"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 12 Mac 2013

TUDUNG BAWAL MASIH MENJADI PUJAAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah sakit perut yang menyerang beberapa minggu lepas dah sembuh.. Sekarang nak diet kena betul2 study apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.. :))

Okey la Hida nak bercerita tentang fesyen.. Ahhhhhhh, biar betul Hida yang tak reti berfesyen ni nak bercerita tentang fesyen?? Hahahaa.. Sendiri tanya sendiri jawab ya.. Bukan fesyen apa pun, Hida cuma nak berkongsi berkenaan fesyen tudung yang telah Hida gunakan sepanjang Hida bertudung..

Sekarang ni dah pelbagai fesyen tudung wujudkan.. Sampai tak terkejar dek fesyen ni.. Tapi kita sebagai kaum hawa dan muslimah ni kena sentiasa beringat jangan sampai mengejar fesyen sampai hukum hakam serta tuntutan sebenar bertudung atau lebih tepat tuntutan menutup aurat kita abaikan..
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab: 59).
Hida minat sangat ngan tudung bawal.. Dari dulu hingga kini tudung jenis bawal ni menjadi pilihan.. Walaupun pelbagai jenis tudung ada dipasaran, tudung bawal tetap pujaan hati.. hehee.. Rasanya dah pelbagai jenis bawal dalam simpanan Hida.. Hida teringat akan persoalan seorang teman facebook..

"Bukan ke tudung bawal ni nipis??" Hida akui itu.. Tapi bawal ni pun ada pelbagai jenis.. Kita kena pandai buat pilihan.. Hida cuma nak berkongsi koleksi bawal yang ada dalam almari Hida.. :))


 jenis yang berbatu-batu.. mahal jugak la.. tapi dah tak pakai sbb jenis ni nipis.. buat kenangan je la..


jenis ni agak banyak.. kalau tak silap diberi nama bawal 2 tona.. (kalau salah maaf ya, pndai pakai je.. hehee).. Hida suka jenis ni, senang nak sesuaikan ngan baju.. ianya agk tebal gak..


jenis yang terbaru.. tapi belum ada dalam almari lagi.. hehee.. baru order, insyaAllah esok atau lusa sampai la.. yang ni Hida order ngan teman facebook.. Hida pernah tengok orang pakai, cantik tpi tak pasti kain dia mcm mne.. Puan Rai namanya.. dia juga ada blog.. nanti sudi2 la singgah blog Minda Serigala, tengok tudung apa yang berkenan.. 

Okay lah sampai sini dulu.. kat luar sana hujan lebat, guruh dan kilat.. takut pulak on laptop ni.. 

2 ulasan:

Hans berkata...

sekarang macam2 tudung
tapi tudung bawal masih bertahan :-)

HiDa berkata...

betul2.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...