"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Khamis, 21 Februari 2013

ENTRY TERAKHIR BERSAMA MY ACER

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

lamanya tak update sejak balik dari kampung ni...
rupanya dah penghujung bulan February ya...
dan esok Hida nak balik kampung lagi...
biasa la kan kampung ni sebulan 2 3 kali balik memang tak puas...
ok la, Hida bukan nak citer pasal ni tapi citer pasal Mr Acer yang dah banyak berjasa sepanjang Hida menuntut ilmu ni... jomm ikuti kisah Mr Toshiba pengganti Mr Acer.. :)))



masa bli dulu harganya dalam rm2999.. byk jugak Hida upgrade... dari Universiti Utara Malaysia (Ijazah Sarjana Muda) sehingga Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ijazah Sarjana), Mr Acer berbakti dan berjasa.. 


22 Februari adalah hari terakhir Mr Acer berada di bumi Tanjung Malim.. lepas ni akan balik negeri asal, Kelantan tercinta... :)))


dan sekarang masih di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ijazah Doktor Falsafah), Mr Toshiba menggantikan Mr Acer untuk tugas2 yang lebih mencabar... walaupun harganya lebih murah dari Mr Acer iaitu rm1699, inilah laptopn yang akan berteman riang bersama Hida siang dan malam... 


tapi Hida belum explore sepenuhnya windows 8 ni... 
macam susah je... tpi usaha tangga kejayaan... hehee..


dan ini adalah entry terakhir Hida menggunakan Mr Acer...
esok Hida akan bawa balik laptop ni ke kampung tuk di hadiahkan kepada adik..
(bunyi macam jahat je kan.... hehee)
walaupun lama tapi laptop ni Hida sayang sangat..
nanti nak kena bagi pesanan yang berjelar2 kat adik supaya jaga Mr Acer baik2.. :)))))

v
v
v
v
v
v
v
v

entah apa2 la Hida ni kan.. tapi dah tiada alasan untuk Hida lengahkan penyelidikan dan terus fokus pada pengajian yang Hida target siap dalam 2 tahun minimum dan 3 tahun maksimum..... mudah2an semuanya berjalan lancar.. insyaAllah, amin ya rabbal alamin..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...