"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Ahad, 20 Januari 2013

SAKIT KEPALA MENYERANG LAGI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Tepat jam 2:12 pagi, 20 Januari 2013... Mata masih tak mampu lelap tetapi badan penat sangat... Semalam tolong kawan bersihkan rumah... Dia baru pindah area Tanjung Malim jugak la... Dalam pukul 12 tengah hari siap cuci, mop, sapu dan seangkatannya... Lepas siap semua tu kawan ajak makan... Kemana?? Disebabkan kami berdua tak berapa berselera nak makan nasi, dia ajak makan pizza... Ok la kan... Tapi serius tiba2 hida teringat entry encik Yassin berkenaan 'Makan Pizza Boleh Menyebabkan Migrain'.... Kalau tak silap, bulan lepas baru makan pizza... huhuu.. Mudah2an takder apa2 kan.. Kesian plak nak tolak pelawaan kawan ni kan....

Hida serahkan kat kawan je order... Orang dah nak belanja kan, kita jangan pulak lebih2... hehee.. Kawan hida order menu kat bawah ni..




















Memang sedappppp... Tapi sedap2 pun abis sepotong sorang je... Rasa kenyang sangat... Air tu rasa tak cukup plak segelas... rasa masam manis limau dan strawberry... Air memang puas hati...  Pizza pun best gak, ada hiasan sepit ketam lagi... So, bungkus je lah wat balik rumah... Lepas solat Maghrib makan la pizza tadi bersama air vanilla latte 3 in 1... Dan sekarang, kepala hida tengah ting tong sebelah kiri... Mata pun rasa berpinar dan senak...  Alahaiiii tak tahu la, gara2 makan pizza atau minum air latte tu.. Kuat gak la kafein dalam tu... Mungkin tak sesuai kot makan pizza ngan air macam tu kan...

Nak tak nak, kena gak telan ubat...  Ponstan jadi pilihan tuk hilangkan rasa sakit yang terlampau macam ni..
















Sebelum telan tu, tiba2 ingat pesan mak...
"Kak, kalau sakit kepala jangan makan ponstan... Tahan la sikit, kalau tak pun amik je panadol.."

Dalam hati hida..
"Makkkk... untuk kali ni je... nak tidur dan rehat ngan selesa..." huhuuu...

Hida dah lama tak amik ubat migrain... Awal2 masa Doktor cakap hida ada migrain, sempat la 2 kali amik stok ubat migrain tu... Lepas tu, hida sepenuhnya bergantung kepada ponstan.. Panadol??? Memang xder kesan pada hida.. Tapi sejak sambung belajar balik ni, kerap kali sakit kepala menyerang... Doktor cakap mungkin stress.. errmmm... Kalau dah nak sakit tu, tak stress pun sakit gak.. Doktor pesan jugak, kurangkan minum air berkafein... Yang ni memang hida failed... arrggghh... Bila hida fikir2 kan, pemakanan kita salah satu pengaruh kuat apa jua sakit yang menyerang... Setuju tak??

"Hida... dah sakit kepala tu tak reti2 nak tutup laptop dan tidur.... makan ubat pun tak jalan kalau mata duk ngadap benda ni"

Ok, hampir jam 3 pagi... Selamat malam semua... Ok dah pagi... :)))))

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...