"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerna masih memberikan kesihatan yang baik dan berpeluang meneruskan kehidupan ini untuk mencari redhaNYA... Beberapa jam je lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru... Rasa kejap je kan 2012 ni... Macam mana azam 2012?? Boleh dikatakan 90% tercapai dan 10% lagi tu Hida anggap sebagai kelemahan Hida dalam menghadapinya... Dan Hida yakin dengan ketentuanNYA...

Alhamdulillah 2012 memberikan seribu satu makna untuk Hida.. Bulan Februari Hida dapat siapkan pengajian diperingkat Master dan bulan Mei Hida konvo... Bulan Oktober Hida sambung pengajian diperingkat PhD bagi meneruskan impian dan harapan keluarga dan juga impian Hida sendiri... Dan pagi ini tepat jam 10:30 pagi, penghujung 2012 benar-benar memberikan seri kepada Hida dan keluarga.... Alhamdulillah Hida berjaya dapat scholarship tuk meneruskan pengajian... Hida terus hubungi mak untuk berkongsi berita ini dengan linangan airmata kegembiraan... Terima kasih ya Allah kerna permudahkan urusan hambaMU ini...

Bercakap berkenaan tahun baru memang takkan lengkap dengan persoalan "Apakah AZAM baru??"... Beberapa jam je lagi juga adalah merupakan pertambahan usia kita semua kan... Dan untuk 2013, Hida dah di ambang 30... Dah nak masuk 3 siri ni.. hehee... Apa azam Hida?? Azam yang paling jelas untuk 2013 adalah:

Siapkan proposal PhD... Bentang pada mana2 kolokium tuk dapatkan respon serta idea tuk mantapkan lagi proposal... Memastikan penyelidikan 30% siap tuk memasuki tahun yg kedua iaitu 2014...

Azam lain?? Hida dah tetapkan azam semasa tahun baru hijrah yang lepas... Ada juga yang bertanya... "Dah nak masuk tahun baru ni, bila lg nak tamatkan zaman bujang?? Agaknya 2013 dapat makan nasi minyak tak??"... Rasanya soalan tu bukan je setiap kali tahun baru tapi hari2 kot.. hehee... Sebenarnya soalan tu hanya membuatkan Hida tersenyum tanpa kata.... Tapi Hida sentiasa aminkan.. Mudah2an 2013 memberi sinar baru tuk hida... :))

Apa pun SELAMAT TAHUN BARU 2013 tuk semua teman2 blogger... Moga kita semua terus sukses dalam apa jua bidang yang kita ceburi... Doa hida juga, mudah2an kita terus istiqamah dalam menjalani kehidupan ini...

Dalam hidup ini kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan... Pilihan itu ada yang baik dan ada yang buruk.... Semuanya terpulang pada diri kita sendiri samaada nak yang baik atau buruk.. Tahun makin bertambah... Umur juga semakin meningkat... Penyesalan, keinsafan dan perubahan biarlah dari sekarang, kerna esok mungkin bukan milik kita lagi.. - Haida Hida

Sabtu, 29 Disember 2012

RAGAM PELAJAR DAN KADS1M

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

sepanjang bulan Disember 2012, hida dapat kontrak keje di bawah Skim Pelajar Bekerja... bermula dari 3 Disember - 31 Disember, bermakna ada lagi sehari... hida cuma ditugaskan untuk mengedar Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) kepada pelajar2.. kenal tak KADS1M?? antara salah satu keistimewaan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dan Kementerian untuk pelajar2 di Malaysia... hida masih tak berpeluang lagi nak ambil kad hida.. hehee... pelikkan, ditugaskan mengedar kad tpi yang diri sndiri tak sempat amik... ini kerana, hida ditugaskan edar untuk pelajar diploma, ijazah dan juga gstt... untuk master dan juga PhD, diedarkan kat institut pengajian siswazah (IPS)... tu yg tak sempat nak ambil... mgkin selepas 31hb Disember...

lebih kurang 70 kotak kne edarkan... 

ok la, bercerita berkenaan KADS1M ni, banyak gak la pengalaman yang hida dapat sepanjang sebulan jaga kaunter pengedaran kad ni... ada yang buatkan hida tergelak, sakit hati, geram, kecewa, sedih dan macam2 lagi.... macam2 perasaan la ada... disebabkan itulah tak sempat nk siapkan proposal dan juga jumpa supervisor tuk bulan Disember... (ok, tu cuma alasan... hehee)

hida cuma nak share satu masalah atau satu isu yang paling hida dan juga staf HEP sedih ngan sikap sesetengah pelajar2 skank... hida setuju 100% kalau ada yang cakap sesetengah pelajar skank semuanya nak kena 'suap'.. faham tak?? 'suap' tu bermakna semuanya nak kne bagi tanpa ada usaha sendiri mencari... ok la soal KADS1M ni, pelajar2 yang datang amik ni boleh dikatakan teror gak la bab teknologi ni.... ada sedikit dialog kat bawah.....

cantikkan design kad ni... 
untuk maklumat lanjut: Kad Diskaun Siswa 1Malaysia...


situasi pertama

pelajar1: "kak, nak amik kad diskaun tuk kawan blh tak??"
hida: "boleh dik, asalkan ada nombor matrik"
pelajar1: "kejap ya kak, nk bukak facebook"
hida: "ok"
pelajar1: "kat sini xder wifi ke kak??"
hida: "ada, tapi slow sikit lah"

situasi kedua

pelajar2: "kak, kad ni digunakan utk apa??"
hida: "untuk diskaun la dik..."
pelajar2: "a'aa kan dah namanya kad diskaun"
hida: ":))"

situasi ketiga

pelajar3: "kak, kad ni blh guna kat mne je??"
hida: "tak pasti la dik"
pelajar3: "takkan akak tak tahu lgsg"
hida: "kat Tanjung Malim ni, KFC je la dik"
pelajar3: "tu je ke??"
hida: "adik bukak website kpt, atau senang lagi adik search je kat google, nnti kuar la senarai kedai2 yang tawarkan diskaun tu"
pelajar3: "ye ke"
hida: "ye dik... :))"

itu antara situasi2 yang hida dapat sepanjang edar KADS1M ni.... bukan nak mengaibkan sape2 tapi kecewa ngan sikap pelajar2 ni... untuk situasi pertama, awak dah tahu nak datang amik kad kenapa tak tanya kawan siap2 no matrik... ok la, awak semua ni aktif sangat online... tapi jgn semua keadaan pun nk tggu on facebook dulu.. apa gunanya hp tu... sms atau kol je lah...

situasi kedua pulak, hida anggap sebagai lawak je lah ya... huhuu... ok, situasi ketiga pulak, bukan hida sorang yang kecewa.... staf2 pun ramai yang kecewa dan naik geram gak la... awak datang ngan hp bukan main canggih... bukan 1, tapi 2 3... tapi sayang nak search kegunaan, kepentingan dan tempat KADS1M pun susah.. tu la hida kata, pelajar skank semuanya nk kena 'suap'... kalau blh nk pentadbiran print sekali senarai kedai2 yang tawarkan diskauan...

kalau awak2 semua ni, makcik dan pakcik yang duk kat kampung takder internet boleh la kami buat mcam tu dik oiiiii... ni, awak semua pelajar IPT.. ada segala macam kemudahan.. cubalah usaha dan cari maklumat tu sendiri.. bukan untuk org lain tapi diri sendiri jugak....

tu bukan lagi hida bercerita pasal pelajar yang kurang ajar.. jangan tak percaya, ada kalangan mereka mmg kurang ajar... bercakap ngan kami ni siap perli2... ingat kami ni takder keje nak layan dia sorang je.. maklum la hida ni kan jaga kaunter je... apa la sangat kan jika nak bandingkan mereka tu... pelajar IPT... hebat sangat la konon sampai nak respect orang pun susah... silap la dik kalau itu sikap awak.... ngan sikap macam tu tak kemana...

walauapapun, sepanjang bertugas tak pernah la hida tinggikan suara ngan budak2 ni.. kiranya tahap kesabaran tu masih tinggi dan masih boleh dikawal.... Alhamdulillah masih mampu tersenyum ngan apa jua ragam dan kerenah pelajar2 semua.... :))

Selasa, 25 Disember 2012

BANJIR, THESIS, DAN CUTI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

cuti.. cuti dan cuti... tapi sayang sbb tak dapat balik kampung.. esok ada perjumpaan dengan dekan.. kehadiran adalah diwajibkan.. lagi pn ni semester pertama kne la betul2 bagi komitmen kan.. hari2 kol family kat kampung tanya keadaan kat sana.. ya lah skank kn musim hujan, dalam berita pun dah isytiharkan pantai timur banjir.. lagi la tak selesa hida kat sini.. kenapa?? belakang rumah hida sungai.. kalau paras air kelantan dah tahap bahaya, tunggu masa je lah kampung kami di naiki air.. perkara ni dah biasa bagi kami semua.. mmg tiap2 tahun banjir, besar atau kecik je.. kata mak, "banjir ni setahun sekali.. kita kne anggap sebagai nikmat dari Pencipta untuk mencuci segala kekotoran yang di lakukan oleh manusia sepanjang tahun.." :)) apa2 pun hida arap xder kejadian buruk berlaku..

In shaa Allah, kalau xder aral rintangan hida akan balik kampung awal bulan januari.. dah tak lama la kan.. hehee.. tapi progress penyelidikan tak gerak2 dari 3 mggu lepas.. huhuu... tension pulak pkir hal ni.. hida akui kadang2 terasa give up sangat nk teruskan semua ni.. banyak yang difikirkan sampai makan tak lalu, tidur tak lena, mandi?? Alhamdulillah basah.. lain la kalau mmg tak mandi kan.. SV hida pernah cakap masa mula2 hida register PhD.. "semester satu ni adalah zaman kegelapan bagi kamu berdua (hida ngan rumate), zaman ni la buat itu tak kena, buat ini tak kena.. research area dan tajuk masih tercari2.. konsep dan persoalan kajian pun berterabur.. bila dah present proposal semester dua, baru nampak apa yang nk dibuat"..

memang gelap la kalau dah 3 minggu tak gerak lgsung.. nak jumpa SV pun tak tahu nk bincang apa.. sekali sekala ada la jugak kne perli2 tu kan.. hehee.. tapi tak kisah pun sbb mmg hida salah.. sebenarnya kesian jugak kat SV sbb dia je yang duk risaukan penyelidikan hida ni.. tapi hida buat rileks je.. hahaa.. konon zaman gelap, hida gelapkan lagi.. setiap kali jumpa SV, ada je idea baru yang dia cadangkan.. lepas tu, baru la terbuka sikit minda hida ni.. tapi kejap je.. 2 3 hari down balik.. bukan apa, selain proposal ada 2 3 perkara yang masih dalam pemikiran hida ni.. entah la, tak tahu bila akan selesai.. bila semua dah bercampur macam ni, mmg xder mood lgsg la nk tengok kertas kerja kan..

4 hari ni hida lepak rumah kakak kat klang.. malas nk pkir pasal semua tu.. duk sini, apa lagi jalan2 je lah.. dapat main2 ngan anak sedara.. mmg release tension betul la.. kebetulan kakak pun baru dapat gaji dan bonus sekali.. mmg langkah kanan la kan.. ada gak org nak belanja.. dapat gak sepasang sandle berjenama.. kalau hida mmg tak beli la.. hehee..

ok la, hida nak bersiap balik Tanjung Malim.. bila dah balik sana, maknanya kne mula pikir thesis pulak la... arrgghhhhhhhhhh... hehee.. lebih2 pulak kan..

Wassalam..

Jumaat, 14 Disember 2012

DEMAM DAN DURIAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak balik kampung.. walaupun tak sampai semnggu tapi hampir-hampir seminggu jugak la.. dapat lepaskan rindu kat mak ayah dan family semua..

minggu lepas hida abiskan masa bersama family kat kampung.. walaupun tengak sibuk ngan proposal tuk tesis, hida tinggalkan semua termasuklah laptop.. hehee.. on the way balik kampung, dah terasa gatal2 tekak dan asyik bersin je.. akhirnya sepanjang kat kampung tu hida demam.. mak masak macam2 tapi semuanya rasa tawar.. huhuuu..

ok la, hida nak cerita pengalaman hida buat kueh paling femes skank ni.. apa lagi kalau bukan berkaitan durian.. ya, DURIAN CREPE.. dah lama nk cuba sbb setiap hari bukak FB ada je kawan2 share, upload gmbar, letak status betapa sedapnya durian crepe ni.. hida bukan berminat nak makan tapi berminat nak buat.. cubalah google resepi, macam2 cara ada.. yang simple ada, yang rumit pn ada.. di sebabkan ini percubaan pertama, hida amik yang simple je lah..

masa mula2 femes dulu, nak cari durian bukan main susah.. mgkin bukan musim dia kot.. kali kedua, durian berlambak, tapi whipping cream plak abis stok.. kali ketiga ni hida tekad nak cari gak sampai dapat.. atas pertolongan kakak, dapat jugak cari whipping cream.. happy sangat2 lah.. hehee..

walaupun tak secantik dan sesedap yang dibeli (mungkin), akhirnya hida berjaya buat sndiri.. satu family boleh makan.. bukan sikit tapi banyak setiap sorang boleh makan.. kalau beli rasanya tak mungkin kot sbb durian crepe ni mahal.. tak pasti kenapa dan mengapa mahalnya tu.. hasil kajian hida, barang2 yang dibeli tu xder la mahal pun.. hehee.. mungkin brand berbeza kot.. :)

untuk tatapan teman2 semua.. percubaan pertama hida, DURIAN CREPE... :)



dah macam warna bendera Kedah kan.. hehee.. 2 warna ni je yang menarik hati hida..



















untuk percubaan pertama ni banyak la kelemahnnya kan... In Shaa Allah, akan dipebaiki untuk masa2 akan datang... hehee..

selamat mencuba teman2 semua.. senang dan mudah.. nak resepi?? wat je carian kat GOOGLE.. :))

Isnin, 3 Disember 2012

I ♥♥♥ KELANTAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Hida sangat terharu dengan sajak daripada artis Indonesia iaitu Meyda Sefira (pelakon Ketika Cinta Bertasbih)... sajak ni di tulis dan diperdengarkan dalam program Bicara Selebriti di Stadium Sultan Muhammad ke IV pada 1 Disember 2012... Hida saksikan secara live, tapi online streaming.... sempat la tengok kuliah dari Ustaz Azhar Idrus, Heliza Helmi dan juga Meyda Sefira.....


Seperti apa KELANTAN itu??

selain itu, Heliza juga ada memperdengarkan sajak khas buat Palestin


dan yang terakhir sajak daripada Ustaz Azhar Idrus yang bertajuk "Palestin: Derita Kita, Derita Mereka"


Sabtu, 1 Disember 2012

DISEMBER

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

selamat datang Disember...
cepatnya masa berlalu kan...
sebulan je lagi kita dalam tahun 2012...
macam mana ngan azam tahun ni??
berapa peratus dah tercapai??
agak-agak dalam masa sebulan ni 100% tak azam tahun ni dalam genggaman??
hehee.... tak kisah la kan, jnji tahun ni lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya..
kalau tak pun, jadikan tahun ni tambahan koleksi kita tuk pengalaman dan pengajaran...


..:: Disember 2012 ::..

2013???
banyaknya cabaran nnti...
ada sesuatu yang akan bertambah gak..
teka, apakah itu????




pandai pun...
mestilah umur kita kan.
ada ke umur yang makin menurun??
semuanya meningkatkan...
tahun 2013 umur hida 30...
30???
heheee...




30 sekadar angka je... :))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...