"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 25 Disember 2012

BANJIR, THESIS, DAN CUTI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

cuti.. cuti dan cuti... tapi sayang sbb tak dapat balik kampung.. esok ada perjumpaan dengan dekan.. kehadiran adalah diwajibkan.. lagi pn ni semester pertama kne la betul2 bagi komitmen kan.. hari2 kol family kat kampung tanya keadaan kat sana.. ya lah skank kn musim hujan, dalam berita pun dah isytiharkan pantai timur banjir.. lagi la tak selesa hida kat sini.. kenapa?? belakang rumah hida sungai.. kalau paras air kelantan dah tahap bahaya, tunggu masa je lah kampung kami di naiki air.. perkara ni dah biasa bagi kami semua.. mmg tiap2 tahun banjir, besar atau kecik je.. kata mak, "banjir ni setahun sekali.. kita kne anggap sebagai nikmat dari Pencipta untuk mencuci segala kekotoran yang di lakukan oleh manusia sepanjang tahun.." :)) apa2 pun hida arap xder kejadian buruk berlaku..

In shaa Allah, kalau xder aral rintangan hida akan balik kampung awal bulan januari.. dah tak lama la kan.. hehee.. tapi progress penyelidikan tak gerak2 dari 3 mggu lepas.. huhuu... tension pulak pkir hal ni.. hida akui kadang2 terasa give up sangat nk teruskan semua ni.. banyak yang difikirkan sampai makan tak lalu, tidur tak lena, mandi?? Alhamdulillah basah.. lain la kalau mmg tak mandi kan.. SV hida pernah cakap masa mula2 hida register PhD.. "semester satu ni adalah zaman kegelapan bagi kamu berdua (hida ngan rumate), zaman ni la buat itu tak kena, buat ini tak kena.. research area dan tajuk masih tercari2.. konsep dan persoalan kajian pun berterabur.. bila dah present proposal semester dua, baru nampak apa yang nk dibuat"..

memang gelap la kalau dah 3 minggu tak gerak lgsung.. nak jumpa SV pun tak tahu nk bincang apa.. sekali sekala ada la jugak kne perli2 tu kan.. hehee.. tapi tak kisah pun sbb mmg hida salah.. sebenarnya kesian jugak kat SV sbb dia je yang duk risaukan penyelidikan hida ni.. tapi hida buat rileks je.. hahaa.. konon zaman gelap, hida gelapkan lagi.. setiap kali jumpa SV, ada je idea baru yang dia cadangkan.. lepas tu, baru la terbuka sikit minda hida ni.. tapi kejap je.. 2 3 hari down balik.. bukan apa, selain proposal ada 2 3 perkara yang masih dalam pemikiran hida ni.. entah la, tak tahu bila akan selesai.. bila semua dah bercampur macam ni, mmg xder mood lgsg la nk tengok kertas kerja kan..

4 hari ni hida lepak rumah kakak kat klang.. malas nk pkir pasal semua tu.. duk sini, apa lagi jalan2 je lah.. dapat main2 ngan anak sedara.. mmg release tension betul la.. kebetulan kakak pun baru dapat gaji dan bonus sekali.. mmg langkah kanan la kan.. ada gak org nak belanja.. dapat gak sepasang sandle berjenama.. kalau hida mmg tak beli la.. hehee..

ok la, hida nak bersiap balik Tanjung Malim.. bila dah balik sana, maknanya kne mula pikir thesis pulak la... arrgghhhhhhhhhh... hehee.. lebih2 pulak kan..

Wassalam..

2 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

Salam Hida.
Saya baru balik main2 air banjir. hehehe.. Kat bachok pun naik air jgk kt sesetengah tmpt.

HiDa berkata...

@shameel Iskandar:
Wsalam... bestnya dapat main air banjir.. dah lama tak main... hehee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...