"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Isnin, 18 Mac 2013

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Tiada niat untuk mengulas panjang.. sekadar nak berkongsi tempat serta menu yang Hida dan family singgah petang tadi.. Lagipun Hida tak sempat nak ambil gambar.. So, Hida wat carian kat google dan jumpa beberapa keping gambar menu yang sama kami sekeluarga makan tadi.. Kalau nak tahu lebih lanjut singgah la kat blog Kakcik Seroja..


Pecal Lele.. Gambar di ambil dari blog Kakcik Seroja..

Petang tadi Hida, mak dan adik bongsu serta abang ipar hantar kakak berkursus kat hotel Flamingo.. Dah terbabas ke sana, mak nak jumpa adk bongsu dia kat Taman Dagang, Ampang.. Kebetulan Pak Su tak sihat dan tak kerja.. Sesampai rumah Pak Su, dia ajak makan kat luar.. Destinasi pilihannya adalah kedai makan Pecal Lele kat Kampung Pandan.. Menarik jugak suasana kat sana.. Rasa macam duk kat kampung plak.. Tapi sebelah tu kereta tak putus2 kat atas jalan raya...

Pilihan makanan untuk semua orang Pak Su yang order.. Semua sama iaitu pecal ayam, cuma airnya saja berbeza.. Alhamdulillah rasa makanan tersebut tidak menghampakan kami sekeluarga.. Memang best lah terutama sambal dia.. Pedas tapi terbaik... Kebetulan Hida ni memang peminat makanan pedas2.. Simple tapi sedapppp.. Itulah komen Hida buat pertama kali makan kat situ.. Mak pun cakap sedap.. Kalau mak kata sedap memang sedaplah tu..


Menu yang menjadi pilihan kami semua.. Gambar di ambil dari blog Farah Hanis..


**Mungkin lain kali boleh pergi lagi.. Kebetulan bakal adik ipar pun orang area situ jugak.. hehee..

3 ulasan:

Crew Fathi berkata...

Uwahhh.. sedap tuuu... Ooo.. ^_^

akuanakpahang berkata...

Mmg best jalan2 cari makan laparlah pulak perut ie :)

Hans berkata...

wahhhhhhhhhh
memang nampak sedap :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...