"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Ameen..."

Ahad, 14 April 2013

JOM MASAK-MASAK

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Seminggu kat kampung rasa kejap sangat.. Apa2 pun memang seronok sangat kali ni sebab Hida ngan adik bongsu dapat habiskan masa bersama kat rumah ngan masak untuk mak dan ayah.. Seronok sangat bila ada menu yang pertama kali masak tu menjadi dan chef tersohor iaitu bonda tercinta puji dan cakap best.. Hehehe.. Masak apa?? Jom2 kita lihat gambar kat bawah.. Macam biasa la, tak banyak pun.. Hehee..


Puding Trifle.. yang ni dah banyak kali.. 1st time belajar masa akak nak kawen.. menu makan beradab.. lepat tu dah pandai masak sendiri.. kebetulan puding ni feveret mak dan ayah.. Hida suka tukar2 color jelly tu.. kali ni permintaan adik guna jelly oren dan buah kiwi.. Hida lebih suka perisa pandan atau strawberry..



inilah yang Hida katakan pertama kali masak.. namanya Kek Coklat Karamel.. Hida dapat resepi ni daripada blog "Beautiful with Nora"... tapi xder la secantik kek yang Puan Nora buat tu.. xper la, ni 1st time kan.. agak2 dah boleh amik tempahan tak?? hehee.. gurau2 je, masak2 tuk family boleh la..

ingat tak pada entry pasal "Jalan-jalan Cari Makan".. entry pasal makan2 kat Kampung Pandan tu.. disebabkan masa kami makan, ayah tak join.. so, balik ari tu mak nak buat khas tuk ayah.. memang la tak tahu resepi, tapi sekali mak makan mak dah boleh agak.. hebatnya chef kuarga kami ni kan.. semestinyalah MAK kita adalah chef tersohor di dunia dan masakannya tiada tandingan.. setuju tak??


Pecal ayam by chef Wan Patimah.. ayah suka sangat sampai bertambah2 makannya.. siap request tuk keesokan harinya.. simple tapi sedap dan kenyang.. Alhamdulillah.. menu ni lebih kurang macam nasi ayam gak la, tapi simple lagi dari nasi ayam.. 

Dengan teknologi sekarang, sukar nak terima kalau ada yang kata tak pandai masak.. just click dan search menu apa nak makan beribu-ribu lemon resepi dipaparkan.. cuma atas diri sendiri, rajin or malas.. kalau alasan malas memang tak boleh kata apa.. tapi kalau alasan tak pandai, belum cuba belum tahu kan.. Hehehe.. Selamat memasak... :))

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...