"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Sabtu, 29 Disember 2012

RAGAM PELAJAR DAN KADS1M

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

sepanjang bulan Disember 2012, hida dapat kontrak keje di bawah Skim Pelajar Bekerja... bermula dari 3 Disember - 31 Disember, bermakna ada lagi sehari... hida cuma ditugaskan untuk mengedar Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) kepada pelajar2.. kenal tak KADS1M?? antara salah satu keistimewaan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dan Kementerian untuk pelajar2 di Malaysia... hida masih tak berpeluang lagi nak ambil kad hida.. hehee... pelikkan, ditugaskan mengedar kad tpi yang diri sndiri tak sempat amik... ini kerana, hida ditugaskan edar untuk pelajar diploma, ijazah dan juga gstt... untuk master dan juga PhD, diedarkan kat institut pengajian siswazah (IPS)... tu yg tak sempat nak ambil... mgkin selepas 31hb Disember...

lebih kurang 70 kotak kne edarkan... 

ok la, bercerita berkenaan KADS1M ni, banyak gak la pengalaman yang hida dapat sepanjang sebulan jaga kaunter pengedaran kad ni... ada yang buatkan hida tergelak, sakit hati, geram, kecewa, sedih dan macam2 lagi.... macam2 perasaan la ada... disebabkan itulah tak sempat nk siapkan proposal dan juga jumpa supervisor tuk bulan Disember... (ok, tu cuma alasan... hehee)

hida cuma nak share satu masalah atau satu isu yang paling hida dan juga staf HEP sedih ngan sikap sesetengah pelajar2 skank... hida setuju 100% kalau ada yang cakap sesetengah pelajar skank semuanya nak kena 'suap'.. faham tak?? 'suap' tu bermakna semuanya nak kne bagi tanpa ada usaha sendiri mencari... ok la soal KADS1M ni, pelajar2 yang datang amik ni boleh dikatakan teror gak la bab teknologi ni.... ada sedikit dialog kat bawah.....

cantikkan design kad ni... 
untuk maklumat lanjut: Kad Diskaun Siswa 1Malaysia...


situasi pertama

pelajar1: "kak, nak amik kad diskaun tuk kawan blh tak??"
hida: "boleh dik, asalkan ada nombor matrik"
pelajar1: "kejap ya kak, nk bukak facebook"
hida: "ok"
pelajar1: "kat sini xder wifi ke kak??"
hida: "ada, tapi slow sikit lah"

situasi kedua

pelajar2: "kak, kad ni digunakan utk apa??"
hida: "untuk diskaun la dik..."
pelajar2: "a'aa kan dah namanya kad diskaun"
hida: ":))"

situasi ketiga

pelajar3: "kak, kad ni blh guna kat mne je??"
hida: "tak pasti la dik"
pelajar3: "takkan akak tak tahu lgsg"
hida: "kat Tanjung Malim ni, KFC je la dik"
pelajar3: "tu je ke??"
hida: "adik bukak website kpt, atau senang lagi adik search je kat google, nnti kuar la senarai kedai2 yang tawarkan diskaun tu"
pelajar3: "ye ke"
hida: "ye dik... :))"

itu antara situasi2 yang hida dapat sepanjang edar KADS1M ni.... bukan nak mengaibkan sape2 tapi kecewa ngan sikap pelajar2 ni... untuk situasi pertama, awak dah tahu nak datang amik kad kenapa tak tanya kawan siap2 no matrik... ok la, awak semua ni aktif sangat online... tapi jgn semua keadaan pun nk tggu on facebook dulu.. apa gunanya hp tu... sms atau kol je lah...

situasi kedua pulak, hida anggap sebagai lawak je lah ya... huhuu... ok, situasi ketiga pulak, bukan hida sorang yang kecewa.... staf2 pun ramai yang kecewa dan naik geram gak la... awak datang ngan hp bukan main canggih... bukan 1, tapi 2 3... tapi sayang nak search kegunaan, kepentingan dan tempat KADS1M pun susah.. tu la hida kata, pelajar skank semuanya nk kena 'suap'... kalau blh nk pentadbiran print sekali senarai kedai2 yang tawarkan diskauan...

kalau awak2 semua ni, makcik dan pakcik yang duk kat kampung takder internet boleh la kami buat mcam tu dik oiiiii... ni, awak semua pelajar IPT.. ada segala macam kemudahan.. cubalah usaha dan cari maklumat tu sendiri.. bukan untuk org lain tapi diri sendiri jugak....

tu bukan lagi hida bercerita pasal pelajar yang kurang ajar.. jangan tak percaya, ada kalangan mereka mmg kurang ajar... bercakap ngan kami ni siap perli2... ingat kami ni takder keje nak layan dia sorang je.. maklum la hida ni kan jaga kaunter je... apa la sangat kan jika nak bandingkan mereka tu... pelajar IPT... hebat sangat la konon sampai nak respect orang pun susah... silap la dik kalau itu sikap awak.... ngan sikap macam tu tak kemana...

walauapapun, sepanjang bertugas tak pernah la hida tinggikan suara ngan budak2 ni.. kiranya tahap kesabaran tu masih tinggi dan masih boleh dikawal.... Alhamdulillah masih mampu tersenyum ngan apa jua ragam dan kerenah pelajar2 semua.... :))

4 ulasan:

Hans berkata...

hehehhee
nasib teman google sendiri jer

HiDa berkata...

@Hans:
hehee... bagus3...

shameel Iskandar berkata...

Mungkin juga diorg tu sajer jer bertanya..

Yg ptg ia menambahkan pengalaman dan keyakinan Hida nnt.

HiDa berkata...

@shameel Iskandar:
mgkin jugakkan.. xper, think +ve..
insyaAllah, mudah2an.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...