"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Ahad, 8 Disember 2013

JUJUR PUN SALAH??

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Entry ni cuma nak bertanya apa yang kita nak dalam sesebuah perhubungan?? Hida selalu di ajar dan di ingatkan supaya sentiasa jujur terutama apabila nak memulakan perkenalan.. Tapi bila Hida jujur, orang macam tak suka.. Contoh??

Si A: "Awak keje kat mana?"

Hida: "Masih belajar"

Si A: "Umur 30 masih belajar? Master ke?"

Hida: "Taklah, saya sambung PhD. Alhamdulillah rezeki dan peluang sambung belajar"

Si A: "Oooo.. Sebab tu tak kawen2 lagi. Tinggi sangat belajarnya, tambah2 keje technician macam saya ni tak mampu la kan. Entah2 nak berkawan pun tak layak"

Hida: "Saya berkawan ngan semua orang. Tapi hal jodoh bukan ketentuan saya. Jawatan, pangkat atau darjat bukan ukuran. Jodoh pertemuan DIA yang tentukan"

Si A: "Rasanya tak perlu kot awak bagitau awak amik PhD sebab orang yang baru nak berkawan tu akan berkecik hati"

Hida: "Macam yang saya cakap, rezeki saya sambung belajar. Orang lain mungkin dapat keje awal, kawen awal dan dapat bina keluarga awal. Rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut semua ketentuanNYA. Sape saya nak menidakkan semua tu. Soal berkecik hati pun bukan niat saya. Bila orang tanya saya jawab. Dan jawapan saya adalah yang benar. Terpulang pada awak nak fikir apa. Dan minta maaf kalau kejujuran saya buat awak berkecik hati"

Terus Si A tadi senyap, block dan remove Hida.. So, apa nak kata kan. Hak berkawan, hak memutuskan silaturrahim hak masing2 tapi fikir2kanlah sebab dan alasan yang terbaik. Mungkin diri ni yang silap kot. Hida selalu pegang kata2 dan ingatkan diri sendiri bahawa:

 
Sumber Gambar: Search from Uncle Google.. Thanks.. :))
 


1 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

macam-macam jenis orang ada kan, sabar aja le

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...