"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Rabu, 28 Mac 2012

MANA YANG PATUT DI CARI DAN MANA PATUT DI TUNGGU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari yang ceria dan membahgiakan buat hida.. kenapa?? bila kesihatan baik, hati tenang dan fikiran tidak berserabut ngan pelbagai masalah dan tekanan itulah nikmat paling berharga buat hida.. Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa kerna diberikan kesempatan dan peluang tuk diri ini terus bernafas dan mencari redha serta keberkatan hidup sebelum di panggil menuju ke alam yang kekal abadi...

hida ada terbaca satu kata-kata hikmah tpi hida lupa di mana dan bila... cuma kata-kata tu masih segar dalam ingatan hida.. inipun lebih kurang je lah.. kata-kata tersebut berbunyi, "kita bersungguh mencari jodoh yang sepatutnya kita tunggu dan bila tiba masanya.. tetapi kita hanya menunggu untuk mendapatkan sebuah hidayah tanpa usaha untuk mencarinya"


tipu kalau hida katakan hida tak risau dan bimbang akan umur yang semakin meningkat... kawan-kawan yang sebaya dah ada keluarga dan kerjaya masing-masing... tapi hida masih sendiri (maksudnya belum berumah tangga)... bila kawan-kawan upload gambar bersama family terutama anak-anak, hati hida terdetik 'bilakah aku akan jadi seperti mereka??' kadang-kadang rasa terharu dalam diri ini menyebabkan airmata gugur..

hida juga pernah bertanya pada diri sendiri, 'adakah aku tidak redha akan ketentuanNYA??'... cepat-cepat hida betulkan niat dan fikiran sendiri... minta dariNYA supaya jauhkan diri hida dari berprasangka buruk akan takdir.. Alhamdulillah hida cepat tersedar...

lumrah kehidupan, kita risau akan jodoh yang belum kesampaian tetapi kita tidak pernah rasa takut akan hidayah yang tidak pernah kunjung tiba dalam diri kita......... pernahkah kita terfikir, cukupkah amal ibadah kita selama ini?? pernahkah kita bertanya pada diri, islamkah aku hanya kerna aku dilahirkan islam??

bila hida tenang dan fikirkan perkara ini, hida dapat satu semangat untuk teruskan hidup ini.. setiap apa yang berlaku ada hikmah dan sebabnya.. DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNYA.. hari ini kita tewas dan gagal, tpi tak bermakna kita tewas buat selamanya... DIA ada perancangan yang lebih baik buat kita..


syukur kehadrat Ilahi kerna memberikan hida peluang dan kesempatan untuk mencari redhaNYA... hida tak pernah tutup pintu hati untuk cinta sesama insan kerna itu adalah nikmat yang diberikanNYA buat hamba.. tetapi biarlah cinta hida terhadapNYA mengatasi cinta hida terhadap sesama insan... hida sedar akan hikmah yang diberikan ini.. peluang untuk hida perbetulkan diri dan mencari erti solehah dalam diri untuk bekalan dunia dan akhirat... ibarat baru merangkak untuk mencari sebuah hidayah dan solehah.. agar diterima segala ibadah dan amalan...


"sebelum ku dambakan si soleh untuk temani diri, biarlah ku cari solehah buat diri untuk bekalan dunia dan akhirat"

Ahad, 25 Mac 2012

PANTAI PAK AMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

dah agak lama hida tak update blog ni.. nak kata sibuk tu tak lah tpi sbb kat kampung kan.. internet mmg xder, semggu sekali blh la pinjam broadband ngan abang.. tu pun sbb nak semak emel dan juga jawatan kosong.. duk kat kampung ni walaupun xder apa tak pernah rasa boring.. terutama bila luangkan masa ngan kebun2 kecik milik mak dan ayah... seronok tengok tanaman yang segar terutama ulam-ulaman.. 

hari jumaat lepas hida dan family luangkan masa berkelah di pantai.. rupanya dah lama kami tak ke pantai... kalau dulu sebulan sekali akan makan sarapan kat pantai... selalunya kami ke pantai PCB... dan 2 hari lepas hida ajak adik ke pantai Pak Amat... lepas tu mak dan kak long n anak2 sedara nak join gak.. bawa la bekal sikit2.. tak sangka plak pantai tu hanya 10 minit dari rumah hida.. dah ada jalan tar terus ke kawasan pantai... ok la, hida nk kongsikan gmbar2 kat pantai... tak banyak tapi menarik perhatian.. :))

mak merenung jauh.. hida paling suka gmbar ni......... adik cakap dah macam isteri yg setia menunggu suami pulang dari mencari hasil laut.. :)) kebetulan time ni, ada nelayan sedang alihkan botnya dari pantai ke sungai.. kat sini dapat di lihat sikap kerjasama........

tenang je ble dapat lepak kat pantai... deruan ombak dan hembusan angin di waktu petang.. jeritan serta larian anak2 kecil serta keriangan keluarga masing2 meluangkan masa bersama... indahnya ciptaan Ilahi..

anak sedara hida yang terpengaruh ngan drama 'Atas Nama Cinta'...... "mak cik nnti wawa nk simpan semua ni, mandikan dia setiap ari sampai dia besar".... huhuuu....

Jumaat, 9 Mac 2012

BIARLAH RAHSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

semalam abang angkat hida ada call...
dah agak lama tak contact dia...
hida ada gak cari kat fb, tpi dia dah deactive...
katanya nak cari ketenangan..
dalam fb skank macam2 perkara ada...
gaduh la, maki hamun, sesi luahan dari hati ke hati la...
hida pun nampak gak kebelakangan ni fb jadi tempat meluah rasa plak kan...
bukan apa fb tu kan satu dunia boleh tgk...
dan rasanya bukan semua kawan2 kita adalah kawan siber..
ada antara mereka adalah family, teman2 sekolah, kolej dan sebagainya...
setiap status atau apa jua yg kita post akan di lihat oleh mereka...
tak salah nak post apa jua tapi fikirkanlah benda tu elok ke tidak...
mungkin ada hati yang perlu kita jaga...
takkan isu serta masalah rumah tangga pun kita nak sebarkan satu dunia....
berpadalah kalau kita aktif sekalipun..
banyak bnda yang boleh kita lakukan..
banyak bnda yg boleh kita sebarkan..
tapi ingat jangan terlalu asyik tekan butang 'share'...
sampai benda yang mengaibkan orang lain pun kita nak 'share'...
teknologi makin canggih tapi kita ada akal yang waras..
tahu mana baik dan mana buruk....
benar kata pepatah..
"terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata/perbuatan buruk padahnya"


"fikirkanlah beberapa kali sebelum anda mengePOST sesuatu.. 
adakah ianya sesuai untuk tatapan umum atau biarlah menjadi rahsia"

Khamis, 8 Mac 2012

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ni dah 8 Mac, rasa kejap je masa berlalu kan....
tinggal 9 hari je lagi hida nak balik kampung...
ok lah, hida pun tak nak tulis panjang lebar..
entry kali ni nak ucapkan selamat hari WANITA buat semua wanita seluruh dunia..
terutama buat bonda tercinta..
kakak-kakak serta adik bongsu dan anak2 sedara..
tak lupa juga buat teman-teman seperjuangan...
bersyukur dan berbanggalah kita dengan gelaran WANITA...
yang paling penting jagalah maruah diri dengan sebaiknya..
insyaAllah dengan itu, terlindunglah diri kita dari perkara-perkara yang di larang oleh Allah swt...

cuba hayati lirik lagu WANITA oleh DURRANI.. penuh makna yang tersirat...


"Wanita... sebutir permata diperlubukan.. 
memancar sinaran di kegelapan... 
biarpun tersimpan dalam lumpur, serimu takkan luntur"

Isnin, 5 Mac 2012

TUGAS TERAKHIR DI TANJUNG MALIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah akhirnya siap jugak thesis untuk Sarjana Pendidikan ICT... memang mencabar pemikiran gak la nak setelkan semua ni... amik masa berbulan2 nak sampai ke bahagian terakhir iaitu penjilidan... walaupun pelbagai dugaan yang ditempuhi (takder la sampai kne harungi lautan dan gunung ganang) semua itu satu pengalaman berharga buat hida.... sekurangnya ada gak la ilmu serta kemahiran tuk buat thesis bila nak sambung peringkat PhD nanti... insyaAllah... kat bawah ni ada beberapa keping gmbar hida tgh sibukkan diri mencetak 5 salinan thesis ngan keadaan printer buat masalah (tpi gmbar tu takder la)... dan tiba2 jugak bila dah siap print, tgk2 ada kesalahan ejaan... so, nak tak nak mmg kne edit n print balik la.. 

dah macam kedai printing plak kan.. hehee.. seb baik la ink tu murah.. kalau tak beratus2 abis.. memang jimat pakai ink macam ni.. nak refill pun senang... 

sambil print sambil susun dokumen2 ni... atas lantai pun jadilah jnji tersusun... hehee..

atas katil pun ada??? 
ni yang dah siap di susun dan tggu nak gabungkan dengan lampiran dan muka depan...

dan hasilnya apabila di gabungkan dari muka depan hingga ke lampiran.. semua ada 5 salinan... 1 untuk simpanan sendiri, 1 untuk penyelia dan 3 lagi akan di hantar ke fakulti.. tapi sebelum tu, semua ni di hantar ke kedai untuk di jilid...

Alhamdulillah... :))

Jumaat, 2 Mac 2012

CINTANYA YANG ABADI


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

dan akhirnya inilah kesudahan antara kami...
tiada lagi kata-kata indah yang akan menemani diri ini...
perancangan kita terlalu baik tapi ketentuanNYA yang harus kita redha...
DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...
walaupun sayang hakikat tidak mungkin bersama...
biar perit asal berterus terang....
dari gembira hasil pembohongan...
ini pilihanku dan inilah keputusanku..
biar kecundang di awal pertemuan..
dari menanggung sakit kemudian hari..
makin banyak permasalahan hadir..
makin kuat diri ingin dekat kepada cintaNYA...
cinta kepadaNYA mengatasi cinta sesama manusia..
kerna dalam cintaNYA itu ada keberkatan..
insyaAllah....

ya Allah, aku redha dengan keputusan yang telah di buat... ku pohon, Kau berkatilah hidupnya, Kau lindungilah dia dari segala kesukaran dan kesulitan.. Kau berikan aku dan juga dirinya kekuatan dan ketabahan menghadapi segala dugaan ini... sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui.. aminn..

Khamis, 1 Mac 2012

YAKINLAH ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

hari ni dah masuk bulan ke 3 untuk tahun 2012... rasa cepat je masa berlalu.. pejam celik, pejam celik akhirnya setahun kita bakal tinggalkan.. dari sehari ke sehari pelbagai permasalahan wujud.. yang semalam tak setel pun lagi tapi hari ni dah ada masalah baru... sehingga rasakan hidup ni terlalu bosan dan tiada titik noktah.... bersyukurkah kita jika itu yang kita fikirkan atas apa yang kita lalui sekarang ini??

hida cuma lihat pada diri sendiri.. semakin hari hida rasakan hidup ni terlalu bosan dan penuh masalah tetapi hida lupa akan ujian dan dugaan ini untuk apa... setiap hari hida cuba cari tujuan hidup hida.. hida mula melangkah untuk kenal siapa diri hida... hida belajar apa itu kehidupan.. bukan hanya di dunia tapi kehidupan yang kekal abadi di akhirat sana..

dari hari ke hari, hida sedar hida hanya perlu yakin bahawa hida tak sendiri.. DIA sentiasa ada saat hida susah atau senang.. saat hida dalam kegelapan atau di terangi... saat hida memerlukan atau kealpaan.... semakin hida kejar cintaNYA, semakin dekat masalah dunia menghampiri hida... tetapi Alhamdulillah, hida masih kuat untuk melawan semua dugaan itu.. hida masih sedar di mana hida berpijak...

semua orang mendambakan hidayah dariNYA, tetapi sejauh manakah kita berusaha untuk mendapatkan hidayah tersebut?? sejauh manakah kita redha dalam ketentuanNYA?? kita ingat akanNYA apabila kita ditimpa musibah, tetapi kita lupa kepadaNYA bila kita bersenang lenang.. adakah kita layak mendambakan hidayah dariNYA jika itu yang kita terapkan dalam diri?? tetapi DIA tak pernah berpaling dari kita. DIA sentiasa ada bersama kita... 

ya Allah, Kau berikanlah petunjuk kepada hambaMU ini.. ya Allah,  sesungguhnya aku seorang wanita yang amat lemah untuk menghadapi cubaan dunia ini... aku sentiasa memerlukan petunjuk dariMU untuk menyuluh perjalanan hidupku moga terus berada pada jalanMU.. ya Allah, hanya padaMU aku memohon Kau redhailah dan Kau berkatilah hidupku di dunia dan akhirat... aminn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...