"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Khamis, 20 September 2012

MAAFKAN AKU

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
















apa erti persahabatan bagi teman2 semua??

sejak kebelakangan ni, hida tertanya2 serta bermonolog sendiri:

apa salah aku?? kenapa teman2 semua macam dah tak ingin berkawan ngan aku?? kalau aku salah tegurlah aku.. kalau aku buat silap nyatakan dan jelaskan silap aku... kenapa mesti diam dan pulaukan aku... 

ustaz dan ustazah selalu cakap sebelum kita salahkan orang lain, sebaiknya kita selidik dan cari salah kita terlebih dahulu.. betul tu, tpi hida dah puas fikir apa salah hida sampai teman2 berjauhan dari hida...

hida terlalu sayang teman2 hida.. hida cuba cari salah hida, hida cuba rungkai apa yg mereka tak puas hati ngan hida tpi hida tak jumpa jawapannya.. hida manusia biasa, mungkin hida ada buat silap yang hida sendiri tak sedar akan kesilapan tersebut... tapi sebagai kawan, tak salahkan kiranya teman2 semua tegur dan ingatkan hida.. bukan dengan mendiamkan diri dan seperti ingin pulaukan hida.... semakina hari semakin lemah diri ni bila fikirkan permasalahan yang tiada ketahuan puncanya..

suatu masa dulu kita berkawan rapat sangat.. banyak yang kita kongsi bersama.. tpi lepas masing2 dah ada kerjaya, berkeluarga, ikatan persahabatan kita seakan tiada makna lagi.. hida tahu kehidupan teman2 sekarang lbh utama tpi perlukah abaikan dan sisihkan teman2 yang pernah susah dan senang bersama dahulu..?? betul ke bila sudah berkahwin dan ada keluarga, seseorang tu kne pilih kawan yang seangkatan dengan mereka?? salah ke kalau hida masih single (boring dah nak bercakap pasal ni) nak terus berkawan ngan mereka yang dah berkahwin?? tak salah kan... yang dah kawen ngan cara mereka, yang dah keje pun ngan cara mereka... yang menganggur ni jugak la kesepian... :(

ya Allah, airmata bercucuran ini buat sekian kalinya.. ya Allah, hamba tahu ini adalah ujian dan dugaan dariMU untuk menguji tahap kesabaran hamba..... dengan itu KAU kuatkanlah imanku ya Allah untuk menerima segala ketentuanMU..

kalau ini yang teman2 semua inginkan, hida cuba faham.. hida cuba yakinkan diri bahawa cara hidup kita berbeza... tanggungjawab kita juga berbeza... tapi satu je hida nak teman2 semua tahu, sampai bila2 pun hida tetap sayangkan kalian semua... hida juga doakan agar kalian semua bahgia dan dirahmati serta diberkati olehNYA di dunia dan akhirat.. aminn..



Percaya tak, teman2 yang dah lama tak contact pun akan cuba sedaya upaya cari kita bila mereka nak kawen?? jangan salah faham tpi itulah realiti.... dan kalau ianya baik dan memberi manfaat untuk sambung kembali tali persahabatan syukur Alhamdulillah... tapi jika ia sekadar untuk meramaikan majlis tetapi lepas itu dia hilang kembali, jangan membencinya kerna itu adalah lumrah kehidupan.. setiap pertemuan akan di uji dengan perpisahan serta perselisihan faham bgi memberi kita kesedaran betapa pentingnya sebuah persabahatan dan juga persaudaraan.. moga kita semua tabah hadapi ujian dariNYA...


**baru dapat berita mak sepupu masuk wad... jatuh dalam bilik air.. patah tulang peha... insyaAllah, esok hida dan parent akan melawat.. moga Mak Cik Yah tabah hadapi ujian ni.. kami doakan Mak Cik Yah cepat sembuh...

3 ulasan:

Crew Fathi berkata...

^_^ Banyaknya taip... Apa2 pon.. Terbaikk.. Hehe..

Titisan Hujan berkata...

kawan tak de xpe sebab Allah tetap ada.byk2 bersabar hida

HiDa berkata...

@Crew Fathi:
hehee.. mood menulis mcm ni la.. tq

@TH:
betul tu.. itu la jugak yg selalu sya ingatkan diri ni agar tak terlampau ikutkan perasaan.. Allah tetap bersama. tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...