"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Khamis, 16 Februari 2012

WUJUDKAH CINTA SIBER??


suatu waktu dulu
aku pernah berkenalan dengan si jejaka yang misteri
niatnya ikhlas untuk berkenalan
pernah satu hari di ajak aku bersama saudaraku untuk berjumpa
bukan jauh pun, di sekitar daerah ku juga
tapi dengan alasan yang sebaiknya aku menolak kerna belum masanya lagi
perkenalan itu amat pantas
pernahku terfikir wujudkah cinta di alam maya??
bagiku ianya bukan cinta tapi sekadar rasa kasih dan sayang
kerna sentiasa mendapat perhatian
dia tidak pernah memaksa apatah lagi mendesak
dia selalu ingatkan aku pada kematian
dia selalu berikan semangat untuk teruskan kehidupan
hampir setahun berkawan hanya di dalam talian
aku sedia untuk bertemu
tetapi....................
dia tidak lagi dapat ku hubungi dalam masa beberapa jam
selepas dia berikan kata-kata semangat untuk aku berjaya
dan mengucapkan selamat tinggal untuk menunaikan solat
atau lebih tepat menunaikan solat Jumaat
dia hilang dan terus hilang dengan penuh misteri
misteri bagiku dan juga fikiranku.........

peristiwa itu sudah hampir 5 tahun menjadi kenangan
namanya tidak lagi aku ingati tapi kata-katanya segar dalam ingataku
dan sekarang............
aku di datangi orang yang sama
wataknya sama
budi bicaranya sama
perhatian terhadapku juga sama
mustahil dia orang yang sama
kerna suara mereka jauh berbeza

yang pasti dia tidak memaksa aku untuk menyayanginya
selagi aku tidak bersedia
dia hanya meluahkan perasaannya sebagai lelaki
yang ingin di sayangi dan menyayangi
hari demi hari dia yakin dengan perasaannya terhadapku
sanggup berhadapan dengan keluarga walau apa pun dugaan
jika di terima mungkin akulah jodohnya
jika di tolak, akulah sahabatnya
tetapi............
aku tidak yakin
aku tidak bersedia
aku yang keliru
keliru dengan perasaan sendiri
keliru samaada dia juga hanya bayangan

dia juga beriku masa untuk kenal hati budinya
sebelum aku membuat keputusan
kenapa aku hanya bertemu cinta siber??
bila bertemu hanya janji tinggal janji
cinta siber bukan mustahil tapi sukar untuk ketemu keikhlasan
banyak keperitannya terutama bagi seorang wanita
yang hatinya mudah tersentuh dengan kata-kata

betulkah wujudnya cinta tanpa melihat wajah??
betulkan kasih dan sayang akan berputik dalam diri hanya dengan suara??
betulkah dia di ciptakan untukku??
banyak persoalan bermain difikiran...

hanya padaMU hamba memohon, berikanlah aku petunjuk...

4 ulasan:

Titisan Hujan berkata...

insyallah jika dh jodoh..cmne hadirnya cinta itu,usah kita pertikaikan.


cm TH snd..tidak tahu mn asal usulnya incik tunang,bila tny die pun di snd tak tahu dari mana die kenal TH.akhirnya kini die bkal mjadi suami TH.insyallah

kami hnya bkenalan seminggu shja die terus mbawa rombongan merisik

shameel Iskandar berkata...

Tiada yg tidak mungkin dengan izin-Nya dan tiada yg mustahil dengan kehendak-Nya.

L berkata...

L pernah gak jadi gini.. huhu. tak pernah tgk muke, tp bercinta... tahan 4 tahun... huhu.. waw.. tapi berpisah jua... urmm sedihnyer

jom baca sekejap.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/menyekutukan-allah.html

HiDa berkata...

@TH:
Alhamdulillah.. itulah yg diharapkan... terima kasih...

@shameel Iskandar:
insyaAllah, aminn...
moga dipermudahkanNYA..
terima kasih..

@L:
4 tahun?? lama jugak tu... jgn sedih2 ya... insyaAllah ada insan yg lebih baik tuk L... jadikan sebagai pengalaman dan kenangan terindah dalam hidup.... :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...