"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Khamis, 16 Ogos 2012

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah hari ni dah 27 Ramadhan.... insyaAllah beberapa hari saja lagi kita semua akan menyambut bulan Syawal.. tentu sekarang dah pelbagai persiapan di lakukan... lgi meriah bila kepulangan insan tersayang dari perantauan mula membanjiri jalan2 raya.. dalam kita membuat persiapan janganlah sampai melebihi had dan kemampuan kita pula, terutama dari segi kewangan... kata pepatah, "ukur baju pada badan sendiri".... banyak yang perlu kita fikirkan sebab kita bukan nak hidup dalam bulan raya saja kan.... lgi pun berjimat cermat tu kan amalan mulia..

dan tak lupa kepada yang nak balik raya terutama yang jauh diperantauan... jangan berebut2 dan berlumba2 kat jalan raya tu... jadikan peristiwa lepas sebagai pengajaran tuk kita.. memang malang tak berbau dan ajal maut ketentuanNYA, tapi sebagai pengguna yang bijak kita harus sentiasa berwaspada... sebelum bertolak pastikan kenderaan di periksa dan jangan lupa baca doa perjalanan.. mintak dariNYA supaya dipermudahkan perjalanan kita semua pulang beraya bersama kuarga tercinta... hida lebih suka kalau sepanjang perjalanan kita dgr ayat2 suci Al-Quran atau zikir... rasa tenang je perjalanan tu... insyaAllah...


sempena ketibaan syawal ni, hida nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri... maaf jika ada tersalah bicara sepanjang hida berblog dan ada kata2 yang mengguris hati dan perasaan sesiapa saja... kalau nak datang beraya datang je.. sepanjang raya rumah memang terbuka (tu pun kalau ada tuan la ya.... hehee)..

..:: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN ::..

2 ulasan:

amir aizat berkata...

selamat hari raya, hehe

Edy Fee berkata...

amin..semoga cmaat sampai

kunjungan sempena raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...