"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 26 Februari 2013

MENU ALA-ALA DIET

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

tiba2 rasa nak diet.. dari hari ke hari timbang berat badan ni makin menaik pulak.. so, kena ada tindakan susulan la kan sebelum terlambat... hehee.. pertama sekali hida check balik cara pemakanan dan akhirnya buat satu jadual harian apa yang boleh dan tak boleh di makan.. selaian itu, aktiviti seperti senaman juga akan dilakukan setiap hujung minggu.. lgpun setiap hari ke kampus jalan kaki je.. kat situ pun dah senaman gak kan.. hari ni bermulalah menu diet hida.. hehee... mudah2an hida istiqamah dan bersemangat serta berdisiplin untuk mencapai target 2 ke 3 minggu dari sekarang.. :))))


menu untuk sarapan.. salad campur + vegetarian mayo.. serius hida rasa kembang tekak ni nak telan.. tpi terus gak mencuba.. rasanya esok nk tukar menu tuk sarapan.. huhuuu..


menu tengah hari, yang ni beli.. ikan bakar + air asam + ulam2an.. gambar tu sekadar hiasan, tadi lupa nak amik gmbar.. heheee.. tapi lebih kurang macam tu la... rasa macam pelik pulak bila makan ikan tanpa nasi ni.. hehee.. 


yang ni plak menu petang.. tom yam sayur iaitu carrot + tomato.. sedap jugak.. hehee.. 

semuanya dalam kuantiti yang sedikit.. menu2 ni hida dapat dari buku panduan lengkap penurunan berat badan Alpha Lipid SDII.. senang citer hida juga minum susu tu.. hehee.. hari ni baru bermula.. hida ni bukan penggemar susu, rasa sedikit kepayahannya tuk menelan minuman tersebut.. tapi kne cuba jugak untuk minggu pertama dan tin pertama.. banyak gak testimoni yang hida baca, 2 3 minggu dah ada hasilnya.. InsyaAllah... :))

2 ulasan:

sHi Ma berkata...

Chaiyok3 hida... Shima pun dlm proses diet ni... Sama2 kita usaha...

Hans berkata...

wah
terbaik lah
menu sihat :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...