"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Rabu, 28 November 2012

TERHARU

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Tajuk ni asyik nak touching je kan.. hehe...

Malam tadi kawan serumah ajak Hida dan roomate memeriahkan majlis anjuran HEPA UPSI iaitu program, 'Sirih Pulang ke Gagang'.. mungkin di kalangan warga UPSI tahu akan program ini.. program ni adalah program Alumni siri ke 3... mula2 tu ingatkan majlis biasa je, tpi sampai kat dewan semua berbaju formal... majlis hebat juga la ni ya... nasib baik Hida pun berpakaian formal dan sopan... (mmg hari2 pn sopan.... hehee)...

 program 'Sirih Pulang ke Gagang', dewan SITC UPSI

program ni menyatukan bekas2 pelajar UPSI dari tahun 1922 lagi.. mereka2 semua ni adalah di kalangan pelajar semasa zaman SITC, MPSI, IPSI dan alumni paling bongsu iaitu UPSI... patut la yang datang ramai pangkat atok2 dan ayah2 kita je... hehee.. tapi jangan pandang lekeh ya mereka semua ni bekas pendidik dan ada dalam kalangan mereka sekarang menjawat jawatan penting dalam profesion pendidikan negara.. ada juga yang dah jadi usahawan berjaya..

majlis malam tadi ada ucapan perasmian daripada Dato' NC UPSI iaitu Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr. Zakaria b. Kasa dan juga wakil dari HEPA.. selain itu, ada makan-makan dan pelancaran 3 buah buku.. (makanannya boleh tahan jugak la, mmg sedap).... dalam majlis ni banyak yang Hida tahu tentang sejarah penubuhan dan pembangunan UPSI..

mula2 niat Hida dan roomate datang nak tolong apa yang patut je, sbb boring duk kat rumah.. kalau dapat tolong urusetia pun ok juga.. sampai kat dewan, kami di minta edarkan buku tentatif program tuk jemputan.. di sebabkan banyak meja kosong, kami diminta memenuhkan meja2 yang kosong tu... itulah kisahnya kenapa kami boleh makan2 bersama tetamu2 semua.. kalau nak kira kami ni xder lah tergolong dalam jemputan alumni...

ok, berbalik kepasa program tersebut.. bayangkan dah bertahun mereka semua tak jumpa.. bila berjumpa ni berpeluk-peluk (laki ngan laki dan perempuan ngan perempuan ya, jagan salah faham pulak), bersalam salaman, bertanya khabar dan mengimbau kenangan lampau semasa belajar dahulu.. seronoknya tengok keakraban mereka semua.. lebih kurang macam jejak kasih...

majlis malam tadi juga telah menobatkan seorang tokoh alumni untuk program 'Sirih Pulang ke Gagang' iaitu........ Hida minta maaf sbb tak sempat nk dgr nama tokoh ni.. time tu kawan ajak temankan dia ke toilet... huhuu... tapi sempat la dengar sikit bibliografi pasal tokoh ni... umurnya dalam lingkungan 70an... lbh kurang sebaya ayah Hida gak la.. umur 14 tahun dah jadi cikgu.. dan sekarang menjadi pensyarah sambilan di UPSI dan juga pensyarah jemputan di UKM.. apa2 pun Hida bangga sangat berada dalam kalangan mereka yang bergelar PENDIDIK..

gambar tak banyak sbb Hida bukan suka bergambar pun.... kamera ni di keluarkan dari beg pun sbb ada sesuatu yang menarik perhatian Hida.. rasanya ni majlis dah nak abis kot....

agaknya dah berapa lama mereka tak jumpa ni ya... sebelum tu siap peluk2 lagi.... terharu sangat tengok gelagat mereka.. 

rancak plak perbualan tu... xper cikgu2 semua, malam tadi mesti dah amik no contact kan... nnti boleh buat reunion plak... hehe...


**teringin sangat nk jumpa kawan2 sekolah dulu.... terutama yang dah lama terputus hubungan... 

Isnin, 26 November 2012

TANGAN KANAN MEMBERI SOROKKAN TANGAN KIRI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Minggu lepas Hida ada post status kat wall satu rangkaian sosial.. status tu berbunyi begini, "Ya Allah, selamatkan Gaza"... satu doa untuk bumi Gaza... ringkas tapi penuh pengharapan sebagai umat islam dan juga saudara sesama islam.. ramai yang like dan juga komen tanda setuju dan mengharapkan perkara yang sama.. semoga penderitaan dan kekejaman terhadap umat islam di sana dihentikan..
















Beberapa minit lepas tu Hida dapat satu mesej..

"Kalau selamatkan kita juga kena hulur kan bantuan.. Jgn setakat tulis jer"

Ok, Hida reply lagi..

"In Shaa Allah, baik kte fikir positif jgak.. mereka tulis tuk ingat mengingati tuk sama2 berdoa... dan  dalam masa yang sama mereka memberi menghulurkan sumbangan.."

Dia mesej lagi..

"Sumbangan Dari Malaysia terlalu skit daripada tulis di laman sosial atau mana chat room"

"Bila suruh hulur semua diam"


Mula2 tu malas nak berdebat ngan mamat ni tapi mungkin apa yang dia cakap tu ada betulnya kan... lagipun tak manis tiba2 diam tanpa kata apa2..

"kita doakanlah terbuka pintu hati mereka tuk memberi sumbangan.."


Dia tak puas hati lagi ngan jawapan Hida..

"U brp Kali dah hulur"


Hida pun mula hilang kata2.. bukan apa rasa macam terlalu angkuh pertanyaan tu..

"doakan senjata utama org islam.."

"rasanya xperlu kot nk bgitau..."


Dia..

"Ok up to you"


Hida..

"ok, apa2 pun terima kasih ingatkan saya tntng tanggungjawab ni..."


Tapi dia seakan-akan masih tak puas hati...

"Rasanya tada langsung apa setakat ckp Kat laman sosial jer tak payah nak tunjuk kita ni simpati konon rm100/50 is good my dear"

"Doa kan lah Saja Jgn hulur blh selamatkan anak gaza yg tada mkn tmpt pakaian"


Hida cuma balas ngan sebuah senyuman.. :))














Ahad, 25 November 2012

DI MANA SEMANGATKU??

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

"Jika saat ini kita sedang tersenyum, semoga senyuman itu menjadi ibadah.. Jika saat ini kita sedang marah, semoga kemarahan itu tidak melampaui batas.. Jika saat ini kita sedang sedih, semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati dan jiwa.. Jika saat ini kita sedang sakit, semoga kesakitan itu menjadi penggugur dosa.." 

..:: Semoga kebahagiaan dan keberkatan mengiringi perjalanan hidup kita selalu ::..


Semangat Hida makin lemah.. Hida dah tak terdaya nk melawannya..  

ya Allah, kuatkan semangat hambaMU ini.. 
Jangan biarkan hambaMU ini terus tewas dengan perasaan dan keadaan sekeliling..
Berikan hambaMU ini ketabahan dan kesabaran..

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Rabu, 21 November 2012

INTAI-INTAI DAPUR

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

hari ni mood masak memasak...
tapi lauk mentahnya dah lama tak beli..
(maknanya dah lama tak masuk dapur... hehee)
intai-intai dapur la jap..
dalam peti ada daging.. (daging korban ari tu)
sayur plak, ada bunga kobis, kobis, tomato, lada..
ok lah.. hari ni masak sup dan sayur goreng..
sejukkan daging dalam 3 jam...
tengok2 rupanya ekor..
maknanya hari ni hida masak sup ekor lah ya...
Alhamdulillah... :))

Sup ekor.... blh tahan gak la rasanya walaupun tak sehebat sup Ly Saloma... hehee.. 
di tambah plak ngan sambal kicap yg di bawa oleh rumate dari kg.. memang powerrrr rasanya.. 
















sayur campur goreng sos tiram... yang ni pun boleh tahan gak... masin, masam, manis, pedas semua cukuplah... hehee.. sape lagi nk puji kalau bukan diri sndiri kan...

Alhamdulillah, rezeki hari ni..


Selasa, 20 November 2012

PERASAAN INI MENGHIMPITKU

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

ya Allah.. kenapa perasaan ini perlu hadir dalam diri??
tatkala mereka berbahgia..
kenapa perasaan ini terus menghimpit diri ini??
tak ikhlaskah aku dengan apa yang berlaku??
ya Allah, aku insan biasa..
aku cuba kuatkan dan tabahkan diri ini...
tetapi aku lemah...
kekadang aku tak mampu melawannya..
dan akhirnya aku titiskan airmata kerna melihat mereka bahagia...
ya Allah, ampunkan aku..
ampun segala salah dan silap serta segala dosaku...
ya Allah, aku pohon kepada MU...
jadikan aku insan yang redha dan ikhlas menerima segala ketentuanMU..
jadikan aku insan yang bertaqwa hanya kepadaMU..
jadikan aku insan yang kuat dan tabah hadapi segala-galanya..
ya Allah..
berikan kebahagian kepada mereka yang aku sayang...


Hasbunallah wani'mal wakil, ni'mal maulaa wani'mal nasir
"Cukuplah Allah Taala untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)"

Sabtu, 17 November 2012

PRAY FOR GAZA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Wahai sahabat-sahabat dan rakyat Malaysia yang prihatin mari kita sama-sama aminkan doakan ini untuk saudara kita yang berada di Gaza...




"Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya)?"

"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu." 


**mencurah-curah airmata ni mengenangkan nasib umat islam di sana.. ya Allah, selamatkanlah Gaza...


SUKA DUKA JALAN-JALAN CARI MAKAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

agak lewat hari ni hida update post kan... pagi Jumaat kemarin hida sedikit tension sebab lappy kesayangan tak dapat on... arrgggghh rasa nk menjerit sekuatnya.. bukan apa sebab baru dalam proses nak siapkan proposal, lappy lak wat hal.. balik dari library dalam kul 3 ptg terus bagi kat uncle sebelah rumah... check punya check kemungkinan skrin rosak.... adoiiii, parah la mcm ni... duk sejam uncle gtau skru longgar... (skru apa tak pasti)..

lepas asar keluar cari barang2 dapur sikit... sampai rumah uncle cakap semua ok, dalam sejam lgi siap format.. Alhamdulillah.... oh my lappy bertahanlah sampai abis pengajian PhD ni plak ya.. :)

berbalik kepada tajuk cerita... hida dan rumate serta pakwe rumate kuar jalan2 cari makan.. kami keluar selepas solat maghrib.. tujuan asal nak makan steamboat kat Sungai Buloh.. satu kepala rm22... harga xder hal tambahan pulak org nak belanja kan.. hehee.. tapi menunya mendukacitakan kami bertiga... so, kami naik kereta dan teruskan perjalanan mencari kedai makan.. kali ni tak kisah la kedai apa pun.. steamboat?? mybe next time...

dari Tanjung Malim ke Sungai Buloh patah balik ke Bukit Beruntong.. masa tu dah pukul 9:45 malam... seb baik la perut kami masih mendendangkan lagu romantik lagi, kalau rock kapak memang harus berhenti stesen minyak cari roti.. hehee... kebetulan rumate teringat kat kenalan masa dia naik train dalam bulan puasa ari tu.... akak tu owner kedai makan area Bukit Beruntong... rumate cakap 'de Saloma'... cari2 memang tak jumpa... GPS pun tak dapat detect restoran tu.... akhirnya wat keputusan nak makan la kat restoran nama apa entah... sambil duduk tnggu pelayan restoran amik order kami, pakwe rumate ni search kat google 'de saloma bukit beruntong'.... akhirnya kuarlah 'Ly Saloma Rawang', 2.2km dari tempat kami berada.... bincang punya bincang dan tension ngan pelayan yg x datang kat meja, kami terus out dari kedai tu dan wat keputusan cari 'Ly Saloma'...

akhirnya tepat jam 10:30 lebih kurang gtu lah kami sampai... Alhamdulillah... pengunjung pun boleh tahan ramainya..... dan lebih beruntung lagi kami dapat berjumpa, bersalam dan berbual2 ngan owner restoran iaitu akak Saloma dan husband.... peramah orangnya.. dia pun masih ingat lagi ngan rumate hida ni...


Jalan Kantan 2a, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor


hida kagum ngan cerita yang diceritakan oleh kak Saloma dari mula dia bertapak dalam bisnes kedai makan ni... banyak dugaan dan ujian yang dihadapinya untuk berjaya... banyak la yang boleh di ambil sebagai ikhtibar dan pengajaran buat kami.....

kami order apa??? kat sini terkenal ngan sup gear box... tapi kami layan sup daging je.. husband kak Saloma suggest ikan siakap bakar.. ok la kan... owner mesti tahu apa yg terbaik... pastu kailan goreng biasa dan sotong goreng tepung.. serius hida akui sup dan ikan bakarnya sedapppppppppp sangat... makan punya makan terlupa nak amik gmbar menu yg kami makan, kedai dan juga owner 'Ly Saloma'... huhuuu.. memang menyesal sangat... dah la wat kali pertama ni akak dan abang bagi makan percuma... akak cakap hari ni kami jadi tetamu dia dan mudah2an lain kali kami datang bawa family... insyaAllah kak... makanan sedap akan ada susulan buat sekian kalinya nanti..

hida ada search kat google dan jumpa blog ni.... boleh la wat tatapan semua ya.... :)


Ly Saloma Pengubat Duka



tak rugi datang kat restoran ni terutama peminat sup dan ikan bakar.. cubalah.. datang ramai2 terutama ngan family.. insyaAllah puar hati.. :))

Jumaat, 16 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Salam Maal Hijrah 1434 buat semua..


ya Allah, KAU berikan aku kekuatan untuk hadapi hari-hari mendatang dengan penuh ketabahan dan kesabaran.. ya Allah, berikan aku kekuatan iman dan jadikan aku insan yang redha dan ikhlas menerima segala ketentuanMU.. ya Allah, hanya padaMU aku memohon... aminn...


Ahad, 11 November 2012

MAJLIS PERTUNANGAN ADIK

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan adik..
..:: 101112 ::..
Mak dan ayah pun nampak gembira je..
Juga adik dan family semua..
Family sebelah tunang adik pun baik2 dan mesra gtu.. hehee..
Walaupun sedikit kelam kabut sbb sebiji kete sesat..
Terpaksalah kami 4 biji kete lgi ni menunggu dan menunggu kat Wangsa Walk..
Apa2 pn tahniah dan selamat bertunang.. 
Semoga semuanya dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin.. 

 bergambar bersama anak sedara 
Muhamad Umar Shariff sebelum berangkat

antara hadiah daripada adik untuk tunangnya.. 
hiasan dan tatarias oleh kakak ipar dari Subang

 hadiah dari kedua2 belah pihak

 mak, kakak (ramai org ckap hida ngan kakak ni twin.. hehee) dan mak su

bersama adik bongsu dan bakal adik ipar..

 bergambar bersama family dan bakal adik ipar dan maknya..

tahniah tuk adik tersayang dan bakal adik ipar..
doakan kakak mu ini bertemu calon dan sama2 ikut jejak langkah kamu berdua.. :))


Sabtu, 3 November 2012

KEYAKINAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

mood ni ada turun naiknya jugak..
kadang-kadang susah nak kawal...
emosi dalaman bila tak tenteram macam-macam difikirkan..
mampukah aku??
menyesalnya...
cuba sedaya upaya untuk elakkan..
tetapi emosi mempengaruhi segalanya....
kadang-kadang sukar untuk lafazkan
bagai ada duri tersekat di kerongkong...
kebiasaan airmata akan mencurah sekadar pengganti luahan bicara..
tetapi airmata juga seakan tidak mengerti keadaan ini..
mulalah bicara sendiri..
kalaulah.. kalaulah.. kalaulah...
antara perkataan yang tak sepatutnya di ungkap..
kalaulah aku itu, kalaulah aku ini...
arrgggghhh... 
satu masalah kecil tapi penyelesaiannya tiada..
tidak mustahil masalah akan terus bertimpa...
mana hilangnya keyakinan itu??

tidur nampak lena tapi otak berfikir..
makan nampak kenyang tapi otak masih berfikir..
ketawa terbahak-bahak tapi otak tetap berfikir..

oiiii.. u masih hidup kan.. of course la otak akan sentiasa berfikir

betul.. betul.. betul...
tetapi apa yang difikirkan??
tidur, sepatutnya mimpi yang indah
makan sepatutnya kenyang dan nikmati juadah tersebut
ketawa sepatutnya gembira

tetapi...
otak ni tetap fikirkan masalah yang sama
tak kira makan, tidur, ketawa atau apa jua aktiviti
hhmmmm... sekali lagi keluhan panjang dilepaskan..

masalah apa??
ada banyak masalah... tapi puncanya satu..
nak luahkan, tapi tak mampu..
kenapa??
kerna keyakinan selalu hilang..

percaya dan yakin pada diri sendiri..
cuba sedaya upaya tetapi hanya sementara..
kerna, persoalan ini sentiasa bermain difikiran...

MAMPUKAH AKU??


..:: INGATAN UNTUK DIRI INI ::..

Nabi SAW bersabda: 
"Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takuti bagi umatku adalah kelemahan yakin..."

Jumaat, 2 November 2012

TARGET

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

lamanya tak update dan jenguk2 blog ni...
nk blogwalking lagi la xder masa..
sibuk?? ada la sikit2.......
hehee..
macam mne raya ari tu??
hida x sempat nk ucapkan selamat hari raya aidiladha kat semua...
harap2 semuanya baik kan....
sebenarnya banyak yg hida nak cerita...
sepanjang cuti raya ari tu macam2 terjadi....
mgkin lain kali hida luangkan sedikit masa tuk cerita satu persatu...
ada sedih, ada gembira...
biasalah kehidupan takkan lari dari suka dan duka kan...
sebab itulah asam garam kehidupan kita..

ok lah, hida cuma nk bgtau yang hida ada target..
apa orang nak kata janji hida dan family tahu apa yg hida usahakan...
yg pnting family sntiasa support..

tak faham?? hida pn x berapa nk faham ngan entry kali ni...
hehee....

sambung baca jurnal jap..... :))



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...