"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 21 Ogos 2012

AKU TAK INGIN LAYU

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

ya Allah, aku tak sekuat dulu tuk hadapi semua ini..
semakin hari semakin ku rasakan diri ini terlalu lemah...
ya Allah, aku perlukan kekuatan untuk terus bertahan demi mereka yang aku sayang..
demi kebahagiaan mereka yang sentiasa ada bersama aku...
aku tak ingin layu di hadapan mereka..
aku tak ingin mengaku kalah dengan apa yang terjadi...
dugaan dan ujian ini berat tuk aku lalui tapi aku tahu KAU lebih tahu apa yang sedang aku lalui....
aku takut jika aku dengan mudah berputus asa...
aku cuba melakar senyum...
aku cuba berbicara indah..
aku cuba ketawa dan berjenaka..
ya Allah, hatiku ibarat tersirat dengan senyuman, bicara, ketawa dan jenaka ku sendiri..
hatiku tidak henti-henti menangis..
ianya sungguh pedih kerna semakin hari semakin tak tertanggung...
aku panjatkan doa kepada MU ya Allah...
KAU kuatkan imanku,
kuatkan semangatku...
kuatkan ketabahan dan kesabaranku...
KAU tunjukkan aku jalan supaya segala resah gelisah ini jauh dariku...

Khamis, 16 Ogos 2012

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah hari ni dah 27 Ramadhan.... insyaAllah beberapa hari saja lagi kita semua akan menyambut bulan Syawal.. tentu sekarang dah pelbagai persiapan di lakukan... lgi meriah bila kepulangan insan tersayang dari perantauan mula membanjiri jalan2 raya.. dalam kita membuat persiapan janganlah sampai melebihi had dan kemampuan kita pula, terutama dari segi kewangan... kata pepatah, "ukur baju pada badan sendiri".... banyak yang perlu kita fikirkan sebab kita bukan nak hidup dalam bulan raya saja kan.... lgi pun berjimat cermat tu kan amalan mulia..

dan tak lupa kepada yang nak balik raya terutama yang jauh diperantauan... jangan berebut2 dan berlumba2 kat jalan raya tu... jadikan peristiwa lepas sebagai pengajaran tuk kita.. memang malang tak berbau dan ajal maut ketentuanNYA, tapi sebagai pengguna yang bijak kita harus sentiasa berwaspada... sebelum bertolak pastikan kenderaan di periksa dan jangan lupa baca doa perjalanan.. mintak dariNYA supaya dipermudahkan perjalanan kita semua pulang beraya bersama kuarga tercinta... hida lebih suka kalau sepanjang perjalanan kita dgr ayat2 suci Al-Quran atau zikir... rasa tenang je perjalanan tu... insyaAllah...


sempena ketibaan syawal ni, hida nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri... maaf jika ada tersalah bicara sepanjang hida berblog dan ada kata2 yang mengguris hati dan perasaan sesiapa saja... kalau nak datang beraya datang je.. sepanjang raya rumah memang terbuka (tu pun kalau ada tuan la ya.... hehee)..

..:: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN ::..

Rabu, 8 Ogos 2012

CUKUP SAMPAI DI SINI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

ada cerita di bulan ramadhan 1433hijrah dan ketentuanNYA adalah yang terbaik buat kita kerna DIA Maha Mengetahui...

dari mula kita bertemu dan berkenalan,
awak selalu katakan yang awak serius dengan saya...
saya tanya sejauh mana??
awak kata sampai kita bersatu..
saya pula selalu minta awak jumpa parent saya..
awak kata tak sedia..
ketika itu saya faham keadaan awak..
awak kata nak stabilkan kerjaya..

suatu ketika awak ajak saya keluar..
saya kata saya nak berteman sbb kita tiada apa2 ikatan..
cukup sekali kita bertemu bertemankan persekitarannya orang asing...
awak kata tak nak sebab nanti segan...
hari ini awak ajak saya keluar buat sekian kali..
saya kata jumpa parent minta izin..
awak kata bukan nak keluar ngan parent saya..
dan kalau minta izin jawapannya pasti hancur..

awak tak pernah tanya kenapa saya mintak awak jumpa parent saya..
kalau awak tanya saya nak cakap..
"awak, saya anak mak dan ayah.. segala perbuatan baik dan buruk saya masih tanggungan mereka... saya tak nak mak dan ayah saya tanggung dosa atas kesalahan yang saya lakukan.. lebih baik mereka tahu dan kenal dengna siapa saya berkawan.. lebih baik mereka restu perkenalan kita.. awak, saya takkan sesekali membelakangkan agama dan kedua orang tua saya walaupun usia saya makin meningkat... "

itu yang saya nak katakan pada awak..
tapi awak tak pernah tanya dan faham..
bagi awak, semua ini hanya perkara remeh..
bila saya sedar saya tanya awak apa kesudahan perhubungan kita...
awak masih tiada kata2..
maaf awak, saya perlu mulakan bicara..
biarlah hubungan kita cukup sampai di sini..
adakah saya putus asa??
tidak pernah sesekali saya berputus asa...
awak...
saya tak cari putera raja..
saya tak arapkan wang berjuta.
saya dambakan putera agama yang dapat bimbing saya menuju kehidupan yang abadi
saya dambakan insan yang cintanya pada Ilahi mengatasi segalanya..

sesungguhnya hati saya ingin lebih dekat dengan Maha Pencipta..
ingin dekat dengan suruhan dan perintahNYA...
saya ingin menncari cinta yang di dalamnya penuh redha dariNYA..
terima kasih ya Allah kerna dengan petunjukMU, aku kuat untuk hadapi semua ini..
terima kasih juga ya Allah kerna tidak pernah menutup pintu hatiku untuk mencari cinta yang KAU redhai..
aku percaya ya Allah, jodoh pertemuan itu adalah ketentuanMU..

saya akui awak mewah dengan harta benda...
awak punya segalanya..
tapi semua itu tak mambutakan mata hati saya..
saya tolak awak bukan kerna mana2 insan tapi kerna saya mencari redha DIA..
maaf awak, saya bukan selayaknya untuk awak...
moga awak dipertemukan dengan insan yang terbaik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...