"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Selasa, 10 Disember 2013

MUSIM TENGKUJUH

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Bagaimana cuaca dan keadaan tempat kawan2 semua? Sekarang cuaca tak menentukan.. Tanjung Malim ni pun kadang hujan kadang panas.. Hida sebak juga bila kenangkan saudara2 kita yang terlibat dengan banjir bebeapa minggu ni.. Hari2 tengok berita dan ikuti perkembangan terkini berkaitan banjir ni.. Hanya mampu mendoakan dari kejauhan moga semuanya selamat..

Biasa la hujung2 tahun ni kan, musim tengkujuh.. Hida asal Kelantan.. Memang tiap2 tahun kampung dilanda banjir, cuma besar atau kecik je la.. Kebetulan belakang rumah Hida sungai.. So, menjelang bulan 11-1 tu memang dah ada preparation.. Kena berjaga2 la sikit dari kebiasaan.. Seingat Hida last banjir besar tahun 2004.. Bahagian dapur memang setiap kali banjir tenggelam sebab rendah sikit.. Tahun 2004 tu bahagian atas pun tenggelam.. Tapi kami tak berpindah, duk je kat rumah.. Makan, minum, masak semuanya kaki dalam air.. Hehee..

Hida dan keluarga ada pengalaman duduk tempat pemindahan.. Kalau tak silap 19 tahun lepas.. Masa tu umur 11 tahun, sekolah rendah lagi.. Tempat pemindahan kat sekolah.. 3 - 4 keluarga ditempatkan dalam satu kelas.. Memang macam sardin la, dah la hari2 makan sardin.. Hehee.. Alhamdulillah syukur masih ada makanan dan tempat perlindungan.. Mak cakap dulu sebelum Hida dan adik2 lahir memang selalu berpindah..

Kat Tanjung Malim ni pun, hari2 Hida kol mak tanya perkembangan sebab daerah kampung Hida sekarang ni hujan tak berhenti.. Air sungai pun besar dan deras.. Mak cakap air sungai dah paras tebing dan mula nak limpah.. Tu yang risau, sebab selalunya hujung2 tahun Hida ada kat kampung tuk tolong mak ayah apa yang patut.. Peti ais, mesin basuh, periuk belanga, dapur gas dll kena cepat2 angkat ke atas bila air sungai mula limpah.. Air sungai kalau dah pasang memang laju je nak tenggelam bahagian dapur tu.. Pernah satu tahun tu, pengalaman kami adik beradik berkejaran kat dapur kutip periuk belanga yang terapung.. Sekarang semua duk jauh.. Musim macam ni memang mak ayah tak putus2 kena angkat fon sebab abang2 dan kakak2 akan kol setiap hari.. :))


Sepanjang hidup dan merasa banjir ni, setiap kali banjir melanda hujan akan berhenti.. Banjir pun paling lama 5 hari.. Hari terakhir tu masing2 akan pegang penyapu dan ditugaskan di tempat2 tertentu kawasan rumah.. Antaranya bahagian dapur dan beranda parking.. Air dah mula surut, so kena sentiasa tolak air tu untuk pastikan lumpur dibawa bersama air tadi.. Nanti tak ada la susah nak basuh simen2 yang berlumuran dengan lumpur.. Bila dah betul2 air surut, kami akan bilas dengan air paip.. :))

Setiap kali banjir sentiasa ingat pesan mak..

"Kita ni jangan merungut bila banjir.. Banjir itu, banjir ini.. Banyak sangat rungutan kita.. Kita dah lama sangat 'menyewa' atas bumi ni.. Bumi ni ciptaan Yang Maha Kuasa.. Tiba masanya Pemilik bumi nak cuci bumi dari segala kekotoran.. DIA nak kita sentiasa muhasabah diri siapa kita dan sentiasa ingat tujuan hidup dan ke mana kita selepas ini.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya"

Hida setuju juga ada yang bagi cadangan supaya kita belajar dari negara2 luar berkenaan isu penempatan untuk mangsa2 pemindahan.. Tak salahkan kita ambil benda yang baik.. Lagipun banjir ni bukan sekali sekala, memang tiap2 tahun.. Dari segi makanan Alhamdulillah, kalau dulu sardin sekarang ayam, daging, sayur2 dah pelbagai.. Kita buat sedikit kajian apa yang boleh ditambahbaik untuk kebaikkan semua pihak sebab perkara ni bukan perkara baru.. :))

Semoga kita semua tabah hadapi ujian dan dugaan dariNYA.. DIA Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.. Banyak2 berdoa supaya kita semua selamat dunia dan akhirat.. Ameen..

1 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

Syukurlah tahun ni banjir tak teruk kt Kelantan. Tapi msih risau sebab musim tengkujuh belum berakhir lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...