"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Rabu, 15 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..


Pejam celik pejam celik dah setahun berlalu sambut hari guru yang lepas..
Tiba-tiba teringat kenangan kali pertama di raikan sebagai guru..
Walaupun hanya seketika dapat berkenalan dan mencurahkn ilmu, kenangan itu takkan Hida lupakan sampai bila-bila..
Melihat akan riak wajah dan semangat mereka cukup menyentuh perasaan ini..
Tatkala itu juga, tiba-tiba kenangan sebagai murid dan pelajar menerjah ruang memori ini..
Betapa mulianya insan bergelar Guru... Cikgu dan Pensyarah.. Dengan erti kata lain merekalah Pendidik anak bangsa..

Hida juga pernah jadi cikgu tapi untuk 2 minggu je.. :))
Hida terpaksa buat keputusan untuk berhenti kerana dapat melanjutkan pelajaran..
2 minggu tapi kenangan tu takkan Hida lupakan sampai bila-bila..
Ayat-ayat yang tak dapat Hida lupakan bila anak-anak murid tahu Hida nak berhenti..

"Kenapa cikgu nak berhenti? Kami nakal ke?.. Kami janji akan belajar betul2.."

"Cikgu gantilah Cikgu #$%^^*& ajar matematik.. Saya suka sangat kalau cikgu ajar kami"

"Cikgu jadi guru kelas kami ya??"

"Cikgu nak sambung belajar?? Saya nak jadi macam cikgu.."

 Tiba-tiba rasa nak menangis pulak ingat kenangan ni.. Sebelum tu sempat peluk2 (murid perempuan je la) salam dan bergambar..

 Murid-murid darjah 4.. kelas ni paling femes kat sekolah ni sebab riuh rendah walaupun cikgu duk mengajar kat depan.. kalau boleh nak mengajar tu kne ikut kehendak mereka.. hehee..

 Murid-murid darjah 6.. Macam mana la result UPSR mereka hari tu.. Dalam kelas ni ada 6 orang tpi 2 orang je amik exam.. 4 lagi murid lur negara.. tapi fasih berbahasa melayu dan loghat Kelantan..

Murid-murid darjah 5.. 2 minggu ngajar kat sini, kelas ni lah banyak yang sempat Hida ngajar ikut silibus.. mereka pun banyak bagi kerjasama.. ada seorang murid tu, Hida tak boleh paksa dia buat keje, kalau paksa nanti dia mengamuk... hahaa.. macam-macam kan.. 

Di sinilah buat kali pertama Hida dipanggil Cikgu.. :))

Terima kasih Cikgu.. Guru.. Pensyarah.. atau apa jua panggilan kepada mereka yang sentiasa mencurahkan ilmu.. Andalah pendidik dan tetaplah menjadi 'pelita' untuk menerangi anak bangsa..

Sekolah Kebangsaan Kem (1990 - 1995)
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa (1996 - 2000)
Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu (2002 - 2005)
Universiti Utara Malaysia (2005 - 2009)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2009 - 2012)
 Universiti Pendidikan Sultan Idris (2012 - present)

Tak lupa juga buat Tok Guru mengaji Quran.. 

Dan juga mak dan ayah yang sentiasa mendidik saya dari kecil hingga sekarang.. :))


Lilin Seorang Guru - In-Team

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...