"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 28 Februari 2012

TERAPI KETENANGAN HATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

pagi ni bangun je dari tidur kepala berdenyut-denyut... dah lama tak sakit macam ni... mungkin akibat migrain atau serabut dengan pelbagai masalah yang hadir sejak kebelakangan ini.. hida tetap on laptop untuk teruskan kerja edit thesis sebelum di hantar ke kedai untuk di jilid.. sakit macam mana pun keje tetap kena teruskan... kuatkan semangat.. cuba gagahkan diri dan lupakan segala permasalahan...

tapi sakit kepala tetap menyerang.. selera pun hilang.. ingatkan nak biarkan je perut ni berlapar, tapi sentiasa ingat pesan mak... nak diet atau takder selera sekalipun jangan tinggal sarapan... hida masuk dapur dan masak nasi goreng.. Alhamdulillah, walaupun makan sikit je tapi sakit perut pulih...

selesai makan, hida terus mengadap laptop... lagi la berdenyut kepala ni.. hida buka radio online nasyid.. Nasyid FM peneman hida sekarang.. tenang je bila dengar lagu-lagu nasyid ni.. nak menambah ayat-ayat untuk thesis ni memang dah takder sebarang idea.. mmg buntu sangat.. hida buka youtube, search zikir2 untuk terapi diri supaya lebih bertenang.. Alhamdulillah hida ketemu satu video yang hida rasa sesuai untuk memujuk hati yang sedang berserabut....


cuba pejamkan mata dan hayati bait-bait suara ini...

Subhanallah... sambil hida hayati bait-bait suara tersebut sambil berzikir, hida buka mata... Alhamdulillah sakit kepala hilang dan hida rasa tenang sangat.. video ni sesuai untuk terapi ketenangan hati... insyaAllah atas izinNYA...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...