"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Ahad, 1 Disember 2013

PERSEDIAAN KENDURI KAHWIN - BUNGA TELUR

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Dah agak lama tak melawat blog ni, apatah lagi nak post entry. Sibuk?? Boleh la. Sibuk dengan penulisan thesis. Ni pun baru selesai pembentangan kat kolokium sempena Seminar Kebangsaan ICT dalam Pendidikan. Jadi ada la masa luang sikit walaupun kerja-kerja penyelidikan terus berjalan. Hari ni pun dah 1 Disember 2013. Rasa kejap je masa berlalu. Sebulan je lagi kita akan masuk tahun baru 2014. Makin terasa tekanan tu.

Sambil Hida siapkan penulisan thesis, Hida juga sibukkan diri jadi 'wedding planner' untuk adik. Sebenarnya kerja-kerja kawen ni dah biasa buat masa abang-abang kawen dulu cuma untuk kali ni lebih kurang macam sepenuhnya mak ayah dan family serahkan kat Hida. Hehehee. Serius seronok sangat. Dalam bilik kat rumah sewa ni pun dah macam taman bunga. Buat masa sekarang Hida baru siapkan 200 bunga telur. Biasa-biasa je, simple tapi murah. Nak buat ni pun banyak jugak la survey tempat dan harga supaya tak lari dari bajet. Housemate Hida banyak bantu tuk siapkan semua ni.

Mula-mula belajar buat bunga tisu. Tapi disebabkan kekangan masa, Hida terpaksa lupakan niat nak buat lain dari yang lain (bunga tisu kan lain sikit dari bunga telur biasa tu.. xde la lain sgt pun sbb dah ramai yang buat). Walau apa pun ada la juga kemahiran tu kan.. :)
 
 Ada la dalam 2 3 hari survey kat kedai bunga, akhirnya jumpa kedai yang agak murah harga barang-barang jualannya. Kat pekan Tanjung Malim je. Ini adalah bahan-bahan mentahnya.. Hehehe.. 200 kuntum bunga = RM80 + kain net dan tape hijau serta dawai = RM96.
 
 Inilah 200 kuntum yang dah siap di letakkan kain net dan tape hijau.. Ruang bilik pun menjadi sempit..
 
Ini pula contoh bila dah letak coklat. Namanya je bunga telur tapi kami plan nak letak coklat atau jelly. Cantik tak?? Hehee..
 
 
In Sha Allah kenduri belah perempuan di Wangsa Maju 1hb Februari 2014, belah kami pulak 8hb Februari 2014. Dan sekali lagi mak bagi sepenuhnya kepercayaan kepada Hida untuk kreatifkan diri menghias bilik pengantin kat rumah kami nanti. Double seronok la ni.. Hehee.. Sekarang ada la survey dan google hiasan bilik pengantin. Tema rumah kami color merah. Color ni pun Hida yang tentukan. Tanya orang tu tak tahu, tanya orang ni tak pasti.. Last Hida bagi je keputusan ikut feveret color 2013 Hida.. So, semua setuju MERAH.. Memang garang jugak la.. Tapi plan Hida untuk hiasan dalam bilik nanti color utama adalah KRIM + PUTIH + MERAH.. Apa jadi?? Nanti dah jadi Hida share okay.. :)
 
Sekarang kan musim cuti sekolah, dah semestinya banyak kenduri kawen kan.. Apa pun tahniah dan selamat pengantin baru Hida ucapkan kepada semua. Moga berbahgia selalu dan berkekalan hingga jannah.. In Sha Allah..
 

5 ulasan:

penaberkala berkata...

fuyoh, kreatif lah
untung la adik ada akak camni
jadi akak sy jugak la camtuh,hehe

Sharinginfoz berkata...

wow jadi wedding planner ya

shameel Iskandar berkata...

Kreatif Haida ni pandai buat bunga telur. Baguslah tak perlu susahkan org luar atau sanak saudara.

akuanakpahang berkata...

Hebat mmg cantik dan menarik boleh ambil upah buat part time buat kerja macam nie :)

HiDa berkata...

@penaberkala: hehee.. mgkin sbb dah lama tak buat knduri besar kot.. terlebih excited..

@Sharinginfoz: wedding planner kecik2 je.. :)

@shameel Iskandar: Alhamdulillah.. :)

@akuanakpahang: insyaAllah, mgkin ni permulaan belajar berbisness.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...