"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Sabtu, 3 November 2012

KEYAKINAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

mood ni ada turun naiknya jugak..
kadang-kadang susah nak kawal...
emosi dalaman bila tak tenteram macam-macam difikirkan..
mampukah aku??
menyesalnya...
cuba sedaya upaya untuk elakkan..
tetapi emosi mempengaruhi segalanya....
kadang-kadang sukar untuk lafazkan
bagai ada duri tersekat di kerongkong...
kebiasaan airmata akan mencurah sekadar pengganti luahan bicara..
tetapi airmata juga seakan tidak mengerti keadaan ini..
mulalah bicara sendiri..
kalaulah.. kalaulah.. kalaulah...
antara perkataan yang tak sepatutnya di ungkap..
kalaulah aku itu, kalaulah aku ini...
arrgggghhh... 
satu masalah kecil tapi penyelesaiannya tiada..
tidak mustahil masalah akan terus bertimpa...
mana hilangnya keyakinan itu??

tidur nampak lena tapi otak berfikir..
makan nampak kenyang tapi otak masih berfikir..
ketawa terbahak-bahak tapi otak tetap berfikir..

oiiii.. u masih hidup kan.. of course la otak akan sentiasa berfikir

betul.. betul.. betul...
tetapi apa yang difikirkan??
tidur, sepatutnya mimpi yang indah
makan sepatutnya kenyang dan nikmati juadah tersebut
ketawa sepatutnya gembira

tetapi...
otak ni tetap fikirkan masalah yang sama
tak kira makan, tidur, ketawa atau apa jua aktiviti
hhmmmm... sekali lagi keluhan panjang dilepaskan..

masalah apa??
ada banyak masalah... tapi puncanya satu..
nak luahkan, tapi tak mampu..
kenapa??
kerna keyakinan selalu hilang..

percaya dan yakin pada diri sendiri..
cuba sedaya upaya tetapi hanya sementara..
kerna, persoalan ini sentiasa bermain difikiran...

MAMPUKAH AKU??


..:: INGATAN UNTUK DIRI INI ::..

Nabi SAW bersabda: 
"Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takuti bagi umatku adalah kelemahan yakin..."

2 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

Impian yg tak terlaksana lebih memedihkan berbanding impian yg tak tercapai... luahkan dan seterusnya hadapilah dgn senyuman..

HiDa berkata...

@shameel Iskandar:
insyaAllah, mudah2an ada kekuatan itu... tqvm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...