"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 28 Mei 2013

APA MAKNA KEGAGALAN??

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..













Entry kali ni sekadar nak bercerita tentang pengalaman dan pemerhatian.. Please la Hida ayat tu jangan nak skema sangat.. Tahniah Hida ucapkan kepada adik-adik yang dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.. Sekarang kan musim adik-adik dapat keputusan permohonan ke IPT.. Alhamdulillah.. Yang dapat naik tingkatan enam pun tahniah Hida ucapkan.. Sebenarnya sama saja tingkatan enam dan IPT tu.. Cuma bezanya adik-adik dikehendaki mematuhi peraturan sekolah dan setia dengan seragam sekolah.. tak boleh la nak melaram kan.. hehee..

Teringat Hida lebih kurang 12 tahun dulu.. Walaupun result SPM tak gempak macam teman-teman yang lain, Hida tetap mengharapkan tempat untuk ke IPT dengan mengisi borang permohonan.. Ye lah, dulu kalau dapat masuk Universiti tak kisah la tempatan apatah lagi luar negara satu kebanggaan.. Riuh sekampung dan tempiasnya sampai ke kampung sebelah.. Bukan nak bangga sangat tapi nama mak dan ayah yang mereka puji.. Bila result keluar tak tidur malam duk tunggu nak call tapi > > > >  "Dukacita..............." cukuplah satu ayat tu menggambarkan betapa kecewanya hati ni.. Dalam hati ni hanya mampu melafazkan.. "Maaf mak, kak (panggilan family tuk Hida) tak dapat ikut jejak langkah kakak"... Masa tu kakak dalam tahun terakhir kat UUM, Sintok.. Siang malam tidur tak lena, makan tak kenyang tapi mandi still basah kalau betul2 simbah air tu ke badan.. hehee.. Tambahan pulak teman seperjuangan yang juga sekampung dapat tawaran ke UiTM, dan seorang lagi dapat Kolej Kejururawatan.. Masa tu betul2 menguji kesabaran.. Mak dan ayah lah yang sentiasa memberi sokongan dan semangat..

Setahun melepak ngan mak ayah cukup membuatkan diri ni bangga terhadap jasa dan pengorbanan mereka.. "ya Allah, tanpa mereka masihkah aku mampu bertahan dengan pelbagai ujian yang datang tatkala diri ini dalam kekecewaan".. Bukan tak dapat tingkatan enam tapi sebab terpengaruh dengan persekitaran yang menyatakan tingkatan enam SUSAH.. Kawan-kawan pujuk pun dah tak makan saman.. Tekad... "Aku TAK NAK"... Adik-adik... Jangan tiru sikap ni ya.. Alhamdulillah, tahun 2002 Hida dapat tawaran ke kolej (Kolej Poly-Tech Mara) dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat.. "Alahaaiii bidang tak minat langsung, mana reti nak guna komputer"... "Bersyukurlah Hida kerna awak masih diberi peluang"... Hati berkata-kata.. Alhamdulillah 3 tahun memberi pengalaman yang bermakna tuk diri ni.. Akhirnya penghujung tahun 2005 dapat tawaran ke UUM, Sintok tuk Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat.. Alhamdulillah.. "Teknologi Maklumat??" Kiranya dah pakar la sikit.. hehee.. Penghujung tahun 2009, semangat belajar membuak2 dengan tawaran dari UPSI tuk Sarjana Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.. 2 tahun diharungi penuh kesabaran walaupun ada yang cuba menjatuhkan semangat sebab umur dah berusia tapi ada hati nak belajar lagi.. Dengan sokongan dan dorongan mak, ayah dan keluarga penghujung 2012 Hida sambung lagi kat UPSI tuk Doktor Falsafah Pendidikan Teknologi Maklumat.. Alhamdulillah kali ni dapat tajaan dari Kementerian Pengajian Tinggi tuk 3 tahun.. **perasan tak kebanyakannya kemasukan penghujung tahun.. hehee.. sebab tu masa kat UUM geng kami digelar kemasukan musim banjir.. memang time tu banjir..

Kepada yang tak berjaya (tak berjaya ke IPT).. Adik-adik... Adakah dunia ni terhenti hanya kerna kegagalan masuk IPT?? Adakah ini bermakna kita gagal dalam hidup?? Kuatkan semangat dan banyak bersabar.. Allah nak uji kita.. Kitakan hambaNYA.. DIA berhak atas kita.. Sesungguhnya ujian dan dugaan yang kita hadapi adalah setimpal dengan keupayaan kita.. Allah yang cipta kita.. Ujian dan dugaan tu pun datang dariNYA.. DIA lebih tahu sejauhmana keupayaan kita.. Allah nak tengok sejauhmana kita hadapi masalah dan kegagalan kita.. Adakah kita kecewa sehingga memudaratkan diri?? Adakah kita tidak redha dan menolak ketentuanNYA.. Dalam keadaan beginilah cuba kita muhasabah diri dan kenal Pencipta kita.. Adik masih muda, masih belasan tahun dan masih remaja.. Perjalanan masih panjang.. Harapan mak dan ayah juga masih menggunung terhadap adik-adik.. Rezeki dan nikmat Allah ni meluas untuk hambaNYA.. insyaAllah rezeki adik-adik juga telah ditentukanNYA kerna Allah Maha Adil.. Allah Maha Mendengar, pohonlah kepadaNYA.. Sujudlah kepadaNYA..

***Pagi esok ada presentation tapi sejujurnya Hida belum sediakan slide.. Lebih tepat lagi Hida langsung xder idea.. Kosong.. Kosong.. Kosong.. huhuuu.. Kalau tak betul2 last minute macam ni la.. Bila la nak berubah... :))) ***Stress ngan game Kelantan vs Terengganu.. huhuu..

2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

Teringat masuk uni dulu2

shameel Iskandar berkata...

Kegagalan adalah kejayaan yg tertangguh selagi mana kita cuba memperbaiki diri. Pendakian akademik Haida sgt menarik..

Saya dulu lepas SPM dptlah tawaran ke UITM(dulu ITM jer namanya) utk diploma akauntan. Tapi krn sebab tertentu saya tak pergi dan ambil tingkatan enam. Pelikkan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...