"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Isnin, 26 November 2012

TANGAN KANAN MEMBERI SOROKKAN TANGAN KIRI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Minggu lepas Hida ada post status kat wall satu rangkaian sosial.. status tu berbunyi begini, "Ya Allah, selamatkan Gaza"... satu doa untuk bumi Gaza... ringkas tapi penuh pengharapan sebagai umat islam dan juga saudara sesama islam.. ramai yang like dan juga komen tanda setuju dan mengharapkan perkara yang sama.. semoga penderitaan dan kekejaman terhadap umat islam di sana dihentikan..
















Beberapa minit lepas tu Hida dapat satu mesej..

"Kalau selamatkan kita juga kena hulur kan bantuan.. Jgn setakat tulis jer"

Ok, Hida reply lagi..

"In Shaa Allah, baik kte fikir positif jgak.. mereka tulis tuk ingat mengingati tuk sama2 berdoa... dan  dalam masa yang sama mereka memberi menghulurkan sumbangan.."

Dia mesej lagi..

"Sumbangan Dari Malaysia terlalu skit daripada tulis di laman sosial atau mana chat room"

"Bila suruh hulur semua diam"


Mula2 tu malas nak berdebat ngan mamat ni tapi mungkin apa yang dia cakap tu ada betulnya kan... lagipun tak manis tiba2 diam tanpa kata apa2..

"kita doakanlah terbuka pintu hati mereka tuk memberi sumbangan.."


Dia tak puas hati lagi ngan jawapan Hida..

"U brp Kali dah hulur"


Hida pun mula hilang kata2.. bukan apa rasa macam terlalu angkuh pertanyaan tu..

"doakan senjata utama org islam.."

"rasanya xperlu kot nk bgitau..."


Dia..

"Ok up to you"


Hida..

"ok, apa2 pun terima kasih ingatkan saya tntng tanggungjawab ni..."


Tapi dia seakan-akan masih tak puas hati...

"Rasanya tada langsung apa setakat ckp Kat laman sosial jer tak payah nak tunjuk kita ni simpati konon rm100/50 is good my dear"

"Doa kan lah Saja Jgn hulur blh selamatkan anak gaza yg tada mkn tmpt pakaian"


Hida cuma balas ngan sebuah senyuman.. :))














Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...