"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Jumaat, 29 Mac 2013

APA YANG PENTING?? KERJASAMA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Minggu ni sedikit sibuk dengan pre-presentation proposal kajian.. Setiap hari berkunjung dan jadikan library tempat bertapa.. 1st pre-presentation dah selesai.. Alhamdulillah penyelia banyak bagi tunjuk ajar dan komen serta kritikan membina.. Pelbagai soalan yang diajukan.. Dari situ idea demi idea datang mencurah-curah.. Isnin minggu depan 2nd pre-presentation pula untuk melihat hasil pembetulan 1st pre-presentation lepas.. Pagi tadi berkesempatan menghadirkan diri ke idea presentation, 4 orang pelajar PhD dan 2 orang pelajar Master.. Alhamdulillah banyak juga idea dan pengalaman serta maklumat yang diperolehi dari pensyarah2 dan juga teman2 seperjuangan.. Walaupun hanya melihat, dari situ kita akan dapat kekuatan bila tiba giliran kita suatu hari nanti, InsyaAllah.. InsyaAllah 2 minggu dari sekarang iaitu 12hb April 2013, Hida dan roomate akan present idea.. Terasa juga la gementar walaupun baru tetapkan tarikh.. Macam ni la orang yang lemah semangat.. hehee.. Terpaksa tangguh plan nak balik kampung sehingga present idea.. :((

Sebenarnya Hida bukan nak bercerita pasal presentation sebab ada perkara yang Hida nak sangat tanya pendapat dan nasihat dari teman2 blogger semua berhubung masalah yang sedang Hida hadapi dengan kerenah housemate.. Ya Allah dah tak tertahan dengan sikap2  2 3 orang penghuni dalam rumah ni.. Inikah sikap bakal pendidik?? Mula-mula masuk dulu, rumah ni dah ada penyewa.. So, kiranya mereka lebih senior la.. Tapi lebih muda dari Hida.. Walauapapun Hida tetap hormat mereka sebagai orang lama..

Setelah beberapa bulan, kiranya sekarang Hida dah semester 2.. Sikap mereka membuatkan Hida rasa nak marah tapi Alhamdulillah Hida masih dapat tahan dan sabar.. Kawasan perumahan kami memang pihak perbandaran dah tetapkan hari dan masa pungutan sampah.. Kiranya semua orang dah tahu.. Tapi setiap kali sampah dalam tong sampah kat dapur penuh kadang2 sehingga melimpah dan ada sisa2 makanan terjatuh atas lantai mereka tetap tak peduli.. Ini akan mengundang kehadiran tikus yang sememangnya tiap2 malam Hida dengar kat atas siling.. Mereka rajin masak tapi sayang mereka tak peduli tentang kebersihan tu.. Awal2 dulu Hida minat gak masak tapi sebab2 inilah Hida jadi malas.. Roomate nasihatkan Hida jangan ambil peduli dan biarkan saja sampah tu kat situ.. Tapi Hida tak sanggup, kita serumah dan bau tu semua kita akan hidu.. Lagipun dapur tu berdekatan bilik air, nak tak nak Hida akan nampak.. Hida sabar dan terus jalankan kerja2 jadi pemungut sampah kat rumah walaupun secebis kertas Hida tak buang dalam tong sampah kat dapur tu (sebab depan bilik Hida dah ada tong sampah)..

Buang sampah, gantikan plastik baru dan sapu sampah dan abuk2 ruangan bilik tv dan dapur Hida buat macam biasa.. Sebelum ni gilir2 ngan roomate tpi dia pun dah give up.. Tapi 2 3 hari ni Hida akui terlalu penat.. Balik dari library, tengok2 kat dapur tong sampah penuh dan melimpah-limpah.. Rambut bertaburan kat lantai.. Ya Allah, niat Hida nak buat kerja2 tu semua tanpa rungutan hilang.. Rasa marah, geram dan serabut berlegar-legar di fikiran Hida.. Mereka bukan sibuk, kelas cuma 2 3 hari seminggu.. Siap boleh lepak tengok tv dan bergelak tawa.. Tengok keadaan mereka membuatkan Hida rasa membuak2 nak marah depan2, tapi sisa kesabaran Hida masih ada.. Bila ingat pada kerenah mereka ni Hida rasa nak menangis (tu je kot yang mampu Hida buat.. huhuu).. Susah sangat ke nak bagi kerjasama?? Susah sangat ke nak jaga kebersihan rumah sendiri?? Ya Allah, Hida cuma minta diberikan kesabaran dalam menghadapi dan menangani masalah ni.. Hida tak nak cari gaduh dan masalah.. Hida tak nak bermasam muka.. Tapi Hida takut jika suatu hari apa yang Hida tahan ni menjadi beban kepada diri sendiri..




Macam mana caranya untuk Hida tangani masalah ni?? Hida tak kuat nak tegur dan nasihat mereka.. Hida memang lemah bab ni.. Nak pindah rumah bukan senang nak cari yang dekat dengan kampus.. Rasanya ini yang paling strategi.. Hida jalan kaki je ke kampus.. Fikirkan hal ni buat Hida tak boleh nak fokus pada kajian.. Dah la 2 3 minggu ni Hida perlu bergerak terlalu pantas.. Paksa diri fokus juga untuk capai target 2 1/2 @ 3 tahun pengajian.. Hida bukanlah nak buka aib teman serumah, sebab Hida sayang dan tak nak ada masalah timbul antara kamilah Hida masih bertahan.. Hida risau juga jika kesabaran Hida ni meletup.. Orang pendiam ni kalau kesabarannya di cabar memang tak terjangkau tindakannya nanti.. (kononnya la tu.. hehee)...

Okay la, masa tuk bermanja2 bersama jurnal dan thesis.. Harap2 dapat la fokus... InsyaAllah.. Doakan semoga segala urusan Hida dipermudahkan ya.. :))

4 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

Salam Haida.
Saya pernah alami situasi sebegini masa kt kampus USM dulu. Roomate saya lagi teruk perangainya.

Bayangkan bukan setakat menaiktarafkan bilik sebagai tong sampah, tapi roomate saya sanggup tak gosok gigi dan sanggup tak cuci pakaian sebab tunggu saya beli ubat gigi dan sabau baru pakat nak tumpang.

HiDa berkata...

@shameel Iskandar:
situasi shameel lagi tertekan tu.. pengotornya bdk tu.. mmg tertekan dpt roomate mcm tu.. huhuu..

Hida, Alhamdulillah roomate ok... lgpn dah hampir 10 tahun kenal..

Sharinginfoz berkata...

Tension btl dgn org mcm ni, cuba2 bw berbincang

Titisan Hujan berkata...

hmm..pyh.penah gk alami.tp bsabar je la.kes ni kena bincang elok2.buat jadual

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...