"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Isnin, 17 September 2012

BINGKA ROTI HIRISAN KURMA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

hari ni mood masak memasak plak.. kebetulan ada roti yang dah hampir nak expired, so yg terbaik dan mengelakkan dari membazir, baik hida buat kueh.. boleh gak wat makan petang2.... Alhamdulillah, kali pertama mencuba berjaya gak walaupun ada la sikit2 hangit.. hehee... kat bawah ni resepi bingka roti hirisan kurma, resepi dari bonda tercinta... :)

Bahan-bahan:

roti - terpulang nak guna roti macam mana dan berapa asalkan ianya tawar.. bukan manis dan bukan juga yang ada inti....


hida guna roti ni dalam 2 paket... 

telur ayam 2 @ 3 biji
garam secubit
2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/2 cawan air
sedikit asen vanilla
kurma (hiris)

Cara-cara:

1) rendam roti dalam setengah jam kemudian toskan
2) satukan roti bersama telur, garam, gula, tepung gandum, santan dan esen vanilla
3) gaul hingga sebati
4) sapukan sedikit mentega/minyak pada acuan pembakar
5) masukkan bahan-bahan yang telah di gaul tadi kedalam acuan pembakar
6) taburkan hirisan kurma 
7) bakar dengan api yang perlahan lebih kurang dalam 1 jam/hingga masak.. (hida bakar di atas dapur gas je.. tpi kne selalu tgk la sbb takut nnti terrrrrrrhangit plak... hehee)

INILAH HASILNYA

v
v
v
v


~ SELAMAT MENCUBA ~

update: 
komen dari Chef Bonda: "nampak dah elok (tekstur).. tak keras dan tak lembek.. hirisan kurma kalau blh hiris bulat2 biar nampak bercorak.. kurma tu jugak pastikan sedikit tenggelam masuk ke dalam.. kalau mcm ni ble kte potong akan tercabut sbb tak melekat..." - **mak tak dapat rasa sbb demam.. makan pun xder rasa apa.. hope, mak cepat sembuh ya..
komen dari ayah, kakak dan adik: "sedapp.... dah pandai ni.. blh la hantar kat kedai makan mak cik tiap2 pagi"

4 ulasan:

new hope berkata...

salam,

terliur

dua permintaan ramai tidak dipedulikan dalam pelan tindakan pendidikan kebangsaan 2013-2025

penaberkala berkata...

nak jugak
bak sini sikit :)

dwaty berkata...

wah best ar....

HiDa berkata...

@ new hope:
biasa2 je.. :)

@penaberkala:
erkk, jauh sgt tu...

@dwaty:
Alhamdulillah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...