"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Sabtu, 29 Mac 2014

ANAK SAUDARA KE 30

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Jam 12:45 tengah hari kakak di bawa ke bilik pembedahan.. Ini kali ke 3 kakak bersalin, dan ketiga2nya dengan kaedah 'caesarean'.. Anak yang pertama meninggal 4 hari selepas dilahirkan kerana ketumbuhan.. Anak ke dua dah setahun lebih.. Tepat jam 1:32 petang 27 Mac 2014, lahirnya baby ke dua (rasminya ke tiga) Puan Rohaya Ibrahim di KPJ, Selangor.. Alhamdulillah ibu dan baby sihat.. Kakak dapat anak lelaki, 2.95kg.. Hida bersama mak, abang ipar dan anak sedara lelaki sulung setia menunggu dari masa pendaftaran jam 8 pagi hinggalah ke malam.. Pagi esoknya, awal2 pagi terpaksa pulang ke Tanjung Malim.. Thesis tengah menunggu untuk di 'proses'.. Hehee..

Ini anak sedara Hida yang ke 30.. Alhamdulillah rezeki keluarga besar.. Jom layan gambar2 baby..


Baby bersama sepupunya, Mohd Nazmi.. 

Baby bersama Tok Mek.. Cucu yang ke 30.. 

Baby bersama abang Umar.. Mula2 sampai langsung tak nak tengok adik dia. Jeling dari jauh.. Pastu mula dekat tapi nak sentuh2 mcm tu je..

Mohd Umar Sharif cuba bermesra dengan adik Mohd Ammar Yazid..


Terpaksa buka citer feveret dia, POCOYO.. Kalau tak asyik nak panjat katil, nak peluk umi..














Selamat datang ke dunia baru sayangku.. InsyaAllah Mak Cik sentiasa doakan moga anak-anak akan kuat dan tabah hadapi segala cabaran dan dugaan di pentas dunia yang pelbagai pancaroba ini.. Mak cik juga doakan moga anak-anak menjadi anak yang soleh, dapat berbakti kepada kedua orang tua, agama, bangsa dan negara..


1 ulasan:

ury berkata...

Alhamdullillah.. dah bertambah ramai anak buah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...