"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Isnin, 14 Mei 2012

PENGALAMAN BERHARGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerna semalam hida berkesempatan mengikuti kursus kemahiran pengurusan jenazah... mula2 tu rasa takut jugak.. kenapa?? ini semua sifat semulajadi hida.. tapi bila fikirkan ilmu mcm ni bukan senang kita nak perolehi.. tambahan pula kursus ni di jalankan di kawasan kampung dan juga percuma.. peserta kursus kesemuanya muslimah yang rata2 berumur dalam lingkungan 40 ke atas.. melangkah masuk ke dalam masjid sudah ternampak kain serba putih.. itulah pakaian terakhir kita kan.. satu demi satu penerangan di jelaskan.. rukun, adat dan macam2 lagi..

seterusnya amali bagaimana memandikan dan mengkafankan jenazah di tunjukkan oleh ustazah2 yang berkemahiran dalam hal ini.. terasa sayu dan hiba serta kerdilnya diri ini bila sekujur tubuh di baluti kain putih berada depan mata..

teringat akan ceramah Ustaz Don berkenaan pengurusan jenazah kedua ibu bapa kita.. hampir menitik airmata ni bila ustazah kat kursus tu juga memaklumkan perkara yang sama.. siapa lagi yang mampu melakukan kerja2 tersebut dengan sebaiknya jika bukan keluarga kita sendiri.. orang yang lebih rapat dan yang akan menjaga segala aib kita..

hida berharap lepas ni ada lagi peluang dan kesempatan untuk hida dan juga anak2 muda terutama di kampung hida mengikuti kursus sebegini.. insyaAllah.. aminnn..

Jumaat, 11 Mei 2012

HARI KONVOKESYEN 8 MEI 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah hida panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerna akhirnya hari bersejarah hida di raikan bersama keluarga tercinta dan teman-teman.. hida amat terharu dengan sambutan yang diberikan.. ianya amat bermakna dan takkan hida lupakan buat selamanya.. di sini hida nak kongsikan hari bersejarah hida dengan teman-teman blogger...

malam sebelum konvo, adik2 rumah sewa hida telah buat kejutan tuk hida dan teman hida fisa.. kami diberikan kejutan ngan lakonan yang membuatkan jantung hida hampir terhenti.. dan pada malaM tersebut kami semua bermandikan tepung.. hehee

ini pula geng2 oren.. hehee.. merekalah yang menjadi pelakon hebat malam tersebut.. dan pada hari konvokesyen mereka datang ngan pakaian serba oren bagi memeriahkan hari bersejarah tersebut.. :))

..:: di bawah adalah family tercinta hida ::..

bersama ayah, adik lelaki, mak dan adik perempuan.. 

family hida yang hadir pada konvokesyen tersebut.. sayang semua.. terima kasih banyak2 sdi memeriahkan detik2 indah ini.. i love you all very much... ;-)

dan ini pula jambangan bunga yang hida perolehi pada hari tersebut... 

Alhamdulillah.. terima kasih tuk semua dan insyaAllah perancangan PhD akan menyusul.. moga dipermudhakan.. aminn..

Khamis, 3 Mei 2012

NAIK PENTAS BUAT KALI KE 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

dah agak lama tak update blog ni..
hari ni pun hida cuma nak kongsikan kegembiraan hida bersama teman2 semua..
Alhamdulillah hida akan konvo pada 8hb Mei 2012..
skank hida ada di Tanjung Malim..
1hb ari tu datang sebab semalam hida kne ambil jubah..
dan hari ni pulak ada raptai..
bila tengok n pakai jubah tu rasa lain sangat walaupun ini dah kali ke 3 hida konvo..
mak dan ayah pun excited sangat..
hida ada gak bercakap ngan mak, kalau tak datang pun takper sbb dah byk kali nyusahkan mak dan ayah serta family.. belanja pun byk gak abis.. (walaupun dalam hati ni nak sangat mak dan ayah ada bersama di hari bersejarah tu nanti.. hehee)..
tapi mak dan ayah lebih excited berbanding hida..
walaupun tak berapa sihat mak tetap nak hadir..
terima kasih mak, ayah dan family yang sanggup datang 8hb nanti..
dgr2 citer dari adik, dalam 3 biji gak la rombongan family hida..
hehee.. tu dah biasa bila ada majlis mcm ni..
kalau cuti sekolah lagi ramai nak datang..
bukan apa, masing2 nak bawa anak2 tuk bagi semangat pada mereka..
sampai di sini dulu buat kali ini..
insyaAllah nnti berkesempatan hida akan kongsi kemeriahan hari konvokesyen tersebut..
doakan moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...