"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerna masih memberikan kesihatan yang baik dan berpeluang meneruskan kehidupan ini untuk mencari redhaNYA... Beberapa jam je lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru... Rasa kejap je kan 2012 ni... Macam mana azam 2012?? Boleh dikatakan 90% tercapai dan 10% lagi tu Hida anggap sebagai kelemahan Hida dalam menghadapinya... Dan Hida yakin dengan ketentuanNYA...

Alhamdulillah 2012 memberikan seribu satu makna untuk Hida.. Bulan Februari Hida dapat siapkan pengajian diperingkat Master dan bulan Mei Hida konvo... Bulan Oktober Hida sambung pengajian diperingkat PhD bagi meneruskan impian dan harapan keluarga dan juga impian Hida sendiri... Dan pagi ini tepat jam 10:30 pagi, penghujung 2012 benar-benar memberikan seri kepada Hida dan keluarga.... Alhamdulillah Hida berjaya dapat scholarship tuk meneruskan pengajian... Hida terus hubungi mak untuk berkongsi berita ini dengan linangan airmata kegembiraan... Terima kasih ya Allah kerna permudahkan urusan hambaMU ini...

Bercakap berkenaan tahun baru memang takkan lengkap dengan persoalan "Apakah AZAM baru??"... Beberapa jam je lagi juga adalah merupakan pertambahan usia kita semua kan... Dan untuk 2013, Hida dah di ambang 30... Dah nak masuk 3 siri ni.. hehee... Apa azam Hida?? Azam yang paling jelas untuk 2013 adalah:

Siapkan proposal PhD... Bentang pada mana2 kolokium tuk dapatkan respon serta idea tuk mantapkan lagi proposal... Memastikan penyelidikan 30% siap tuk memasuki tahun yg kedua iaitu 2014...

Azam lain?? Hida dah tetapkan azam semasa tahun baru hijrah yang lepas... Ada juga yang bertanya... "Dah nak masuk tahun baru ni, bila lg nak tamatkan zaman bujang?? Agaknya 2013 dapat makan nasi minyak tak??"... Rasanya soalan tu bukan je setiap kali tahun baru tapi hari2 kot.. hehee... Sebenarnya soalan tu hanya membuatkan Hida tersenyum tanpa kata.... Tapi Hida sentiasa aminkan.. Mudah2an 2013 memberi sinar baru tuk hida... :))

Apa pun SELAMAT TAHUN BARU 2013 tuk semua teman2 blogger... Moga kita semua terus sukses dalam apa jua bidang yang kita ceburi... Doa hida juga, mudah2an kita terus istiqamah dalam menjalani kehidupan ini...

Dalam hidup ini kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan... Pilihan itu ada yang baik dan ada yang buruk.... Semuanya terpulang pada diri kita sendiri samaada nak yang baik atau buruk.. Tahun makin bertambah... Umur juga semakin meningkat... Penyesalan, keinsafan dan perubahan biarlah dari sekarang, kerna esok mungkin bukan milik kita lagi.. - Haida Hida

3 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

Selamat Tahun Baru 2013 buat hida.. dan lebih penting selamat maju jaya.. moga perjuangan menggapai PhD akan sentiasa dalam redha dan restu-Nya.

Hans berkata...

semoga berjaya mendapat PHD
:)

HiDa berkata...

@shameel Iskandar:
insyaAllah, mudah2an... aminn... terima kasih...

@Hans:
insyaAllah.. terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...