"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Ahad, 16 Februari 2014

LAMANYA TAK BERSENAM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Defend proposal dah lepas 14 Februari 2014, 2 hari yang lalu.. Result? Tu la 50-50 perasaan sekarang ni.. Suka ada, duka pun ada.. Huhuu.. Alhamdulillah cadangan kertas kerja dah diterima tetapi dengan penambahbaikan dengan sekali lagi pembentangan.. Arrggg.. yang ni la buatkan Hida stress dan tension yang teramat la sangat.. Apa-apa pun ni juga proses nak berjaya kan..

Nak hilangkan stress, pagi tdi bersama dua orang housemate keluar jogging (jogging la sangat.. hehee).. Sempat la buat 2 pusingan Taman Tasik Proton City, Tanjung Malim dengan berjalan kaki dan sedikit jogging.. Cadangnya nak menjerit sekuat hati kat tasik tu, tapi maklum la ni kan hari minggu.. Hehehe.. Kiranya ni warm up la.. InsyaAllah esok, esok, dan esok aktiviti ni jadi rutin harian kami.. Hidup sihat dengan bersenam..

 

 
My housemate, Najibah and Nafisoh


 
Umur dah cecah 30an ni perangai jadi pelik sikit.. Nak ke budak-budakan.. Hehee.. Berehat setelah selesai 2 pusingan.. Bukan kami je, ramai mak ayah yang join kat taman permainan ni.. :-)
 
 
Esok akan ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan pinggang.. Dah seminggu kot sakit, nak duduk, berdiri dan berjalan memang seksa sangat.. Ingatkan lepas jogging dan senaman ni okay, Nampak gayanya makin menjadi2.. Harap2 tak ada apa2..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Proton City, rindunya. Tempat jatuh lg di kenang. Dulu pun Wawa selalu jogging ngan teman2 kat sana. Dah 5 tahun tinggalkan UPSI dan Tanjung Malim.

Moga Hida baik-baik ya. Kalau sakit better rehat dulu jangan kuat sangat bersenam tu. :)

HiDa berkata...

Tanpa Nma (Wawa): ex-student UPSI ya.. mesti byk kenangan kat sini kan.. UPSI dah ada campus baru, dekat je ngan tasik proton city..

Alhamdulillah sakit dah ok sikit.. bukan bersenam sangat pun, jenjalan je.. tq Wawa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...