini....
hida tak kata kami orang kelantan ni baik-baik semua..
hida juga tak nafikan yang negeri lain pun ada yang baik-baik...
mungkin lebih baik dari apa yang ada di kelantan..
sama jugak kelantan, ada yang tak baik..
bukan senang nak buat semuanya jadi baik...
semua tu terpulang pada diri sendiri...
kita semua ada akal dan fikiran...
fikirlah mana baik dan mana buruk...
tapi kenapa setiap kali melibatkan negeri kelantan...
hanya buruk dan teruk yang orang nampak...
kalau kat facebook dan blog bersepah komen pasal buruknya kelantan...
kongsi benda baik pun orang akan cari salah dan silap...
apatah lagi kalau cerita benda buruk...
memang akan di jaja segenap ruang yang ada...
memang kaww2 lah orang mengutuk..
hida cuma sedih dan kecewa..
takkan kerna politik dan pemeritah yang berbeza kita nak bermusuhan..
yang hairannya tu kita sesama kaum ni yang bertelagah...
dah tentulah kaum MELAYU kan...
hida cuma nak tengok melayu bersatu...
nak tengok kita semua harmoni dalam bermasyarakat...
sebelum kita nak komen kita tanya diri kita "adakah komen aku ni akan sakitkan hati orang yang membacanya??"
tak salahkan kita jaga hati dan perasaan orang lain...
komen, tegur dan nasihat lah dengan fikiran yang waras....

hida ingat lagi kata2 mak.

"sehebat mana pun manusia tu takkan mampu nak beri kepuasan kepada semua.. akan sentiasa ada cacat celanya pada pandangan mata terutama yang tidak pernah sehaluan dengan kita.. tapi tanggungjawab dan kewajipannya adalah menegur dan menasihati dengan cara paling berhemah adalah perlu walau apa jua dugaan dan ujian"

jangan kerna tulisan kita kutuk mengutuk...
jangan kerna fikiran yang sempit kita bermusuhan....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...