"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Rabu, 28 November 2012

TERHARU

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Tajuk ni asyik nak touching je kan.. hehe...

Malam tadi kawan serumah ajak Hida dan roomate memeriahkan majlis anjuran HEPA UPSI iaitu program, 'Sirih Pulang ke Gagang'.. mungkin di kalangan warga UPSI tahu akan program ini.. program ni adalah program Alumni siri ke 3... mula2 tu ingatkan majlis biasa je, tpi sampai kat dewan semua berbaju formal... majlis hebat juga la ni ya... nasib baik Hida pun berpakaian formal dan sopan... (mmg hari2 pn sopan.... hehee)...

 program 'Sirih Pulang ke Gagang', dewan SITC UPSI

program ni menyatukan bekas2 pelajar UPSI dari tahun 1922 lagi.. mereka2 semua ni adalah di kalangan pelajar semasa zaman SITC, MPSI, IPSI dan alumni paling bongsu iaitu UPSI... patut la yang datang ramai pangkat atok2 dan ayah2 kita je... hehee.. tapi jangan pandang lekeh ya mereka semua ni bekas pendidik dan ada dalam kalangan mereka sekarang menjawat jawatan penting dalam profesion pendidikan negara.. ada juga yang dah jadi usahawan berjaya..

majlis malam tadi ada ucapan perasmian daripada Dato' NC UPSI iaitu Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr. Zakaria b. Kasa dan juga wakil dari HEPA.. selain itu, ada makan-makan dan pelancaran 3 buah buku.. (makanannya boleh tahan jugak la, mmg sedap).... dalam majlis ni banyak yang Hida tahu tentang sejarah penubuhan dan pembangunan UPSI..

mula2 niat Hida dan roomate datang nak tolong apa yang patut je, sbb boring duk kat rumah.. kalau dapat tolong urusetia pun ok juga.. sampai kat dewan, kami di minta edarkan buku tentatif program tuk jemputan.. di sebabkan banyak meja kosong, kami diminta memenuhkan meja2 yang kosong tu... itulah kisahnya kenapa kami boleh makan2 bersama tetamu2 semua.. kalau nak kira kami ni xder lah tergolong dalam jemputan alumni...

ok, berbalik kepasa program tersebut.. bayangkan dah bertahun mereka semua tak jumpa.. bila berjumpa ni berpeluk-peluk (laki ngan laki dan perempuan ngan perempuan ya, jagan salah faham pulak), bersalam salaman, bertanya khabar dan mengimbau kenangan lampau semasa belajar dahulu.. seronoknya tengok keakraban mereka semua.. lebih kurang macam jejak kasih...

majlis malam tadi juga telah menobatkan seorang tokoh alumni untuk program 'Sirih Pulang ke Gagang' iaitu........ Hida minta maaf sbb tak sempat nk dgr nama tokoh ni.. time tu kawan ajak temankan dia ke toilet... huhuu... tapi sempat la dengar sikit bibliografi pasal tokoh ni... umurnya dalam lingkungan 70an... lbh kurang sebaya ayah Hida gak la.. umur 14 tahun dah jadi cikgu.. dan sekarang menjadi pensyarah sambilan di UPSI dan juga pensyarah jemputan di UKM.. apa2 pun Hida bangga sangat berada dalam kalangan mereka yang bergelar PENDIDIK..

gambar tak banyak sbb Hida bukan suka bergambar pun.... kamera ni di keluarkan dari beg pun sbb ada sesuatu yang menarik perhatian Hida.. rasanya ni majlis dah nak abis kot....

agaknya dah berapa lama mereka tak jumpa ni ya... sebelum tu siap peluk2 lagi.... terharu sangat tengok gelagat mereka.. 

rancak plak perbualan tu... xper cikgu2 semua, malam tadi mesti dah amik no contact kan... nnti boleh buat reunion plak... hehe...


**teringin sangat nk jumpa kawan2 sekolah dulu.... terutama yang dah lama terputus hubungan... 

2 ulasan:

TiranaAduka berkata...

salam hida
Jalam jalan tempat hida.maaf dtg tanpa di undang.

HiDa berkata...

@TiranaAduka:
wsalam TA..
hehee...
terima kasih sdi jalan2 kat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...