"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 5 Mac 2013

GASTRIK MENYERANG LAGI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Baru seminggu hida diet, dan hari ke 7 sakit perut yang teramat sangat.. hida dah biasa sakit perut dan kepala.. tapi serius kali ni teramat sakit dan kali pertama sakit seumpama ini.. Semalam sakit tu menyerang masa hida dalam bilik mandi, badan tak boleh nak berdiri dan terpaksa membongkok... badan jadi kaku dan sejuk.. mula tu hida nak gagahkan juga mandi, tapi bila fikir keadaan mcm tu baik hida elakkan dari terkena air.. semalam juga hida bertahan ngan makan ubat tahan sakit je.. dan hari ini, setelah ubat tahan sakit pun tak menjadi, bila batuk terasa urat2 kat perut ni pedih dan menyukarkan pergerakan.. hida sewa kereta tuk ke klinik dalam kampus.. hida terpaksa drive sendri sebab rumate tak berapa cekap nak bawa kete, tapi dia tetap temankan hida.. tak kisah yang tu sbb kereta yang hida sewa ni pun auto.. kalau hida duduk tak terasa sangat sakit tu.. kalau nak berdiri dan berjalan je sangat sakit..

Sesampai di klinik, alahaiii ramainya pesakit hari ni.. hampir setengah jam nombor giliran hida dipanggil.. hida terangkan masalah yang dihadapi kat Doktor.. dan ternyata gastrik menyerang lagi.. hasil diet ke ni?? Doktor tanya hida stress ke belajar PhD ni.. hida cakap mungkin la.. kalau hida cakap hida diet apa lah komen Dokor tu nanti kan.. huhuu.. Doktor cakap perut hida dah penuh ngan gas sebab 2 hari tak makan.. memanglah sepanjang sakit 2 hari ni hida takder selera.. cuma minum air je.. Doktor minta hida rehat dalam wad dan minum ubat kapur (maaf hida tak ingat nama ubat tu).. tapi hida minta tuk balik je dan makan kat rumah..

























Doktor pesan kalau 2 3 hari rasa sakit tu masih sama hida dikehendaki ke klinik tuk pemeriksaan lanjut.. sehingga sekarang sakit tu masih terasa.. terutama bila hida bangun, berjalan dan batuk.. tak tahu la apa yang tak kena dengan perut ni.. mudah2an tiada apa yang serius..

esok hida ada bengkel Graduate On Time (GOT) kat kampus.. tak tahu la macam mana nanti.. doakan hida cepat sembuh ya..

2 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

Bahya jugak tu. Kena ubah cara diet tu. Saya ada terbaca tulisan Kevin Zahri, kita bolh ambik karbohidrat tapi dgn kadar yg sedikit iaitu segenggam tgn utk setiap sesi utk nasi(dan jika ambik roti, mee or lain2 sumber karbohidrat) pastikan dlm kadar yg sama. Pastu kata dia lagi protein amt perlu utk tingkatkan metabolisme.

HiDa berkata...

Ye ke.. Hida follow panduan diet dari satu produk.. panduan tu ok mgkin Hida yg tak pndai nk ssuaikan kot.. insyaAllah akan lebih berhati2 nnti.. TQ Shameel Iskandar.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...