"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 28 Mei 2013

APA MAKNA KEGAGALAN??

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..













Entry kali ni sekadar nak bercerita tentang pengalaman dan pemerhatian.. Please la Hida ayat tu jangan nak skema sangat.. Tahniah Hida ucapkan kepada adik-adik yang dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.. Sekarang kan musim adik-adik dapat keputusan permohonan ke IPT.. Alhamdulillah.. Yang dapat naik tingkatan enam pun tahniah Hida ucapkan.. Sebenarnya sama saja tingkatan enam dan IPT tu.. Cuma bezanya adik-adik dikehendaki mematuhi peraturan sekolah dan setia dengan seragam sekolah.. tak boleh la nak melaram kan.. hehee..

Teringat Hida lebih kurang 12 tahun dulu.. Walaupun result SPM tak gempak macam teman-teman yang lain, Hida tetap mengharapkan tempat untuk ke IPT dengan mengisi borang permohonan.. Ye lah, dulu kalau dapat masuk Universiti tak kisah la tempatan apatah lagi luar negara satu kebanggaan.. Riuh sekampung dan tempiasnya sampai ke kampung sebelah.. Bukan nak bangga sangat tapi nama mak dan ayah yang mereka puji.. Bila result keluar tak tidur malam duk tunggu nak call tapi > > > >  "Dukacita..............." cukuplah satu ayat tu menggambarkan betapa kecewanya hati ni.. Dalam hati ni hanya mampu melafazkan.. "Maaf mak, kak (panggilan family tuk Hida) tak dapat ikut jejak langkah kakak"... Masa tu kakak dalam tahun terakhir kat UUM, Sintok.. Siang malam tidur tak lena, makan tak kenyang tapi mandi still basah kalau betul2 simbah air tu ke badan.. hehee.. Tambahan pulak teman seperjuangan yang juga sekampung dapat tawaran ke UiTM, dan seorang lagi dapat Kolej Kejururawatan.. Masa tu betul2 menguji kesabaran.. Mak dan ayah lah yang sentiasa memberi sokongan dan semangat..

Setahun melepak ngan mak ayah cukup membuatkan diri ni bangga terhadap jasa dan pengorbanan mereka.. "ya Allah, tanpa mereka masihkah aku mampu bertahan dengan pelbagai ujian yang datang tatkala diri ini dalam kekecewaan".. Bukan tak dapat tingkatan enam tapi sebab terpengaruh dengan persekitaran yang menyatakan tingkatan enam SUSAH.. Kawan-kawan pujuk pun dah tak makan saman.. Tekad... "Aku TAK NAK"... Adik-adik... Jangan tiru sikap ni ya.. Alhamdulillah, tahun 2002 Hida dapat tawaran ke kolej (Kolej Poly-Tech Mara) dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat.. "Alahaaiii bidang tak minat langsung, mana reti nak guna komputer"... "Bersyukurlah Hida kerna awak masih diberi peluang"... Hati berkata-kata.. Alhamdulillah 3 tahun memberi pengalaman yang bermakna tuk diri ni.. Akhirnya penghujung tahun 2005 dapat tawaran ke UUM, Sintok tuk Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat.. Alhamdulillah.. "Teknologi Maklumat??" Kiranya dah pakar la sikit.. hehee.. Penghujung tahun 2009, semangat belajar membuak2 dengan tawaran dari UPSI tuk Sarjana Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.. 2 tahun diharungi penuh kesabaran walaupun ada yang cuba menjatuhkan semangat sebab umur dah berusia tapi ada hati nak belajar lagi.. Dengan sokongan dan dorongan mak, ayah dan keluarga penghujung 2012 Hida sambung lagi kat UPSI tuk Doktor Falsafah Pendidikan Teknologi Maklumat.. Alhamdulillah kali ni dapat tajaan dari Kementerian Pengajian Tinggi tuk 3 tahun.. **perasan tak kebanyakannya kemasukan penghujung tahun.. hehee.. sebab tu masa kat UUM geng kami digelar kemasukan musim banjir.. memang time tu banjir..

Kepada yang tak berjaya (tak berjaya ke IPT).. Adik-adik... Adakah dunia ni terhenti hanya kerna kegagalan masuk IPT?? Adakah ini bermakna kita gagal dalam hidup?? Kuatkan semangat dan banyak bersabar.. Allah nak uji kita.. Kitakan hambaNYA.. DIA berhak atas kita.. Sesungguhnya ujian dan dugaan yang kita hadapi adalah setimpal dengan keupayaan kita.. Allah yang cipta kita.. Ujian dan dugaan tu pun datang dariNYA.. DIA lebih tahu sejauhmana keupayaan kita.. Allah nak tengok sejauhmana kita hadapi masalah dan kegagalan kita.. Adakah kita kecewa sehingga memudaratkan diri?? Adakah kita tidak redha dan menolak ketentuanNYA.. Dalam keadaan beginilah cuba kita muhasabah diri dan kenal Pencipta kita.. Adik masih muda, masih belasan tahun dan masih remaja.. Perjalanan masih panjang.. Harapan mak dan ayah juga masih menggunung terhadap adik-adik.. Rezeki dan nikmat Allah ni meluas untuk hambaNYA.. insyaAllah rezeki adik-adik juga telah ditentukanNYA kerna Allah Maha Adil.. Allah Maha Mendengar, pohonlah kepadaNYA.. Sujudlah kepadaNYA..

***Pagi esok ada presentation tapi sejujurnya Hida belum sediakan slide.. Lebih tepat lagi Hida langsung xder idea.. Kosong.. Kosong.. Kosong.. huhuuu.. Kalau tak betul2 last minute macam ni la.. Bila la nak berubah... :))) ***Stress ngan game Kelantan vs Terengganu.. huhuu..

Jumaat, 17 Mei 2013

MAAFKAN AKU

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..


Sepanjang perjalanan pelbagai kisah kita lalui.. Dugaan dan halangan tak pernah putus.. Sokongan dan dorongan juga tak berbelah bagi.. Detik perjalanan ini juga kita banyak kehilangan.. Hilang saudara dan teman yang dulu pernah suka duka bersama, bertepuk tampar menceriakan kehidupan.. Kita mencari sebab dan punca tapi ternyata kita hanya nampak salah orang lain.. Tapi bila kita cuba melelapkan mata, ternyata kesilapan itu dari kita.. Tapi mengapa sukar tuk kita mengakui kesilapan itu.. Manusia memang takkan pernah mengakui silap sendiri.. 

Aku juga manusia biasa, kadang tanpa sedar ada terkasar bahasa dan terguris hati sesiapa.. Tapi mengapa perlu berdiam diri sehingga teguran, pertanyaan serta ucapanku tidak diendahkan.. Jika aku silap tegurlah aku.. Jika aku silap marahlah aku.. Jika aku silap bersuaralah.. Aku bukan ahli silap mata.. Aku bukan ada magik.. Aku bukan manusia luar biasa yang bisa mengerti jika kalian berdiam.. Aku manusia biasa.. Setiap hari aku panjatkan doa moga Allah tunjukkan silap dan salah aku pada kalian kerna aku tahu ada sesuatu yang telah terjadi antara kita.. Setiap hari airmata menitis kerna mengenangkan mengapa semua ni terjadi.. 

Ya Allah, aku tak kuat.. Aku tak mampu lagi bertahan.. Perjalanan ini membuatkan aku rebah.. 

Ya Allah hanya padaMU aku panjatkan doa selagi aku bernafas KAU berikan aku ketabahan dan kesabaran menjalani kehidupan ini.. Ya Allah, aku tahu setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Setiap ujian yang KAU berikan kerna KAU Maha Mengetahui..

Maaf atas segala kekhilafanku itu.. :'(

Rabu, 15 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..


Pejam celik pejam celik dah setahun berlalu sambut hari guru yang lepas..
Tiba-tiba teringat kenangan kali pertama di raikan sebagai guru..
Walaupun hanya seketika dapat berkenalan dan mencurahkn ilmu, kenangan itu takkan Hida lupakan sampai bila-bila..
Melihat akan riak wajah dan semangat mereka cukup menyentuh perasaan ini..
Tatkala itu juga, tiba-tiba kenangan sebagai murid dan pelajar menerjah ruang memori ini..
Betapa mulianya insan bergelar Guru... Cikgu dan Pensyarah.. Dengan erti kata lain merekalah Pendidik anak bangsa..

Hida juga pernah jadi cikgu tapi untuk 2 minggu je.. :))
Hida terpaksa buat keputusan untuk berhenti kerana dapat melanjutkan pelajaran..
2 minggu tapi kenangan tu takkan Hida lupakan sampai bila-bila..
Ayat-ayat yang tak dapat Hida lupakan bila anak-anak murid tahu Hida nak berhenti..

"Kenapa cikgu nak berhenti? Kami nakal ke?.. Kami janji akan belajar betul2.."

"Cikgu gantilah Cikgu #$%^^*& ajar matematik.. Saya suka sangat kalau cikgu ajar kami"

"Cikgu jadi guru kelas kami ya??"

"Cikgu nak sambung belajar?? Saya nak jadi macam cikgu.."

 Tiba-tiba rasa nak menangis pulak ingat kenangan ni.. Sebelum tu sempat peluk2 (murid perempuan je la) salam dan bergambar..

 Murid-murid darjah 4.. kelas ni paling femes kat sekolah ni sebab riuh rendah walaupun cikgu duk mengajar kat depan.. kalau boleh nak mengajar tu kne ikut kehendak mereka.. hehee..

 Murid-murid darjah 6.. Macam mana la result UPSR mereka hari tu.. Dalam kelas ni ada 6 orang tpi 2 orang je amik exam.. 4 lagi murid lur negara.. tapi fasih berbahasa melayu dan loghat Kelantan..

Murid-murid darjah 5.. 2 minggu ngajar kat sini, kelas ni lah banyak yang sempat Hida ngajar ikut silibus.. mereka pun banyak bagi kerjasama.. ada seorang murid tu, Hida tak boleh paksa dia buat keje, kalau paksa nanti dia mengamuk... hahaa.. macam-macam kan.. 

Di sinilah buat kali pertama Hida dipanggil Cikgu.. :))

Terima kasih Cikgu.. Guru.. Pensyarah.. atau apa jua panggilan kepada mereka yang sentiasa mencurahkan ilmu.. Andalah pendidik dan tetaplah menjadi 'pelita' untuk menerangi anak bangsa..

Sekolah Kebangsaan Kem (1990 - 1995)
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa (1996 - 2000)
Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu (2002 - 2005)
Universiti Utara Malaysia (2005 - 2009)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2009 - 2012)
 Universiti Pendidikan Sultan Idris (2012 - present)

Tak lupa juga buat Tok Guru mengaji Quran.. 

Dan juga mak dan ayah yang sentiasa mendidik saya dari kecil hingga sekarang.. :))


Lilin Seorang Guru - In-Team

Ahad, 12 Mei 2013

KASIHNYA IBU.. SETIANYA AYAH..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..


Kasihnya Ibu... Setianya Ayah..

Mereka makin tua..
Kedut di wajah mereka makin bertambah..
Uban di kepala makin memutih..
Suara dan kudrat mereka di mamah usia..
Dari hari ke hari mereka semakin lemah..
Mereka pendamkan segala duka..
Mereka pendamkan rasa rindu..
Mereka pendamkan ketidakpuasan..
Mereka biarkan rasa itu sendiri..
Mereka biarkan perasaan sendiri terguris asal tidak membuatkan kita menangis..
Mereka biarkan airmata menitis asal tidak membuatkan kita bersedih..
Tanpa kita berkata-kata..
Mereka mengerti dan memahami apa yang terbuku di hati ini..
Tanpa kita menitiskan airmata sekalipun..
Mereka mengerti akan perasaan ini..

Tetapi kita..
Tanpa kita sedar..
Mungkin ada ketika kita telah mengguriskan perasaan mereka..
Mungkin ada ketika kita membiarkan diri mereka sendirian melayan perasaan..
Mungkin ada ketika kita membisu tanpa sebarang khabar..
Mungkin ada ketika kita tidak menoleh dan menatap wajah mereka..
Mungkin ada ketika kita tidak mendengar suara mereka bercerita..
Tanpa kita sedar ada hati yang menangis..

Mereka makin tua..
Usia mereka makin bertambah..
Mereka makin lemah..
Tetapi mereka tetap tabah..

Cukuplah sekadar kita tanya dalam diri kita..
“Siapa kita dan di mana kita ketika ini??”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...