"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Sabtu, 22 Februari 2014

HAJAT TUNAI UMRAH TAK KESAMPAIAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..














Jodoh pertemuan, ajal maut adalah rahsia Allah..

Tarikh 19 Februari 2014, seisi keluarga digemparkan dengan berita kematian sepupu.. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un...

KOTA BHARU- “Seminggu sebelum kejadian, Abe Chik ada menyatakan hasrat untuk menunaikan umrah bersama keluarga, namun hajatnya tidak kesampaian,” kata ibu mangsa lemas, Wan Meriam Wan Othman, 52.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin, mangsa, Hamzah Hashim, 15, ditemui lemas selepas mandi di sungai terbabit bersama empat rakannya dan dikatakan keluar dari pintu pagar sekolah yang terletak hampir 50 meter dari jambatan itu, selepas tamat sesi persekolahan.

Wan Meriam berkata, Hamzah (Abe Chik) yang merupakan pelajar Tingkatan 3 tahfiz, tinggal di asrama di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Tarbiah Mardiah, Panchor dan hanya pulang hanya setiap minggu pada hari Khamis ke rumah, tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.

Namun menurutnya seminggu sebelum tragedi, anak keempat dari lima beradik itu menyatakan hasratnya untuk menunaikan umrah dan ingin mengumpul wang untuk ke Tanah Suci Makkah.

“Khamis lalu, semasa berada di rumah, ketika berada di dalam bilik tidur Abe Chik sempat menyatakan hasratnya kepada saya.

“Saya amat gembira dengan hajatnya itu, namun saya nyatakan jika tidak berkesempatan bawa semua adik beradiknya yang lain, saya hajat nak pergi bertiga bersamanya, dan juga suami, Hashim Ismail, namun tidak kesampaian,” katanya sebak.

Wan Meriam berkata, pemergian anaknya itu amat dirasai memandangkan dia, merupakan antara yang paling rapat dengan keluarga dan antara pelajar yang cemerlang dan disenangi guru dan rakan-rakan di sekolah.

“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan saya sebagai ibu yang melahirkannya, namun kejadian ini berlaku sekelip mata dan kami sekeluarga menerima ketentuan dan takdir ALLAH. Saya hanya mampu berdoa semoga rohnya dicucuri
rahmat dan ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman," katanya.

Jenazah Allahyarham Hamzah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kem, Pengkalan Chepa jam 11 pagi semalam.

Ketua Operasi dan Penyelamat, Pegawai Bomba Tinggi Pengkalan Chepa, Saipu Bahri Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.04 petang.

“Setibanya di lokasi, kami memulakan operasi mencari dengan 20 anggota termasuk Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 4.30 petang dan mayat mangsa ditemui 10 minit kemudian.

“Ketangkasan anggota berjaya menemui mayat remaja terbabit dan kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menjalani proses bedah siasat,” katanya.


Sumber: Sinar Harian (Hajat tunai umrah tak kesampaian)

Seminggu sebelum kejadian juga, mak Hida kat kampung 2 3 malam asyik bermimpi cucunya (anak abang Hida) meninggal.. Lemas kat sungai belakang rumah.. Rupanya akan kehilangan saudara terdekat..

Semoga roh Allahyarham Hamzah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Aminn.. Al-Fatihah..

Jumaat, 21 Februari 2014

MASAK-MASAK TENGAH HARI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Dah lama tak post pasal masak-masak.. Masa duk kampung rajinnya lain macam sikit, tambahan pulak bahan mentah senang je nak dapat.. Semua dah tersedia ada dalam peti ais dan kebun belakang rumah.. Kat rumah sewa ni kalau tak di beli memang tak ada la kan.. Hehee.. Tambahan plak sibuk dengan paper seminar dan juga progress thesis.. Hari ni ada masa dan tak berapa sibuk, awal-awal pagi dah masuk dapur masak.. Simple je, tapi sedappp... Hahaaa.. Ni orang panggil 'masuk bakul angkat sendiri'.. Gurau-gurau je.. :-)


Menu lunch untuk hari ni.. 


Telur goreng masak kicap.. 


Ikan cencaru (orang kelate panggil ike ko-nge) bakar sumbat lada.. Rindu sambal lada yang mak buat.. Huhuuu.. Bakar?? Kat kampung bakar guna tempurung, kiranya tradisional la.. Kat sini balut dalam aluminium foil/kertas timah, lepas tu bakar atas dapur gas je.. :-)


Ulam timun + sambal petai tumbuk + perahan limau..

Alhamdulillah.. :-)

BR1M dah boleh check hari ni.. Tahun lepas Hida dapat tapi tahun ni sebab dah bergelar pelajar tak ada harapan la kan.. Masih menunggu IPT edarkan baucer buku ni.. Tak sabar nak shopping buku..


Entry yang lepas Hida ada maklumkan pasal sakit pinggang dan sakit kelakang kan.. Dah pergi klinik, Dr bagi ubat tuk abiskan dalam masa 15 hari.. Kalau sama jugak kena jumpa Dr balik untuk dapatkan rawatan susulan.. Harap-harap tak ada apa la, tapi dah 5 hari ni sakit tak berkurang jugak.. Huhuu..

Ahad, 16 Februari 2014

LAMANYA TAK BERSENAM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Defend proposal dah lepas 14 Februari 2014, 2 hari yang lalu.. Result? Tu la 50-50 perasaan sekarang ni.. Suka ada, duka pun ada.. Huhuu.. Alhamdulillah cadangan kertas kerja dah diterima tetapi dengan penambahbaikan dengan sekali lagi pembentangan.. Arrggg.. yang ni la buatkan Hida stress dan tension yang teramat la sangat.. Apa-apa pun ni juga proses nak berjaya kan..

Nak hilangkan stress, pagi tdi bersama dua orang housemate keluar jogging (jogging la sangat.. hehee).. Sempat la buat 2 pusingan Taman Tasik Proton City, Tanjung Malim dengan berjalan kaki dan sedikit jogging.. Cadangnya nak menjerit sekuat hati kat tasik tu, tapi maklum la ni kan hari minggu.. Hehehe.. Kiranya ni warm up la.. InsyaAllah esok, esok, dan esok aktiviti ni jadi rutin harian kami.. Hidup sihat dengan bersenam..

 

 
My housemate, Najibah and Nafisoh


 
Umur dah cecah 30an ni perangai jadi pelik sikit.. Nak ke budak-budakan.. Hehee.. Berehat setelah selesai 2 pusingan.. Bukan kami je, ramai mak ayah yang join kat taman permainan ni.. :-)
 
 
Esok akan ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan pinggang.. Dah seminggu kot sakit, nak duduk, berdiri dan berjalan memang seksa sangat.. Ingatkan lepas jogging dan senaman ni okay, Nampak gayanya makin menjadi2.. Harap2 tak ada apa2..

Rabu, 12 Februari 2014

KENDURI KENDARA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

2 minggu ++ menguruskan kenduri kendara adik kat kampung dan Kuala Lumpur, semalam baru sampai Tanjung Malim untuk menguruskan hal pengajian.. Alhamdulillah majlis kenduri kawen adik, belah perempuan (Kuala Lumpur) dan belah kami (Kelantan) semuanya berjalan lancar. Hida tak ada apa nak cerita sekadar nak berkongsi gambar sekitar majlis. Rasanya gambar mampu menceritakan segalanya.. :-)

Majlis akad nikah - 1 Februari 2014, 3:30 petang, Surau Addiniyah, Taman Setapak Jaya


Rombongan kami bersama dulang gubahan abang dan kakak ipar
 

 
SAH!!! Alhamdulillah.. 2 kali lafaz..

 
Bersama kakak2 dan ipar2 serta anak2 sedara
 
Majlis persandingan - 1 Februari 2014, 9-10:30 malam, Padang Permainan Rumah Pangsa Taman Setapak Jaya

 
Rombongan geng merah dari Kelantan 'The Red Warrior'.. hehee..

 
Segak dan ayu pasangan mempelai..

 
Mempelai makan beradab bersama mak dan ayah

 
Sesi memotong kek

 
Bergambar bersama mak ayah dan 10 beradik.. Bukan senang nak berkumpul macam ni.. Hari raya pun takkan dapat gmbar mcm ni.. :-)

 
Akhirnya tinggal Hida dan adik bongsu je lagi single antara kami 10 beradik.. Sempat lgi orang duk bergmbar kat pelamin, kami posing sebelah pelamin.. Hehee..

 
My Hero.. Anak2 sedara.. Housemate cakap Hida nmpak baya mereka je.. Umur sekadar angka.. :-D

Majlis bertandang - 8 Februari 2014, Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa

 
My first touch.. Cantik tak Hida mengkreatifkan diri belajar menghias bilik pengantin?? Alhamdulillah semua berpuas hati.. Hidangan atas meja makan tu plak abang dan kak ipar yang buat.. 

 
Anak2 sedara berehat setelah kepenatan mengagihkan door gift kepada tetamu
 
 
Pada masa yang sama rombongan pengantin perempuan sampai..
 
 
Sesi mempelai bergambar

 
Sesi bergambar lagi.. Dapat anak sedara macam ni memang tak terlayan.. Boleh tahan jugak la kegilaan mereka bila berdepan kamera.. :-)
 

 Sepanjang kenduri, antara soalan yang paling mahal adalah, "Adik dah, kakaknya bila??" Mahal sampai tak terjawab.. Hehehee.. Alhamdulillah segalanya dah selesai.. Selamat pengantin baru dan selamat menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri.. Moga berkekalan hingga jannah..
 
***Jumaat (14/2/2014) ni bentang proposal.. Setelah 2 mggu terlebih enjoy ngan kenduri kendara sekarang masa tuk 100% focus pada kajian dan study..
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...