"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 25 September 2012

BUKAN NAK BERPOLITIK

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...














bukan nak bercakap pasal poilitk ya.. hida tak minat dan tak reti nak berpolitik tpi hida masih ikuti isu2 semasa berkenaan politik.. mungkin entry kali ni sedikit serius... hida akui laman sosial skank macam2 ada.. kat sana pelbagai status, pelbagai komen atau luahan kita boleh lakukan... orang lain tiada hak tuk halang sbb tu akaun kita... betul tak??? memang la betul sbb tu akaun kita bukan ada orang boleh halang pn tapiiiiiiiii... setiap sesuatu tu ada sebab dan akibat... yang tu perlu kita tahu terlebih dahulu sebelum tangan kita lebih cepat berbicara berbanding fikiran kita... arap2 faham la ya.. bahasa tak tinggi mana pun tu.... dengan erti kata lain fikir dulu apa yang kita nak tulis tu...

senang cerita hida bagi contoh, laman sosial yang paling femes skank iaitu FACEBOOK.. hida ping satu status teman fb hida berkenaan negeri Kelantan..

"Negeri mundur, tak menarik langsung.. bukan ada apa2 pun... yang pasti aku takkan jejakkan kaki kat bumi yang bernama Kelantan.. Boring, xder hiburan... " kurang lebih sbb kata2nya lgi pedih...

yg pasti itu hak dia kan nak bgi pendapat tentang negeri Kelantan... hida faham, setiap org ada pendapat masing2... tapi tuk dapatkan kepastian hida pm dia..

"pernah datang Kelantan ke dik??"

komen2 lain biasa la ada positif n negatifnya, bersetuju dan tidak.. mulalah isu2 politik dan pemerintahan, sikap, cara hidup dan maruah di perdebatkan.. tak apa lah, hida boleh terima tapi sakit la jugak kata2 yg mereka lontarkan sbb negeri kesayangan kita kan... adik (sbb dia muda lagi dalam 22 tahun) ni jawab pertanyaan hida:

"tak pernah kak"

ringkas je jawapannya tapi berbeza ngan kata2 kat statusnya tadi... so, hida tanya lagi:

"habis tu kenapa cakap macam tu??"

dia jawab lagi:

"dah itu kawan2 yg pernah ke sana cerita.. memang xder apa yg menarik pun"

hida teruskan bicara:

"ya, adik boleh dgr cerita kawan2 atau sape saje tpi status adik tu macam adik dah pernah jejakkan kaki kat bumi Kelantan... akak tak kisah ngan pendapat adik tpi biarlah adik sndiri rasa, tengok dan alami apa jua yg adik cakap tu depan mata adik sndiri... dan kalau adik dah pernah datang sini dan itu juga pendapat adik bermakna adik memang tak sesuai kat sini la... so, xder sape leh paksa adik... akak ada kawan dari pelbagai negeri kat Malaysia ni, Alhamdulillah mereka selesa kat sini walaupun byk kekurangan dari segi hiburan yg adik katakan tu dan akak juga dah byk merantau timba ilmu n jalan2, setiap tempat ada keistimewaannya yg tersendiri... akak bersyukur kat mne saje akak tinggal.. "

dia diam......... hida pun diam je lah, tak nak perbesarkan lagi hal ni... tpi status dia tak pernah berhenti dari menghina dan mengata macam2.. bgi hida, tempat macam tu tak sesuai tuk kita bercakap pasal ni.. kenapa??? sebab kita ada kawan2 dari pelbagai negeri, bangsa dan agama.. sebaiknya kita hormat sesama kita.... termasuk gak kawan2 dari Kelantan, cubalah hormat menghormati satu sama lain... jangan kerna kita di bawah payung pemerintahan yang berbeza kita ngan lantang bersuara... cubalah kawal diri dari libatkan segala hal dengan politik kalau nak hubungan silaturrahim terus mekar... jangan sampai satu saat ada yg meluat ngan kata2 kita..

pendirian hida dalam sebarang penulisan amat mudah:


"jangan kerna tulisan kita kutuk mengutuk... jangan kerna berbeza pendapat kita bermusuhan"

maaf jika ada salah n silap dalam penulisan entry ni.... :))))))

we love Malaysia... ;-)

1 ulasan:

Crew Fathi berkata...

Sama lah jika berbuat baik.. Tolong orang.. dan lain-lain... Tapi awas.. Pasti ada orang akan cemburu atau dengki dengan kita.. Biasa lah.. Manusia.. Macam2 sifat ada kan.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...