"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 26 Februari 2013

MENU ALA-ALA DIET

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

tiba2 rasa nak diet.. dari hari ke hari timbang berat badan ni makin menaik pulak.. so, kena ada tindakan susulan la kan sebelum terlambat... hehee.. pertama sekali hida check balik cara pemakanan dan akhirnya buat satu jadual harian apa yang boleh dan tak boleh di makan.. selaian itu, aktiviti seperti senaman juga akan dilakukan setiap hujung minggu.. lgpun setiap hari ke kampus jalan kaki je.. kat situ pun dah senaman gak kan.. hari ni bermulalah menu diet hida.. hehee... mudah2an hida istiqamah dan bersemangat serta berdisiplin untuk mencapai target 2 ke 3 minggu dari sekarang.. :))))


menu untuk sarapan.. salad campur + vegetarian mayo.. serius hida rasa kembang tekak ni nak telan.. tpi terus gak mencuba.. rasanya esok nk tukar menu tuk sarapan.. huhuuu..


menu tengah hari, yang ni beli.. ikan bakar + air asam + ulam2an.. gambar tu sekadar hiasan, tadi lupa nak amik gmbar.. heheee.. tapi lebih kurang macam tu la... rasa macam pelik pulak bila makan ikan tanpa nasi ni.. hehee.. 


yang ni plak menu petang.. tom yam sayur iaitu carrot + tomato.. sedap jugak.. hehee.. 

semuanya dalam kuantiti yang sedikit.. menu2 ni hida dapat dari buku panduan lengkap penurunan berat badan Alpha Lipid SDII.. senang citer hida juga minum susu tu.. hehee.. hari ni baru bermula.. hida ni bukan penggemar susu, rasa sedikit kepayahannya tuk menelan minuman tersebut.. tapi kne cuba jugak untuk minggu pertama dan tin pertama.. banyak gak testimoni yang hida baca, 2 3 minggu dah ada hasilnya.. InsyaAllah... :))

Khamis, 21 Februari 2013

ENTRY TERAKHIR BERSAMA MY ACER

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

lamanya tak update sejak balik dari kampung ni...
rupanya dah penghujung bulan February ya...
dan esok Hida nak balik kampung lagi...
biasa la kan kampung ni sebulan 2 3 kali balik memang tak puas...
ok la, Hida bukan nak citer pasal ni tapi citer pasal Mr Acer yang dah banyak berjasa sepanjang Hida menuntut ilmu ni... jomm ikuti kisah Mr Toshiba pengganti Mr Acer.. :)))



masa bli dulu harganya dalam rm2999.. byk jugak Hida upgrade... dari Universiti Utara Malaysia (Ijazah Sarjana Muda) sehingga Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ijazah Sarjana), Mr Acer berbakti dan berjasa.. 


22 Februari adalah hari terakhir Mr Acer berada di bumi Tanjung Malim.. lepas ni akan balik negeri asal, Kelantan tercinta... :)))


dan sekarang masih di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ijazah Doktor Falsafah), Mr Toshiba menggantikan Mr Acer untuk tugas2 yang lebih mencabar... walaupun harganya lebih murah dari Mr Acer iaitu rm1699, inilah laptopn yang akan berteman riang bersama Hida siang dan malam... 


tapi Hida belum explore sepenuhnya windows 8 ni... 
macam susah je... tpi usaha tangga kejayaan... hehee..


dan ini adalah entry terakhir Hida menggunakan Mr Acer...
esok Hida akan bawa balik laptop ni ke kampung tuk di hadiahkan kepada adik..
(bunyi macam jahat je kan.... hehee)
walaupun lama tapi laptop ni Hida sayang sangat..
nanti nak kena bagi pesanan yang berjelar2 kat adik supaya jaga Mr Acer baik2.. :)))))

v
v
v
v
v
v
v
v

entah apa2 la Hida ni kan.. tapi dah tiada alasan untuk Hida lengahkan penyelidikan dan terus fokus pada pengajian yang Hida target siap dalam 2 tahun minimum dan 3 tahun maksimum..... mudah2an semuanya berjalan lancar.. insyaAllah, amin ya rabbal alamin..

Selasa, 12 Februari 2013

WELCOME BACK

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Apa khabar teman2 semua?? Macam mana cuti?? Hida baru je balik dari kampung semalam.. 2 minggu jugak la kat kampung, dari Maulidur Rasul lagi.. Best kan duk kampung lama2.. Tapi ada tugas kat sini yang memaksa diri ini tuk kembali lebih awal walaupun cuti semester ada lagi seminggu... Esok dari 13hb -  15hb ada bengkel penulisan jurnal kat UPSI... Dah register kne la hadirkan diri kan.. Kepada yang masih bercuti selamat bercuti, kepada yang dah bertolak balik tu hati2 di jalan raya ya.. Dan selamat kembali bertugas atau belajar....

Kepada mak dan ayah tercinta, Hida doakan mak dan ayah sihat walafiat.. Cuti hari tu, kami satu family demam.. Mak paling teruk demam ditambah dengan asma.. Skank mak masih sakit2 dan selera makan pun tak berapa nak okay lagi.. Hida ni pun, tahun 2013 baru je masuk bulan ke 2 tapi dah 2 kali demam.. Semalam nak tinggalkan mak dan ayah rasa berat sangat... Tambahan pulak tu mak sempat cakap... "Lepas ni sunyilah mak" huhuu.. Baru sehari berpisah, kuatnya rasa rindu ni kat mak, ayah dan kuarga kat kampung...

















## 2 minggu emel tak terbuka... buka2 je, Supervisor minta cari tarikh tuk present proposal... arrgghhhhh... tiba2 migraine datang... huhuuu... Moga semuanya berjalan lancar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...