"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Khamis, 11 Julai 2013

RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerna diberikan kesempatan dan kesihatan untuk sama-sama merasai dan menikmati keindahan dan menunaikan ibadah padaNYA pada bulan yang mulia ini..

Walaupun ini adalah kali pertama Hida menyambut 1 Ramadhan diperantaun ianya bukan alasan untuk merintih dan bersedih.. Hida dah biasa puasa di perantauan cuma sebelum ni 1 Ramadhan ambil cuti untuk sambut bersama mak ayah.. Tahun ni tak dapat cuti awal, walaubagaimanapun Alhamdulillah Supervisor dah bagi cuti seminggu bermula 13hb - 20hb.. Tiket pun dah beli termasuklah tiket balik hari raya nanti.. Itupun dapat seat belakang2.. Bukan apa, terlupa nak beli awal sebab excited nak balik puasa.. :)

Dikesempatan ini, Hida nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada teman-teman blogger semua.. Tahniah Hida ucapkan kerna berkesempatan bertemu Ramadhan buat sekian kalinya.. Doa Hida moga kita semua diberikan kesihatan untuk sama-sama menjalani ibadah pada bulan yang penuh keberkatan ini.. Moga kita juga dapat muhasabah diri.. Hida minta maaf jika ada salah dan silap, terkasar bahasa sepanjang Hida menulis di blog "Dunia Haida Hida"..


Sama-sama kita manfaatkan kelebihan dan keberkatan bulan yang mulia ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...