"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Isnin, 14 Mei 2012

PENGALAMAN BERHARGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerna semalam hida berkesempatan mengikuti kursus kemahiran pengurusan jenazah... mula2 tu rasa takut jugak.. kenapa?? ini semua sifat semulajadi hida.. tapi bila fikirkan ilmu mcm ni bukan senang kita nak perolehi.. tambahan pula kursus ni di jalankan di kawasan kampung dan juga percuma.. peserta kursus kesemuanya muslimah yang rata2 berumur dalam lingkungan 40 ke atas.. melangkah masuk ke dalam masjid sudah ternampak kain serba putih.. itulah pakaian terakhir kita kan.. satu demi satu penerangan di jelaskan.. rukun, adat dan macam2 lagi..

seterusnya amali bagaimana memandikan dan mengkafankan jenazah di tunjukkan oleh ustazah2 yang berkemahiran dalam hal ini.. terasa sayu dan hiba serta kerdilnya diri ini bila sekujur tubuh di baluti kain putih berada depan mata..

teringat akan ceramah Ustaz Don berkenaan pengurusan jenazah kedua ibu bapa kita.. hampir menitik airmata ni bila ustazah kat kursus tu juga memaklumkan perkara yang sama.. siapa lagi yang mampu melakukan kerja2 tersebut dengan sebaiknya jika bukan keluarga kita sendiri.. orang yang lebih rapat dan yang akan menjaga segala aib kita..

hida berharap lepas ni ada lagi peluang dan kesempatan untuk hida dan juga anak2 muda terutama di kampung hida mengikuti kursus sebegini.. insyaAllah.. aminnn..

1 ulasan:

L berkata...

harap dapat uruskan jenazah mak bapak sendri nt..

jom baca kejap..=D
http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/still-jahat-walaupun-dah-solat.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...