"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Rabu, 26 September 2012

KEPERLUAN ATAU KEHENDAK??

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

2 post tak sampai sejam.... hehee...
kebetulan anak sedara duk main2 enset atas rak yg dah agak lama hida tak guna...
hida kumpulkan semua pastu tangkap gmbar...
rupanya banyak gak aset (enset) hida ya... hehee..
semua ni masih berfungsi tpi 2 je hida pakai..
mesti ada yg bertanya kenapa byk sgt???
enset ni semua dah lama... ada rosak sikit2 dan hida terpaksa tukar baru...
yg lama simpan je atas rak buku..
bila ada duit lebih hida try hantar kedai..
dah baiki n bayaran pun takder la mahal sangat...
dan skank jadilah koleksi.. hehee..

























tpi yg 1st n 2nd xder dalam gmbar....
sbb yg 1st dah rosak berkecai tu pun lepas bgi kat adik masa dia nk masuk ILP..
sedihhhh sangat.... huhuuu....
dan yg 2nd ada lgi n masih ok cme kne tukar bateri sbb dah lama sangat..
kalau tak silap ada dalam kotak buku bawah katil kot.... hehee..
malas nk bukak kotak2 tu nnti byk plak harta lain yg hida jumpa...
nnti mulalah mengimbau kenangan lama... kihkihkih...
serius skank rasa macam nk jual semuanya...
nk pakai satu, tu pn yg basic function je....
leceh la yg multitasking ni... huhuu...

TEMAN PENGGANTI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...



Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Selasa, 25 September 2012

BUKAN NAK BERPOLITIK

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...














bukan nak bercakap pasal poilitk ya.. hida tak minat dan tak reti nak berpolitik tpi hida masih ikuti isu2 semasa berkenaan politik.. mungkin entry kali ni sedikit serius... hida akui laman sosial skank macam2 ada.. kat sana pelbagai status, pelbagai komen atau luahan kita boleh lakukan... orang lain tiada hak tuk halang sbb tu akaun kita... betul tak??? memang la betul sbb tu akaun kita bukan ada orang boleh halang pn tapiiiiiiiii... setiap sesuatu tu ada sebab dan akibat... yang tu perlu kita tahu terlebih dahulu sebelum tangan kita lebih cepat berbicara berbanding fikiran kita... arap2 faham la ya.. bahasa tak tinggi mana pun tu.... dengan erti kata lain fikir dulu apa yang kita nak tulis tu...

senang cerita hida bagi contoh, laman sosial yang paling femes skank iaitu FACEBOOK.. hida ping satu status teman fb hida berkenaan negeri Kelantan..

"Negeri mundur, tak menarik langsung.. bukan ada apa2 pun... yang pasti aku takkan jejakkan kaki kat bumi yang bernama Kelantan.. Boring, xder hiburan... " kurang lebih sbb kata2nya lgi pedih...

yg pasti itu hak dia kan nak bgi pendapat tentang negeri Kelantan... hida faham, setiap org ada pendapat masing2... tapi tuk dapatkan kepastian hida pm dia..

"pernah datang Kelantan ke dik??"

komen2 lain biasa la ada positif n negatifnya, bersetuju dan tidak.. mulalah isu2 politik dan pemerintahan, sikap, cara hidup dan maruah di perdebatkan.. tak apa lah, hida boleh terima tapi sakit la jugak kata2 yg mereka lontarkan sbb negeri kesayangan kita kan... adik (sbb dia muda lagi dalam 22 tahun) ni jawab pertanyaan hida:

"tak pernah kak"

ringkas je jawapannya tapi berbeza ngan kata2 kat statusnya tadi... so, hida tanya lagi:

"habis tu kenapa cakap macam tu??"

dia jawab lagi:

"dah itu kawan2 yg pernah ke sana cerita.. memang xder apa yg menarik pun"

hida teruskan bicara:

"ya, adik boleh dgr cerita kawan2 atau sape saje tpi status adik tu macam adik dah pernah jejakkan kaki kat bumi Kelantan... akak tak kisah ngan pendapat adik tpi biarlah adik sndiri rasa, tengok dan alami apa jua yg adik cakap tu depan mata adik sndiri... dan kalau adik dah pernah datang sini dan itu juga pendapat adik bermakna adik memang tak sesuai kat sini la... so, xder sape leh paksa adik... akak ada kawan dari pelbagai negeri kat Malaysia ni, Alhamdulillah mereka selesa kat sini walaupun byk kekurangan dari segi hiburan yg adik katakan tu dan akak juga dah byk merantau timba ilmu n jalan2, setiap tempat ada keistimewaannya yg tersendiri... akak bersyukur kat mne saje akak tinggal.. "

dia diam......... hida pun diam je lah, tak nak perbesarkan lagi hal ni... tpi status dia tak pernah berhenti dari menghina dan mengata macam2.. bgi hida, tempat macam tu tak sesuai tuk kita bercakap pasal ni.. kenapa??? sebab kita ada kawan2 dari pelbagai negeri, bangsa dan agama.. sebaiknya kita hormat sesama kita.... termasuk gak kawan2 dari Kelantan, cubalah hormat menghormati satu sama lain... jangan kerna kita di bawah payung pemerintahan yang berbeza kita ngan lantang bersuara... cubalah kawal diri dari libatkan segala hal dengan politik kalau nak hubungan silaturrahim terus mekar... jangan sampai satu saat ada yg meluat ngan kata2 kita..

pendirian hida dalam sebarang penulisan amat mudah:


"jangan kerna tulisan kita kutuk mengutuk... jangan kerna berbeza pendapat kita bermusuhan"

maaf jika ada salah n silap dalam penulisan entry ni.... :))))))

we love Malaysia... ;-)

Ahad, 23 September 2012

SATU CINTA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

sejak kebelakangan ni hida aktif jugak la online ni... byk update pasal jawatan kosong.... byk jugak la dah apply, arap2 ada la rezeki.. apa2 pun hida berserah padaNYA.. yang penting usaha kan... dan esok dan pusing2 Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.. tak kisah la keje apa pun, dan tak kisah gne sijil apa pun.. jnji dapat keje yang halal... kiranya misi penting jugak la esok ni...

dalam hida duk online, hida suka update kat twitter.. kebelakangan ni hida suka follow kata2 dari saudara Fedtri Yahya @fedtriyahya.. kata2nya amat bermanfaat... dan boleh dijadikan motivasi... hida kongsikan satu kata2 dari beliau...

"Buat yg tiada kekasih: Ya Allah,jika ditakdirkan aku sendirian hingga akhirnya, biarlah aku benar2 larut dan tenggelam dlm keagungan cintaMu"

tiba2 hida teringat akan lagu ni.... dalam byk2 lagu yg hida dengar, lagu ni bisa meruntunkan perasaan hida.. lagu yang telah membuatkan hati hida bergetar dan airmata gugur dengan deras... kenapa??? mungkin teman2 boleh dengar dan hayati bait2 lirik lagunya... bukan sekadar hiburan tapi juga buat renungan kita bersama...

SATU CINTA - STAR FIVE


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Moga selamat semuanya... :))

Khamis, 20 September 2012

MAAFKAN AKU

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
















apa erti persahabatan bagi teman2 semua??

sejak kebelakangan ni, hida tertanya2 serta bermonolog sendiri:

apa salah aku?? kenapa teman2 semua macam dah tak ingin berkawan ngan aku?? kalau aku salah tegurlah aku.. kalau aku buat silap nyatakan dan jelaskan silap aku... kenapa mesti diam dan pulaukan aku... 

ustaz dan ustazah selalu cakap sebelum kita salahkan orang lain, sebaiknya kita selidik dan cari salah kita terlebih dahulu.. betul tu, tpi hida dah puas fikir apa salah hida sampai teman2 berjauhan dari hida...

hida terlalu sayang teman2 hida.. hida cuba cari salah hida, hida cuba rungkai apa yg mereka tak puas hati ngan hida tpi hida tak jumpa jawapannya.. hida manusia biasa, mungkin hida ada buat silap yang hida sendiri tak sedar akan kesilapan tersebut... tapi sebagai kawan, tak salahkan kiranya teman2 semua tegur dan ingatkan hida.. bukan dengan mendiamkan diri dan seperti ingin pulaukan hida.... semakina hari semakin lemah diri ni bila fikirkan permasalahan yang tiada ketahuan puncanya..

suatu masa dulu kita berkawan rapat sangat.. banyak yang kita kongsi bersama.. tpi lepas masing2 dah ada kerjaya, berkeluarga, ikatan persahabatan kita seakan tiada makna lagi.. hida tahu kehidupan teman2 sekarang lbh utama tpi perlukah abaikan dan sisihkan teman2 yang pernah susah dan senang bersama dahulu..?? betul ke bila sudah berkahwin dan ada keluarga, seseorang tu kne pilih kawan yang seangkatan dengan mereka?? salah ke kalau hida masih single (boring dah nak bercakap pasal ni) nak terus berkawan ngan mereka yang dah berkahwin?? tak salah kan... yang dah kawen ngan cara mereka, yang dah keje pun ngan cara mereka... yang menganggur ni jugak la kesepian... :(

ya Allah, airmata bercucuran ini buat sekian kalinya.. ya Allah, hamba tahu ini adalah ujian dan dugaan dariMU untuk menguji tahap kesabaran hamba..... dengan itu KAU kuatkanlah imanku ya Allah untuk menerima segala ketentuanMU..

kalau ini yang teman2 semua inginkan, hida cuba faham.. hida cuba yakinkan diri bahawa cara hidup kita berbeza... tanggungjawab kita juga berbeza... tapi satu je hida nak teman2 semua tahu, sampai bila2 pun hida tetap sayangkan kalian semua... hida juga doakan agar kalian semua bahgia dan dirahmati serta diberkati olehNYA di dunia dan akhirat.. aminn..



Percaya tak, teman2 yang dah lama tak contact pun akan cuba sedaya upaya cari kita bila mereka nak kawen?? jangan salah faham tpi itulah realiti.... dan kalau ianya baik dan memberi manfaat untuk sambung kembali tali persahabatan syukur Alhamdulillah... tapi jika ia sekadar untuk meramaikan majlis tetapi lepas itu dia hilang kembali, jangan membencinya kerna itu adalah lumrah kehidupan.. setiap pertemuan akan di uji dengan perpisahan serta perselisihan faham bgi memberi kita kesedaran betapa pentingnya sebuah persabahatan dan juga persaudaraan.. moga kita semua tabah hadapi ujian dariNYA...


**baru dapat berita mak sepupu masuk wad... jatuh dalam bilik air.. patah tulang peha... insyaAllah, esok hida dan parent akan melawat.. moga Mak Cik Yah tabah hadapi ujian ni.. kami doakan Mak Cik Yah cepat sembuh...

Isnin, 17 September 2012

BINGKA ROTI HIRISAN KURMA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

hari ni mood masak memasak plak.. kebetulan ada roti yang dah hampir nak expired, so yg terbaik dan mengelakkan dari membazir, baik hida buat kueh.. boleh gak wat makan petang2.... Alhamdulillah, kali pertama mencuba berjaya gak walaupun ada la sikit2 hangit.. hehee... kat bawah ni resepi bingka roti hirisan kurma, resepi dari bonda tercinta... :)

Bahan-bahan:

roti - terpulang nak guna roti macam mana dan berapa asalkan ianya tawar.. bukan manis dan bukan juga yang ada inti....


hida guna roti ni dalam 2 paket... 

telur ayam 2 @ 3 biji
garam secubit
2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/2 cawan air
sedikit asen vanilla
kurma (hiris)

Cara-cara:

1) rendam roti dalam setengah jam kemudian toskan
2) satukan roti bersama telur, garam, gula, tepung gandum, santan dan esen vanilla
3) gaul hingga sebati
4) sapukan sedikit mentega/minyak pada acuan pembakar
5) masukkan bahan-bahan yang telah di gaul tadi kedalam acuan pembakar
6) taburkan hirisan kurma 
7) bakar dengan api yang perlahan lebih kurang dalam 1 jam/hingga masak.. (hida bakar di atas dapur gas je.. tpi kne selalu tgk la sbb takut nnti terrrrrrrhangit plak... hehee)

INILAH HASILNYA

v
v
v
v


~ SELAMAT MENCUBA ~

update: 
komen dari Chef Bonda: "nampak dah elok (tekstur).. tak keras dan tak lembek.. hirisan kurma kalau blh hiris bulat2 biar nampak bercorak.. kurma tu jugak pastikan sedikit tenggelam masuk ke dalam.. kalau mcm ni ble kte potong akan tercabut sbb tak melekat..." - **mak tak dapat rasa sbb demam.. makan pun xder rasa apa.. hope, mak cepat sembuh ya..
komen dari ayah, kakak dan adik: "sedapp.... dah pandai ni.. blh la hantar kat kedai makan mak cik tiap2 pagi"

Isnin, 10 September 2012

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

tak nak cerita tapi xder tempat nk meluahkan.. ok la kan kat sini dari duk nyusahkan orang lain..... hehee... sebenarnya hida ada satu persoalan yang terbuku di hati ni... Alhamdulillah umur hida genap 29 tahun pada 24hb Ogos yang lepas.. hida akui angka tu dah agak berusia jika masih solo.. tpi hakikatnya memang hida masih single.. memang belum ada yang punya... tunang??? kekasih?? kekasih gelap??? ya, hida masih single n available... eh, dah macam mempromosikan diri pulak... bukan tu maksud hida... hida tak kisah pun ngan status tu walaupun dalam usia yang agak meningkat ni... hida yakin sangat ngan ketetuan Yang Maha Esa...

ok, berbalik kepada persoalannya... hida tertanya2 mengapa dan kenapa salahkah jika dalam usia 29 masih sendiri?? dah jodoh belum sampai... takkan hida nk bukak ceramah pulak tuk berikan penjelasan.. tak tahu lah pemikiran orang yang betanya tu apa... hida tiada masalah ngan keadaan sekarang tapi mulut2 yang seperti menyalahkan hida kononnya sebelum ni sibuk belajar sampai jodoh pertemuan dan kerjaya tu susah nak lekat... ya Allah, mengapa la ada pemikiran macam tu.. tak apa lah mungkin gak salah hida..

insyaAllah adik lelaki hida akan bertunang hujung tahun ni.... biasa la bila adik dah maju setapak, kakak xder apa2 lagi macam2 pertanyaan la pulak... hida tak kisah semua tu, tpi hida akui jadi tertekan ngan petanyaan orang ramai...... hida sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan dan kesabaran tuk hida hadapi semua ni.. hida arap agar hida mampu tersenyum dalam apa jua keadaan...


hida selalu ingatkan diri sendiri bahawa jodoh petemuan, ajal maut semua tu ketentuanNYA.. dari kita fikirkan semua ni baik kita fikirkan bagaimana nak lebih dekat denganNYA.. bagaimana nak tingkatkan amal ibadah padaNYA... insyaAllah bila kita berusaha kejar cinta yang satu iaitu cinta kepada Ilahi mudah2an segala urusan kita di dunia dan akhirat akan dipermudahkan....

p/s: sape tak nak bahagia, ada pasangan, anak2, keluarga sendiri... sape tak nak ada kerjaya yang dapat menjaminkan keselesaan buat diri dan keluarga.. kalau boleh nak tanya pada mereka2 yang selalu bertanya...

diri kita sendiri tahu antara benar atau dusta, baik atau buruk.. tak perlu banyak bicara.... jika benar dan baik pertahankan tetapi diam tak bermakna kita merelakan... jika dusta dan buruk hentikan sandiwara dan mohon kemaafan.. mengalah tak bermakna kita kalah.. ada mata pandang, ada telinga dengar, ada akal fikir dan nilai dengan sebaiknya.. ada mulut berkatalah yang baik dan bermanfaat... bila pancaindera berfungsi dengan peranan dan bertanggungjawab seperti yang di amanahkan, mudah2an jiwa kita akan tenang.... insyaAllah...

update: 12hb September 2012 ada interview.... doakan hida ya..... :)
**mood cari buku2 lme terutama programming, system development and also related... 

Rabu, 5 September 2012

ANAK SAUDARA KE 29

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

hari ni dh 18 syawal.... bru berkesempatan  update blog... 
syawal kali ini sedikit sepi...
raya ke 4 bonda tercinta dah bertolak ke Klang untuk temani kakak yg sarat mengandung...
Alhamdulillah 28hb Ogos lepas, hida dah dapat anak sedara yang ke 29...
bayi lelaki yg diberi nama Muhammad Umar Sharif bin Supian..
kakak dan bayi sihat walafiat...
di sebabkan kelahiran melalui pembedahan kakak tak boleh balik berpantang di kampung lebih awal...
mak pun masih kat sana...
memang rindu sangat ngan mak...
insyaAllah, kalau xder aral melintang kakak, abg ipar, baby n mak akan balik hari sabtu ni....
moga semuanya dipermudahkan...

buat tatapan teman2 semua....... :))


Muhammad Umar Sharif bin Supian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...