"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Isnin, 26 Ogos 2013

DULU LAIN SEKARANG LAIN KOT... :)))

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, 24 Ogos 2013 genaplah usia Hida 30 tahun..

24 Ogos 1983.. 
Dia berjuang agar aku berpeluang melihat keindahan alam ciptaan Ilahi, 
Dia bertarung nyawa demi aku anugerah Yang Maha Pencipta, 
Dia berkorban membesarkan, mendidik dan memberi segala keperluan tanpa sebarang keluhan..

24 Ogos 2013.. 
Demi dia.. Mak ayah tercinta.. 
Aku takkan sesekali berputus asa kerna perjuangan takkan pernah selesai sehingga aku dipanggil ‘pulang’.. 

Terima kasih mak ayah, atas segala jasa dan pengorbanan… Alhamdulillah, 30 tahun amat bermakna.. #ThreeSeries.. :))))

Beberapa jam lepas ada terbaca satu cerita kat Facebook kisah seorang ayah dan anaknya.. Bagaimana pengorbanan seorang ayah tuk anak tercinta.. Rasa sebak jugak la sebab tiba-tiba ternampak raut wajah ayah kat kampung.. Susah payah ayah mencari rezeki tuk besarkan anak-anak..

Hida ada nak kongsikan sedikit sebanyak kisah Hida dan kakak semasa belajar kat universiti.. Setiap ibu bapa mesti gembira bila anak mereka dapat sambung belajar kat universiti kan.. Dulu abang-abang keje biasa je, nak tolong sikit-sikit boleh la.. Ayah pula pesara buruh, tukang kebun sekolah.. Pencen ada la dalam rm350 sebulan.. Walaubagaimanapun Alhamdulillah masih ada pendapatan bulanan.. Masih ada adik yang bersekolah..

Nak daftar, semuanya nak pakai duit.. Tapi demi anak dan masa depan, mak gadai gelang pemberian ayah.. Memang sedih sampai menangis depan mak.. Tapi mak cakap, "takpe, ni untuk masa depan anak mak dan masa depan keluarga kita juga.. demi kejayaan anak mak dan ayah juga.. wang ringgit boleh di cari, rezeki semuanya dari Allah"... Begitu besar pengorbanan ibu dan ayah..

Alhamdulillah, bermulalah kehidupan baru di kampus.. Semuanya berjalan lancar dengan keizinanNYA.. Masa diploma, Hida dapat pinjaman MARA, degree dapat pinjaman PTPTN.. Alhamdulillah, 1st time dapat tu banyak juga la sebab yuran sem 1 kan kita bayar sendiri.. Terus bagi mak duit tu tuk tebus balik gelang mak.. :-)

Sem 2 dan seterusnya pinjaman lambat masuk.. Kali ni mak kuarkan duit simpanan dari tabung haji.. Tuhan je tahu perasaan Hida waktu tu, kalau boleh tak nak kacau simpanan mak apatah lagi kat tabung haji.. Tapi memang dah xder cara lain, mak takkan sesekali pinjam ngan sedara mara sebab bagi mak selagi boleh ikhtiar dari diri sendiri kenapa perlu menyusahkan orang lain.. Itulah mak.. Alhamdulillah bila dah dapat duit pinjaman, Hida terus gantikan balik duit mak..

Asyik ganti balik je, macam mana belanja kat kampus?? Alhamdulillah, mak dan ayah tak pernah ajar kami adik beradik hidup mewah.. Kami pun sedar siapa kami dan mak ayah kami.. Berjimat dan sentiasa rancang perbelanjaan setiap kali dapat duit pinjaman.. Masa diploma, Hida beli desktop.. Tu pun dari duit pinjaman.. Kumpul 2 3 sem baru dapat beli.. Masuk degree pulak, Hida masih guna desktop tuk 2 3 semester.. Dari Kelantan ke Kedah.. Setiap cuti sem kena simpan kat stor yang di khaskan tuk simpan barang.. Tawakal je lah nak balik bercuti tu.. Nak angkut balik kampung memang tak la kan.. Faham-faham la.. Hehee.. Kalau tak silap semester 3 atau 4 baru duit yang di kumpul cukup tuk beli laptop.. Kebetulan kakak kerja kat syarikat jual komputer, dapat la diskaun.. Alhamdulillah laptop tu berjasa dari degree, master sehingga sekarang masih berfungsi.. Walau bagaimanapun, hayatnya semakin merosot..

Awal 2013 Hida terpaksa ganti baru sebab banyak tugasan perlu dibuat secepat mungkin.. Alhamdulillah untuk pengajian PhD ni Hida dapat tajaan.. Dapat juga bagi mak ayah duit bulanan..Walaupun tak banyak boleh la kan, sebab masih belajar.. Dan Alhamdulillah dah boleh bayar hutang pengajian jugak.. :)))

Ya, nak berjaya perlukan pengorbanan.. Tetapi kita kena tengok dan ukur bagaimana hidup kita, keluarga kita.. Hida pun kekadang rasa terkilan bila tengok layanan abang2 dan kakak2 Hida terhadap anak-anak mereka.. Terkilan kenapa?? Ya lah, mereka tak terapkan apa yang mak dan ayah ajar sewaktu mereka kecil dulu kepada anak-anak.. Sekarang mudah je anak minta apa bagi.. Baru dapat tawaran ke Universiti, dah kalut cari laptop, telefon dan sebagainya.. Hida dulu, nak pakai telefon bimbit beli guna duit sendiri.. Mungkin dulu lain sekarang lain kan..

Kepada adik-adik, belajarlah hidup susah sikit, berdikari.. Belajar berjimat cermat.. Asuh diri, bukan senang nak senang, perlukan pengorbanan dan usaha serta kesabaran.. Sentiasa kenang jasa mak dan ayah tercinta.. Cuba tatap wajah mereka, renung kedalam mata mereka.. Ada sinar pengharapan moga kita menjadi anak -anak yang berjaya dunia dan akhirat.. Seribu pengharapan terhadap kita semoga kita memahami susah senang mereka, melahirkan, membesar, dan mendidik kita.. Jika kita perlukan apa-apa, berbincang dengan baik.. Jangan hanya tahu NAK, cuba letak diri kita di tempat mereka..

Sekadar berkongsi kisah hidup sendiri tuk renungan bersama.. Terima kasih mak dan ayah atas segalanya.. :))))

Rabu, 21 Ogos 2013

SALAM LEBARAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah dah 14 Syawal.. Pejam celik, pejam celik Syawal pun dah pertengahan.. Hangatnya bulan Ramadan masih terasa.. Hida pula baru berkesempatan update entry setelah lama menyepi.. Sebulan puasa tak sempat nak menjenguk blog.. Awal Syawal pun sama.. Alhamdulillah diberi kesempatan hari ini untuk mengucapkan selamat hari raya.. Lagipun rayakan sebulan.. :)))


Dikesempatan ini, Hida nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, terguris hati dan perasaan.. Hida juga manusia biasa ada kelemahan yang kekadang tanpa sedar mungkin dari penulisan telah mengguris perasaan teman-teman.. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...