"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Sabtu, 22 Februari 2014

HAJAT TUNAI UMRAH TAK KESAMPAIAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..














Jodoh pertemuan, ajal maut adalah rahsia Allah..

Tarikh 19 Februari 2014, seisi keluarga digemparkan dengan berita kematian sepupu.. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un...

KOTA BHARU- “Seminggu sebelum kejadian, Abe Chik ada menyatakan hasrat untuk menunaikan umrah bersama keluarga, namun hajatnya tidak kesampaian,” kata ibu mangsa lemas, Wan Meriam Wan Othman, 52.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin, mangsa, Hamzah Hashim, 15, ditemui lemas selepas mandi di sungai terbabit bersama empat rakannya dan dikatakan keluar dari pintu pagar sekolah yang terletak hampir 50 meter dari jambatan itu, selepas tamat sesi persekolahan.

Wan Meriam berkata, Hamzah (Abe Chik) yang merupakan pelajar Tingkatan 3 tahfiz, tinggal di asrama di Sekolah Menengah Ugama (SMU) Tarbiah Mardiah, Panchor dan hanya pulang hanya setiap minggu pada hari Khamis ke rumah, tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.

Namun menurutnya seminggu sebelum tragedi, anak keempat dari lima beradik itu menyatakan hasratnya untuk menunaikan umrah dan ingin mengumpul wang untuk ke Tanah Suci Makkah.

“Khamis lalu, semasa berada di rumah, ketika berada di dalam bilik tidur Abe Chik sempat menyatakan hasratnya kepada saya.

“Saya amat gembira dengan hajatnya itu, namun saya nyatakan jika tidak berkesempatan bawa semua adik beradiknya yang lain, saya hajat nak pergi bertiga bersamanya, dan juga suami, Hashim Ismail, namun tidak kesampaian,” katanya sebak.

Wan Meriam berkata, pemergian anaknya itu amat dirasai memandangkan dia, merupakan antara yang paling rapat dengan keluarga dan antara pelajar yang cemerlang dan disenangi guru dan rakan-rakan di sekolah.

“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan saya sebagai ibu yang melahirkannya, namun kejadian ini berlaku sekelip mata dan kami sekeluarga menerima ketentuan dan takdir ALLAH. Saya hanya mampu berdoa semoga rohnya dicucuri
rahmat dan ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman," katanya.

Jenazah Allahyarham Hamzah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kem, Pengkalan Chepa jam 11 pagi semalam.

Ketua Operasi dan Penyelamat, Pegawai Bomba Tinggi Pengkalan Chepa, Saipu Bahri Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.04 petang.

“Setibanya di lokasi, kami memulakan operasi mencari dengan 20 anggota termasuk Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 4.30 petang dan mayat mangsa ditemui 10 minit kemudian.

“Ketangkasan anggota berjaya menemui mayat remaja terbabit dan kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk menjalani proses bedah siasat,” katanya.


Sumber: Sinar Harian (Hajat tunai umrah tak kesampaian)

Seminggu sebelum kejadian juga, mak Hida kat kampung 2 3 malam asyik bermimpi cucunya (anak abang Hida) meninggal.. Lemas kat sungai belakang rumah.. Rupanya akan kehilangan saudara terdekat..

Semoga roh Allahyarham Hamzah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Aminn.. Al-Fatihah..

2 ulasan:

shameel Iskandar berkata...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
moga Allahyarham damai di sana. Salam takziah buat Haida dan keluarga.

HiDa berkata...

@shameel Iskandar: Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...