"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Isnin, 24 Mac 2014

MH370

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Dah lama tak update blog. Banyak aktiviti kat kampus yang memerlukan 100% fokus. Alhamdulillah 2 minggu lepas Konvensyen Pendidikan Nasional 2014 kali ke 14 berjalan dengan lancar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin. Hida salah seorang daripada AJK, tapi lebih kepada AJK bidang terjun. Hehee. Apa-apa pun banyak pengalaman yang Hida dapat daripada program tersebut.

Minggu lepas Hida juga telah dapat kerja sebagai Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) kepada penyelia. Alhamdulillah dapat la menampung pengajian nanti. Selain itu, dalam perbincangan dengan ahli jawatankuasa untuk perlantikan timbalan setiausaha Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) UPSI. Kalau dapat Alhamdulillah, tak dapat pun ok je. Dengan jawatan-jawatan sampingan ni mudah-mudahan Hida tak lalai dari tugas utama iaitu menghabiskan tempoh pengajian dan penyelidikan yang berbaki 2 semester lagi. InsyaAllah.. Sekarang pun tengah siapkan kertas prosiding untuk 2 seminar pada bulan April dan Mei.. :-)

Berbalik kepada tajuk entry di atas, Hida sebenarnya tak ada la nak cakap banyak sebab tak berapa arif dalam bidang ni. Tapi sentiasa ikuti dari hari pertama hingga sekarang. Hida amat terkesan bila mendengar rintihan dan luahan keluarga penumpang MH370. Ya, hati terdetik "bagaimanalah kalau aku ditempat mereka?". Tiba-tiba tanpa di paksa airmata mengalir dan berguguran. Simpati atas apa yang mereka lalui. Hida sentiasa doakan moga segala usaha pencarian MH370 dipemudahkan olehNYA..


MH370

Kehilangan mu meruntung jiwa, 
Tiada khabar dari mu menjadi tanda tanya, 
Hari demi hari diri mu menjadi bualan dan perhatian dunia, 
Deraian airmata bagai hujan yang mencurah, 
Cerita kegagahan mu di angkasa memberi seribu harapan, 
Pulanglah kerna kami setia menanti.. 
Hanya DOA yang bisa kami panjatkan pada Ilahi agar kau kembali.. 

#PrayForMH370 #DoaUntukMH370

Update: 
Innalillahi wainnailaihi rojiun... MH370 Telah disahkan terhempas di lautan hindi. Perdana Menteri telah membuat pengumuman sebentar tadi.. Al-Fatihah..


p/s: 27hb Mac 2014, akak akan masuk dewan bedah.. Bersalin anak ke 2 dan anak sedara Hida yang ke 30.. Moga dipermudahkan segalanya. Mudah-mudahan tarikh tu juga Hida tak sibuk, dapatlah temankan mak kat sana.. :-)

2 ulasan:

akuanakpahang berkata...

Semoga dipermudahkan segalanya. Amat diharapkan agar ianya ditemui...

HiDa berkata...

@akuanakpahang: Amin.. sama2 kita doakan moga dipermudahkan segala usaha pencarian MH370..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...