"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Jumaat, 31 Oktober 2014

LAWATAN KE SELATAN THAILAND

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Rindunya dengan blog ni. Last update 8 Julai. Lebih kurang 4 bulan lepas. Kekangan keje membuatkan Hida tangguhkan dulu update blog. Sebenarnya banyak yang nak diceritakan sepanjang Julai hingga Oktober, tapi Hida ambil yang latest je la kan.. :-)

Alhamdulillah, Hida baru balik dari Pattani, Thailand. Dapat arahan daripada Presiden dan Setiausaha Persatuan Alumni Suluh Budiman join Seminar Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu ASEAN II sebagai urusetia. Seminar ni anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Fatoni serta Kementerian Pendidikan Thailand pada 25-26 Oktober 2014. Bas bertolak dari Tanjung Malim 9:30 pagi pada 24 Oktober 2014 sampai Pattani jam 9:30 malam (waktu Malaysia, 8:30 waktu Thailand). Kami menginap di Hotel C.S. Pattani. Kami singgah di Changloon kejap sebab Dato' VC (Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa) dan Ketua Pengarah DBP (Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan) nak join naik bas sama-sama. Terharu gitu.. Hehee..


Majlis perasmian dalam Dewan Namproa


Panel forum melibatkan 5 buah negera iaitu, Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Korea

Melepasi sempadan di Bukit Kayu Hitam semuanya lancar (guna sistem, just scan je) hinggalah sempadan Thailand ambil sedikit masa kerana mereka masih menggunakan kaedah manual. Masa beratur tu, rasa teruja jap sebab duk di belakang Dato' VC dan Ketua Pengarah DBP. Mereka sporting dan very humble. Bukan senang nak duk dekat ngan orang berpengaruh ni..


Beratur untuk pemeriksaan imigresen bagi melepasi sempadan Malaysia

Bas UPSI hanya hantar kami kat sempadan Bukit Kayu Hitam, 4 buah van dari Universiti Fatoni pula ambil tugas. Dari sempadan 2 jam perjalanan ke Hotel. Kami di sambut oleh staf dan pelajar Universiti Fatoni. Ramah, lembut dan sopan santun. Hampir 15 jam perjalanan, perut pun perlu di isi, sebelum bilik di agihkan, kami dijemput makan malam. Memang terbaik la makanan mereka, tomyam putih, kerabu mangga, siakap 3 rasa, dll...


Pemandangan kawasan Hotel C.S dari bilik 211

Esoknya (25 Oktober 2014), selepas sarapan pendaftaran di buka untuk pembentang dan peserta. Hida dan 3 lagi yang pergi atas tiket urusetia terus masuk dewan perasmian, Semua tugas dilakukan oleh pelajar dan staff Universiti Fatoni. Hehee.. Bukan kami taknak jalankan tanggungjawab tapi itu permintaan mereka. So, sepanjang seminar Hida jadi peserta sepenuhnya. Masuk bilik2 pembentangan je. Sebelah petang, orang bentang Hida ngan staff Alumni ni siap pergi jalan2 sekitar Hotel tu lagi.. Takde apa pun sebab hari sabtu kedai banyak tutup. Kat sini tak susah nak cari kedai makan halal sebab 85% adalah melayu dan islam. Bahasa pertuturan pun bahasa melayu.  Masuk pasaraya Big C dah macam pasaraya kat Kelantan. Tapi security memang ketat, nak masuk kne scan badan. Kereta nak masuk parking pun kne scan dan check bonet. Demi keselamatan kan..

Ahad malam (26 Oktober 2014) kami di bawa melawat Universiti Fatoni. Memang teruja sangat tengok kawasan universiti. Tiada kata-kata kne tengok sendiri.. :-)


Pintu masuk utama Universiti Fatoni


Taklimat berkenaan Universiti Fatoni

Tepat jam 9 pagi waktu Thailand (27 Oktber 2014) kami berangkat untuk pulang. Sebelum pulang kami singgah beberapa kawasan seperti masjid tertua di Songkhla. Kami disambut dengan begitu meriah oleh penduduk kampung. Mereka semua bangsa melayu tapi tak berapa fasih berbasaha melayu. Kami pula tak reti bahasa Thai, so masing2 senyum2 je la.. :-)


Masjid berusia 100 tahun di Songkla


Bergambar bersama penduduk di sekitar masjid.. (Maaf jika maklumat tak tepat tntg kawasan)

Selepas itu, singgah di Makam Sultan Sulaiman Shah.. Kami teruskan perjalanan ke Sekolah Pondok di Hatyai iaitu Hatyai Wittayakarn School. Di sini, kami diberikan sedikit taklimat berkenaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Seterusnya ke Central Mosque of Songkhla, Persinggahan kami hanya sekejap sebab nak kejar masa tuk sampai ke sempadan. Bas UPSI menanti jam 6 petang (waktu Malaysia). Di sebabkan itu juga plan nak shopping di Hatyai terpaksa dibatalkan. Alhamdulillah kami diberi kesempatan shopping di sempadan Thailang-Malaysia. :-)


Dapat bergambar depan signboard je


Gambar berlatar belakangkan Central Mosque of Songkhla.. Persekitaran masjid ni ada iras2 Taj Mahal.. Kalau nak kepastian try la google.. :-)


Bertemu mata dengan pentadbiran masjid


Taklimat tentang Hatyai Wittayakarn School
Lagi gambar update dari admin Facebook Hatyaiwittayakarn School


Dalam perjalanan pulang dapat whatsApp dari anak sedara dengan caption: "Mok cik femes dapat masuk TV3".. Tak tahu plak ada liputan dari TV3 Thailand.. (femes la sangat.. hahaaa)


Pattani.. 
Di sini aku belajar banyak perkara, banyak pengajaran yang aku perolehi. Mereka praktikkan nilai serta syariat agama dengan setulusnya. Niat mereka benar-benar ikhlas menuntut ilmu demi agama dan bangsa. Aku benar-benar rasa kerdil. Di sudut kecil hatiku bertanya, "bagaimana imanku? bagaimana akhlakku? apakah niatku?".. Universiti Fatoni dan masyarakat Pattani menimbulkan pelbagai persoalan dalam diriku. Siapa aku dan apa tujuan hidupku??   
(Haida Hida, Pattani - 24-27 Oktober 2014)


Alang-alang buku merah dah 'lahir' ni boleh la plan percutian  jauh2 sikit.. Hehee..

Selasa, 8 Julai 2014

CAHAYA RAMADAN @ PWTC

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah hari ni dah 10 Ramadhan 1435. Dikesempatan ni Hida nak ucapakan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Hari ni baru berkesempatan melawat blog sendiri. Nak kata sibuk tak sangat tapi sebab dalam sebulan sebelum ni ada beberapa masalah. Alhamdulillah sekarang semuanya baik-baik.

Minggu pertama puasa Hida ada kat kampung. Kiranya ni baru beberapa hari berpuasa kat Tanjung Malim. Macam-macam rasa lah bila berjauhan ngan keluarga tambahan pulak bulan puasa ni kan. Hehee.. Tapi kena kuatkan semangat jugak sebab ada tugas dan tanggungjawab kat sini.

9 Ramadhan Hida dan ahli jawatankuasa Persatuan Alumni Suluh Budiman UPSI hadir mesyuarat dan majlis berbuka puasa di Restoran Riverside PWTC. Hida cuma nak berkongsi beberapa gambar sepanjang majlis. Terima kasih kepada Dato' Presiden yang sudi belanja kami semua. Moga murah rezeki Dato' sekeluarga. :-)




Dekat-dekat nak berbuka ni kakitangan restoran memang agak sibuk



Mesyuarat Jawatankuasa
Memandangkan tidak ada tempat yang sesuai, Dato' Presiden wat keputusan meeting dalam dewan makan je. Terharu juga bila pihak restoran sanggup tutup seketika music untuk keselesaan kami bermesyuarat. Alhamdulillah... Terima kasih banyak-banyak..



Pelbagai Juadah
Rambang mata nak pilih yang mana. Semua nampak sedap tapi kena berhati-hati takut nanti membazir pula.


Meriah meja makan kami. Semua pakat amik lauk pauk je


Ni Hida Punya 
Sesenduk nasi dan beberapa jenis lauk pauk dan kuih muih. Percaya atau tidak dalam banyak2 menu yang dihidangkan dari bermulanya waktu berbuka hingga jam 8:30 malam, hanya ini yang Hida makan. Tidak ada sebarang penambahan. Alhamdulillah maknanya tak ada la yang tertinggal atas meja tu. Ikut kemampuan diri dan perut sendiri.. :-)

Apa yang menarik kat sini semua kemudahan disediakan terutama surau. Alhamdulillah kat sini juga boleh solat sunat terawikh berjemaah.. Dan yang lebih menarik ini adalah kali pertama Hida sampai kat PWTC. Hehee.. Turun bus tu terus terkeluar ayat 'Ooooo kat sini la tilawah al-quran dan perhimpunan UMNO setiap tahun tu ya'... :-)

ALHAMDULILLAH...

Selasa, 17 Jun 2014

SAYANG MAK DAN AYAH

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

"Kegembiraan bukan terletak pada harta benda dan pangkat jawatan. Cukup sekadar mendengar suara ibu dan ayah ceria" -HaiDa HiDa (16 June 2014)

Hari ni adik beradik Hida kat Kelantan buat kejutan tuk mak dan ayah. Semua pakat berkumpul bawa makanan, kek serta hadiah. Terkejut mak dan ayah balik dari surau lepas solat Isyak tengok ruang tamu, dapur penuh dengan anak cucu. Tu baru lima beradik (5 lagi duk perantauan).

Mereka berkumpul sempena menceriakan hati mak dan ayah. Semalam hari bapa (ya, saya tahu hari2 hari bapa). Kebetulan hari ni 16/6 adalah hari ulangtahun kelahiran bonda tercinta. Maka genaplah usia bonda 65 tahun. Alhamdulillah. Sebak dan terharu tengok sambutan mereka semua (tengok update dalam whatsapp je). Tak sabar nak balik..

Selamat hari ulangtahun kelahiran mak. Selamat hari-hari hari bapa hari ibu tuk mak ayah tercinta. Hida sentiasa doakan moga mak ayah panjang umur, diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan, berbahgia selalu, diberkati Ilahi dunia dan akhirat. Kami anak2 sentiasa rindu, sayang, kasih pada mak dan ayah. SELAMANYA.. 



Jumaat, 13 Jun 2014

KURMA TIMUR TENGAH KE PANTAI TIMUR??

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Meriah gak hari ni kat facebook ngan buah kurma. Ramai yang share cerita pokok kurma berbuah kat Pantai Timur, atau lebih spesifik Kota Bharu, Kelantan. Kat bandar tu je. Duk jauh2 ni tetiba rasa nak balik tengok. Hehee.. Tengok pada gambar tu ada iras2 kat area timur tengah gak la. :-)

Jom layan gambar2 kat bawah. Gambar ni semua Hida copy daripada kawan2 facebook.. Oh negeriku.. :-)






Hujung bulan 6 ni nak balik kampung sempat lagi tak nak selfie ngan pokok kurma yang berbuah ranum ni?? Hehehee..

Khamis, 12 Jun 2014

NASI LEMAK 'I AM MASTERCHEF'

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Nasi lemak 'I AM MASTERCHEF'?? Layan video kat bawah dulu..


Hehee.. Bangga jugak bila nasi favourite dan masakan famous negara kita di angkat sehingga menjadi JUARA ANTARABANGSA.. Tahniah Mrs. Catherine Chin Wan Ping Coombes. 

Hari ni mood masak memasak kembali lagi. Malam tadi tiba2 geng rumah nak makan nasi lemak, tapi memalam kat sini susah sikit nak cari nasi lemak. So, kami keluar cari bahan2 tuk masak nasi lemak. Bukan la terus masak sebab tak tahan kelaparan kami singgah KFC. Hehee. Pagi ni lepas subuh bermulalah sesi memasak. Kena masak awal sebab yang mengidam tu nak drive jauh plak. So, sempat la dia makan sarapan sebelum keluar.


Sambal tumis ikan bilis (+ petai), timun, telur, kacang goreng, papadom, dan semestinya kne ada nasi.. Hehee..


Dan inilah hasilnya bila di campur dan letak dalam satu pinggan.. Sambalnya, so pedassssss.. Kalau peminat pedas yang masak memang sah2 la masakan tu akan pedass.. :-)

Sorang lagi geng rumah teringin nak makan kuih topi. Hida pun tak pasti nama sebenar kuih ni. Tapi bila tanya Encik Google banyak jugak namanya.

Kuih Cucur Topi
Kuih Cucur Jawa
Mexican Hat

Sebelum ni nak makan beli je, tak sangka plak nak buatnya senang. Hehee. Walaupun tak secantik yang jual kat kedai, tapi rasanya tu dah hampir sama kot. Janji yang request puas hati.


Hida dapatkan resepi kuih topi dari blog DARI DUNIA DAPURKU. Sorry hasilnya tak sama.. Hehee..

Selamat memasak!!! :-)

Khamis, 5 Jun 2014

SAMBAL BELACAN KUINI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah rezeki hari ni. Jiran sebelah rumah bagi buah kuini. Balik kampung minggu lepas, pokok kuini yang mak ayah tanam pun Alhamdulillah berbuah, banyak jugak. Tapi tak dapat bawa sebab naik bas, nanti tak pasal2 satu bas dapat perfume kuini.. Hehee..


Buah kuini yang jiran bagi ni dah agak masak. Kebetulan geng rumah sorang balik kampung dan sorang lagi memang tak makan buah kuini. Nak simpan nanti rosak plak. Fikir2 dan geledah peti ais, buat sambal je lah.

Bahan-bahan sambal kuini ala HiDa :-)

Cili api (kering je kan.. Biasa la stok lama)
Bawang merah separuh
Bawang putih 2 ulas
Asam limau nipis (boleh juga guna asam kasturi)

Lada kering (rendam dulu ngan air panas)

Belacan (terpulang nak banyak mana)


Dan semestinyalah bahan utama buah kuini. Nak potong macam mana terpulang sebab nanti semuanya akan di tumbuk. Jangan lupa gula dan garam. Kalau buah kuini dah manis rasanya tak perlu gula kot, yang ni kurang manis. Semua bahan-bahan di atas ditumbuk.. Lumat macam mana terpulang pada diri sendiri. 

Tengah2 menumbuk tu, badan terasa gatal. Biasa la bila ada penyakit allergic ni. Tak tahu sebab belacan atau kuini sebab mak cakap kuini pun gatal juga terutama untuk orang yang ada penyakit resdung.. Huhuu.. Nak makan punya pasal, gatal pun takpe la nanti lepas makan cari ubat.. Hehee..

Akhirnya terhasillah sambal belacan kuini...


Makan dengan nasi panas-panas tambah pula ngan ikan (apa2 ikan la), telur pun boleh jugak.

Sekarang musim kuini kot, ramai yang share buah dan sambal kuini ni.. :-)

Isnin, 2 Jun 2014

ADAB BERJIRAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Hidup berjiran ni pun kena belajar jugak. Hormat antara satu sama lain. Memang tak ada dalam silibus pembelajaran (masa sekolah dulu maybe ada, adab berjiran) tapi semua tu normal dan pelajarannya secara tidak langsung. Kalau tak ada sikap hormat menghormati rasanya baik duk dalam hutan. Oppsss maaf, penghuni dalam hutan pun reti hormat antara satu sama lain.



Sebenarnya hal ni dah hampir beberapa bulan, tapi kami seisi rumah ni masih boleh bertahan. Tapi malam tadi memang dah agak melampau sikap jiran kami. Jam 10 dah mula bising. Ok, kami masih boleh sabar sebab kiranya jam 10 tu masih awal la kan. Nak marah pun nanti kata tak remaja dan sporting (remaja la sangat).. Jam 12 tengah malam suasana makin menjadi-jadi. Suara lelaki dan perempuan bersilih ganti berteriak menyanyi dan petikan gitar. Hida sewa sekitar taman perumahan bukan sahaja didiami oleh pelajar tapi pelbagai peringkat umur dan ada yang berkeluarga. Geng rumah Hida dah tak mampu nak sabar tapi dia bagi masa sehingga jam 1 pagi. Kebetulan semalam kami penat sangat dengan keadaan semua sakit perut sebab siang hari tu makan nasi mentah kat kenduri kendara. Tambahan ngan kebisingan tu sakit kepala pun ada juga.

Jiran kami semua perempuan dalam 7 ke 8 orang satu rumah, semuanya pelajar. Ya, bakal guru. Mula-mula, Hida ngan geng rumah ingat mereka tengah rehearsal sebab sekarang ada course yang sibuk dengan grand dinner, maybe la ada persembahan kan. Tapi lain macam je budak-budak ni memekak pepagi buta. Tepat jam 1.30 pagi, member pakai sesopannya, buka pintu dengan penuh sopan juga tegur mereka semua (dalam anggaran 15 orang, lelaki dan perempuan) yang duk ber picnic depan rumah.

"Dik, boleh perlahan sikit tak? Lagipun sekarang ni dah jam 1.30 pagi. Respect la sikit jiran tetangga ni. Kita kan duk berjiran. Lagipun kesian kat rumah sekitar ni yang ada anak2 kecil dan pakcik makcik"

Yang lelaki ok la pandang gak muka member ni, tapi yang perempuan buat donno (ada ke dalam kamus word ni?.. hehee) je. Sepatah pun mereka semua tak cakap. Member masuk je rumah, mereka start memekak balik. Member hilang sabar tapi bagi peluang dalam setengah jam lagi kalau tak diam or bersurai kami tekad nak kol polis. Nasib baik 15 minit lepas tu bunyi bye-bye daripada geng lelaki nak balik. Geng lelaki ni duk depan rumah kami je, kiranya semua jiran la. Baru la kami dapat tidur. Lena?? Memang tak la ngan keadaan sakit perut dan sakit kepala.. Huhuu.. Sabar je la..



Seawal pagi Hida dan geng rumah keluar sebab nak cari sarapan dan ada urusan kat ATM. Kami semua terkejut dan amat terkejut sangat-sangat terlihat botol2 arak sekitar tong sampah depan rumah jiran. Bukan nak busy body sebab tong sampah tu sebelah kereta Hida. So, memang akan ternampak la benda tu semua. Ok, maaf tak bagitahu awal2, jiran Hida non-muslim. Kiranya hal 'minum' ni kali pertama pada pandangan kami. Think positive?? Sebab kami tak nampak mereka minum?? Persolaannya siapa yang letak botol2 tu semua?? Ok, fine tak payah fikir semua tu. Topik utama sebab bising tengah2 malam yang kami tak boleh terima. Tapi kes 'minum' ni pun kalau report memang kena tatatertib kot (maaf tak sure). Ini ke sikap 'bakal2 cikgu' (termasuk geng lelaki)??. Tak ada rasa hormat dan tak ada rasa perikemanusiaan.  Kalau macam ni, jangan salahkan pelajar kalau mereka bersikap buruk dan tak hormat cikgu.

Bagi Hida tak ada alasan untuk kita tidak menghormati antara satu sama lain walaupun kita berlainan agama, bangsa atau negara. Setiap agama memberi penekanan kepada sikap hormat ni kan apatah lagi kita dibawah satu bumbung IPTA yang melahirkan bakal2 pendidik.



Harap-harap lepas ni tak ada la kes macam ni lagi. Kesian jiran tetangga. Kebetulan minggu depan Pakcik sebelah rumah akan keluar wad (baru lepas operate patah peha), lagi la nak banyak rehat. Apa yang penting KERJASAMA. Sikap kita terhadap tetanggga. Duk jauh dari family ni, tetangga la yang akan bantu susah senang kita terutama kecemasan. TAK RUGI KITA BAIK DAN HORMAT TETANGGA.

Sekian, luahanku.. :-)

Ahad, 1 Jun 2014

C.I.N.T.A

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

2 3 menjak ni pelbagai kejadian melibatkan remaja terutama yang masih di bangku sekolah dan melayu ISLAM. Semuanya akibat panahan C.I.N.T.A.. Belajar tak habis lagi dik, dah pandai bercinta. Perjalanan masih jauh. Fokus pada pelajaran dulu. Target nak berjaya dalam pelajaran. Nak banggakan mak ayah. Nak bantu mak ayah. Nak balas jasa dan pengorbanan mak ayah.

Semuanya kerna NIAT. Betulkan niat adik-adik. Sentiasa ingat dan yakin padaNYA. Rezeki ALLAH itu luas dan janji ALLAH juga pasti. Usia muda remaja ni gunalah sebaiknya untuk memajukan diri dan keluarga. Cinta tak salah, tak ada siapa pun yang salahkan cinta. Tapi biarlah cinta tu pada yang berhak. Jangan murahkan harga diri hingga hilang pertimbangan dan maruah diri melayang. Ingatlah kita ada tugas dan tanggungjawab atas muka bumi ni. Tatap wajah kedua orang tua kita, renung ke dalam mata mereka dengan seikhlasnya. Besar dan tinggi harapan mereka terhadap kita.


















"Belajar tinggi-tinggi pun masih solo.." - Pedihnya ayat.. Menusuk ke kalbuku.. Hehee.. Adik-adik yang muda remaja, jodoh itu rahsia ALLAH. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan jadikan alasan sebab belajar jodoh tak sampai. DIA Maha Mengetahui. Ingat pepatah 'Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China' kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib terutama orang muslim. Yang tak belajar tinggi pun dik ramai je masih solo. Kenapa ya?? Alasan apa lagi nak cari?? Utamakan keluarga, merekalah yang sentiasa bersama kita saat suka dan duka. Bina sempadan, bina tembok untuk pertahankan maruah kita. Syaitan merayu dan meminta pada ALLAH untuk menyesatkan manusia, tapi ALLAH memberikan kita akal yang waras dan fikiran yang matang. Kita ada agama sebagai petunjuk. Fikirlah sebelum bertindak. Fikirlah masa depan. Jangan hanya fikirkan keseronokan yang sementara dan tiada hala tuju.

















"Jodoh itu rahsia ALLAH, mungkin juga jodoh yang ditetapkan olehNYA itu telah kembali ke sisiNYA. InsyaAllah dengan izinNYA bertemu di sana"


Rabu, 21 Mei 2014

PELANTIKAN SEBAGAI AMANAH

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Akhirnya secara rasmi di lantik sebagai Penolong Setiausaha I Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).



Harapan Pengerusi/Presiden dan ahli jawatankuasa PASB...

"Semoga Puan dapat berbakti kepada PASB dengan cemerlang"

Puan?? Itu panggilan rasmi la.. Okay, puan pun puan la..

InsyaAllah akan Hida laksanakan tugas dengan sebaik mungkin demi kemajuan PASB serta ahli alumni. Terima kasih Hida ucapkan atas kepercayaan yang diberikan. Pelantikan ini Hida anggap satu tugas dan amanah yang akan Hida jaga dan pertahankan.

Teruja juga dengan pelantikan ni sebab Hida dapat kenal dengan ahli jawatankuasa induk yang bagi Hida memang di kalangan mereka adalah individu yang profesional dan hebat dalam bidang masing2 terutama jasa, khidmat dan sumbangan dalam bidang pendidikan. Hida respect  dengan apa yang mereka capai dan yang penting mereka tak sombong. Hida juga berharap dapat timba ilmu daripada mereka semua..

Isnin, 19 Mei 2014

JUJUR PUN SALAH KE?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Perbualan Hida dengan Si A..

Si A: "Awak buat PhD ke sekarang ni?"

Hida: "Ya"

Si A: "Saya memang tak layak la kawan ngan awak. Sape la saya ni, belajar tak tinggi"

Hida: "Maksud awak?"

Si A: "Ye lah orang belajar tinggi macam awak mesti nak cari yang sama taraf macam awak"

Hida: "Dah tadi awak jugak tanya sebab tak percaya umur saya dah 31 tahun tapi still belajar. Bila saya cakap yang sebenar-benarnya awak cakap macam ni plak. Awak nak saya menipu ke?"

Si A: "Ye la memang saya tanya tapi tak sangka pulak awak ni belajar tinggi"

Hida: "Abis tu kenapa? Sebab awak belajar tak tinggi? Kenapa tak belajar tinggi?"

Si A: "Tak ada peluang. Lagipun saya orang susah"

Hida: "Peluang merata awak, nak atau tak je. Jangan jadikan susah tu alasan. Saya pun orang susah. Pendidikan negara kita bagi banyak peluang. Benda ni atas diri sendiri, niat kita apa, target kita apa. Kalau kita target nak kerja, kerja yang kita dapat. Kalau target nak kawen, insyaAllah kawen yang datang dulu"

Si A: "Dulu mmg la saya target nak kerja sebab nak bantu family"

Hida: "So, itulah target awak. Benda ni ikut kemampuan dan juga kerelaan kita. Oh lupa plak, ada saya nyatakan ke nak berkawan atau berkawen sekali pun seseorang tu kena setaraf ngan saya. Maksudnya saya sekarang buat PhD, yang setaraf tu je boleh kawan ngan saya. Tak ada kan? Tolong la jangan sempitkan dan rumitkan keadaan"

Si A: "Awak marah ke?"

Hida: "Ya saya marah"

Si A: "Sebab?"

Hida: "Sebab orang yang pemikiran macam awak ni la yang jadikan orang-orang macam kami susah nak berkawan. Saya akui ada yang jenis nak berkawan setaraf dengan mereka je, tapi kita kan tahu yang tak semua macam tu. Sebab tu ada peribahasa 'don't judge a book by its cover' sebab nak elakkan daripada terjadinya 'kerna nila setitik rosak susu sebelanga'. Manusia ni berbeza. Jangan cepat sangat nak menilai dan menghukum"

Sampai situ je lah perbualan yang boleh di kongsikan. Sebenarnya Hida bukan marah cuma tak puas hati dan sedikit kecewa la. Jangan jadikan sebab belajar tinggi membezakan diri kita untuk berkawan. Belajar tu juga satu ibadah. Bila hati panas ni macam-macam terkeluar sebab bukan sekali dah banyak kali. Tak kenal pun lagi tapi boleh buat andaian sendiri. Peribahasa "kerna nila setitik rosak susu sebelanga' tu wujud untuk kita sedar supaya kita jangan jadi macam tu. Sesuatu tu kena selidik, kenal, tahu baru boleh buat penilaian..

Minta maaf la kalau nada entry ni sedikit beremosi.. Memang masa taip tu tengah beremosi pun.. Hehee.. Tapi di akhir-akhir ayat ni dah ok, rileks...



Update:

Baru teringat, suatu masa dulu pernah buat entry macam ni. JUJUR PUN SALAH??.. A jugak nama yang bertanya tu, sama la. Kenapa A? Sebab permulaan huruf adalah 'A'. Takkan nak letak nama betul kot.. :-)

Jumaat, 16 Mei 2014

16 MEI DATANG LAGI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

16 Mei datang lagi..
Selamat hari guru kepada semua pendidik..
Terima kasih mak ayah, family, guru mengaji Quran, guru-guru sekolah, pensyarah kolej/universiti dan semua yang telah mencurahkan ilmu secara langsung atau tidak langsung kepada saya.. Ilmu itu pelbagai dan anda memang layak mendapat ucapan TERIMA KASIH atas apa jua ilmu yang telah tercurah.. 

Dari merangkak ku bertatih hingga berjalan dan terus berlari,
Ku di ajar ا ب ت, ABC dan 123 hingga bisa mengaji, mengeja serta mengira,
Segala ilmu yang tercurah takkan dilupakan dan menjadi amalan sehari-hari,
Terima kasih ku ucapkan atas segala jasa dan pengorbanan yang tidak terkira..

Bila sebut pasal hari guru kita takkan lupa pada sekolah dan institusi yang banyak membantu..


Rumahku Syurgaku (1983-Sekarang)
Kelas Mengaji Quran
Tadika (walaupun hanya beberapa minggu dan kenapa biarlah rahsia.. heheee)
Sekolah Kebangsaan Kem (1990-1995)
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa (1996-2000)
Utama Banking Training Centre (2001)
Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu (2002-2005)
Universiti Utara Malaysia (2005-2009)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2009-2012)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2012-Sekarang)
Jutaan terima kasih kerna mengajar erti kehidupan agar aku tidak tersilap langkah dan haluan
Al-Fatihah buat guru-guru dan para pendidik yang telah kembali ke rahmatullah

Update:

Sambutan Hari Guru peringkat UPSI..


Selamat hari guru a.k.a pendidik buat semua pensyarah UPSI.. :-)

Khamis, 15 Mei 2014

CONGRATULATIONS ON YOUR GRADUATION!!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

2 hari berkampung di Shah Alam sempena majlis Konvokesnyen anak sedara sulung, UiTM kali ke 80. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahniah buat Aniza dan rakan-rakan serta semua graduan. Layan gambar je lah. Hida kepenatan nak rehat dan fokus thesis (Oh my thesis, dah lama tinggal) :-)


Aniza


Aniza with her parents (My Kak Long - Puan Rohani and Encik Nazari)


Aniza with her parents and siblings (Hisyam, Faizah and Najwa)


Aniza with her uncle (My Adik - Ridhzuan)


Aniza with her aunt (Me.. Hida) :-)


Aniza with her friends.. Congratulation to all of you..


Congratulations on your graduation!!!

Oh My English.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...