"Ya Allah Ya Tuhanku.... Sesungguhnya kepada Engkau aku meminta dan tempat untuk aku mengadu. Kau lindungilah aku, keluargaku dan teman-temanku serta muslimin dan muslimat daripada kejahatan dan tipu daya syaitan yang di rejam. Kau permudahkanlah segala urusan seharian kami, murahkanlah rezeki kami, berkatilah perjalanan hidup kami. Tunjukanlah kami agar terus berada di jalan yang lurus & diredhai Mu Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada Engkau aku berserah... Aamiin..."

Rabu, 21 Mei 2014

PELANTIKAN SEBAGAI AMANAH

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Akhirnya secara rasmi di lantik sebagai Penolong Setiausaha I Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).



Harapan Pengerusi/Presiden dan ahli jawatankuasa PASB...

"Semoga Puan dapat berbakti kepada PASB dengan cemerlang"

Puan?? Itu panggilan rasmi la.. Okay, puan pun puan la..

InsyaAllah akan Hida laksanakan tugas dengan sebaik mungkin demi kemajuan PASB serta ahli alumni. Terima kasih Hida ucapkan atas kepercayaan yang diberikan. Pelantikan ini Hida anggap satu tugas dan amanah yang akan Hida jaga dan pertahankan.

Teruja juga dengan pelantikan ni sebab Hida dapat kenal dengan ahli jawatankuasa induk yang bagi Hida memang di kalangan mereka adalah individu yang profesional dan hebat dalam bidang masing2 terutama jasa, khidmat dan sumbangan dalam bidang pendidikan. Hida respect  dengan apa yang mereka capai dan yang penting mereka tak sombong. Hida juga berharap dapat timba ilmu daripada mereka semua..

Isnin, 19 Mei 2014

JUJUR PUN SALAH KE?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Perbualan Hida dengan Si A..

Si A: "Awak buat PhD ke sekarang ni?"

Hida: "Ya"

Si A: "Saya memang tak layak la kawan ngan awak. Sape la saya ni, belajar tak tinggi"

Hida: "Maksud awak?"

Si A: "Ye lah orang belajar tinggi macam awak mesti nak cari yang sama taraf macam awak"

Hida: "Dah tadi awak jugak tanya sebab tak percaya umur saya dah 31 tahun tapi still belajar. Bila saya cakap yang sebenar-benarnya awak cakap macam ni plak. Awak nak saya menipu ke?"

Si A: "Ye la memang saya tanya tapi tak sangka pulak awak ni belajar tinggi"

Hida: "Abis tu kenapa? Sebab awak belajar tak tinggi? Kenapa tak belajar tinggi?"

Si A: "Tak ada peluang. Lagipun saya orang susah"

Hida: "Peluang merata awak, nak atau tak je. Jangan jadikan susah tu alasan. Saya pun orang susah. Pendidikan negara kita bagi banyak peluang. Benda ni atas diri sendiri, niat kita apa, target kita apa. Kalau kita target nak kerja, kerja yang kita dapat. Kalau target nak kawen, insyaAllah kawen yang datang dulu"

Si A: "Dulu mmg la saya target nak kerja sebab nak bantu family"

Hida: "So, itulah target awak. Benda ni ikut kemampuan dan juga kerelaan kita. Oh lupa plak, ada saya nyatakan ke nak berkawan atau berkawen sekali pun seseorang tu kena setaraf ngan saya. Maksudnya saya sekarang buat PhD, yang setaraf tu je boleh kawan ngan saya. Tak ada kan? Tolong la jangan sempitkan dan rumitkan keadaan"

Si A: "Awak marah ke?"

Hida: "Ya saya marah"

Si A: "Sebab?"

Hida: "Sebab orang yang pemikiran macam awak ni la yang jadikan orang-orang macam kami susah nak berkawan. Saya akui ada yang jenis nak berkawan setaraf dengan mereka je, tapi kita kan tahu yang tak semua macam tu. Sebab tu ada peribahasa 'don't judge a book by its cover' sebab nak elakkan daripada terjadinya 'kerna nila setitik rosak susu sebelanga'. Manusia ni berbeza. Jangan cepat sangat nak menilai dan menghukum"

Sampai situ je lah perbualan yang boleh di kongsikan. Sebenarnya Hida bukan marah cuma tak puas hati dan sedikit kecewa la. Jangan jadikan sebab belajar tinggi membezakan diri kita untuk berkawan. Belajar tu juga satu ibadah. Bila hati panas ni macam-macam terkeluar sebab bukan sekali dah banyak kali. Tak kenal pun lagi tapi boleh buat andaian sendiri. Peribahasa "kerna nila setitik rosak susu sebelanga' tu wujud untuk kita sedar supaya kita jangan jadi macam tu. Sesuatu tu kena selidik, kenal, tahu baru boleh buat penilaian..

Minta maaf la kalau nada entry ni sedikit beremosi.. Memang masa taip tu tengah beremosi pun.. Hehee.. Tapi di akhir-akhir ayat ni dah ok, rileks...



Update:

Baru teringat, suatu masa dulu pernah buat entry macam ni. JUJUR PUN SALAH??.. A jugak nama yang bertanya tu, sama la. Kenapa A? Sebab permulaan huruf adalah 'A'. Takkan nak letak nama betul kot.. :-)

Jumaat, 16 Mei 2014

16 MEI DATANG LAGI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

16 Mei datang lagi..
Selamat hari guru kepada semua pendidik..
Terima kasih mak ayah, family, guru mengaji Quran, guru-guru sekolah, pensyarah kolej/universiti dan semua yang telah mencurahkan ilmu secara langsung atau tidak langsung kepada saya.. Ilmu itu pelbagai dan anda memang layak mendapat ucapan TERIMA KASIH atas apa jua ilmu yang telah tercurah.. 

Dari merangkak ku bertatih hingga berjalan dan terus berlari,
Ku di ajar ا ب ت, ABC dan 123 hingga bisa mengaji, mengeja serta mengira,
Segala ilmu yang tercurah takkan dilupakan dan menjadi amalan sehari-hari,
Terima kasih ku ucapkan atas segala jasa dan pengorbanan yang tidak terkira..

Bila sebut pasal hari guru kita takkan lupa pada sekolah dan institusi yang banyak membantu..


Rumahku Syurgaku (1983-Sekarang)
Kelas Mengaji Quran
Tadika (walaupun hanya beberapa minggu dan kenapa biarlah rahsia.. heheee)
Sekolah Kebangsaan Kem (1990-1995)
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa (1996-2000)
Utama Banking Training Centre (2001)
Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu (2002-2005)
Universiti Utara Malaysia (2005-2009)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2009-2012)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2012-Sekarang)
Jutaan terima kasih kerna mengajar erti kehidupan agar aku tidak tersilap langkah dan haluan
Al-Fatihah buat guru-guru dan para pendidik yang telah kembali ke rahmatullah

Update:

Sambutan Hari Guru peringkat UPSI..


Selamat hari guru a.k.a pendidik buat semua pensyarah UPSI.. :-)

Khamis, 15 Mei 2014

CONGRATULATIONS ON YOUR GRADUATION!!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

2 hari berkampung di Shah Alam sempena majlis Konvokesnyen anak sedara sulung, UiTM kali ke 80. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahniah buat Aniza dan rakan-rakan serta semua graduan. Layan gambar je lah. Hida kepenatan nak rehat dan fokus thesis (Oh my thesis, dah lama tinggal) :-)


Aniza


Aniza with her parents (My Kak Long - Puan Rohani and Encik Nazari)


Aniza with her parents and siblings (Hisyam, Faizah and Najwa)


Aniza with her uncle (My Adik - Ridhzuan)


Aniza with her aunt (Me.. Hida) :-)


Aniza with her friends.. Congratulation to all of you..


Congratulations on your graduation!!!

Oh My English.. :-)

Ahad, 11 Mei 2014

SANTAI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Dah lama tak berkelah. Hari ni luangkan masa bersama kawan-kawan rumah lepak kat air terjun Kalumpang, Kuala Kubu Baru. Last datang sini 3 tahun lepas kot. Dalam 30 minit dari rumah Hida kat Taman Universiti. Jika search google, Kalumpang ni banyak aktiviti dan ada resort, tapi Hida dan kawan-kawan just lepak kat tempat awam. Tak ada sebarang bayaran. Tempat parking pun kalau nak betul-betul dekat ngan kawasan air terjun kira 'siapa cepat dia dapat'. Hehehe. Hari ni pergi bertiga je tapi tetap seronok sebab masing-masing nak release tension tak nak pikir pasal thesis dan kajian buat sementara waktu. Layan je la gambar-gambar kat bawah..



Nyaman, tenang dan mendamaikan.. Kebetulan hari ni hari minggu, ramai la yang datang berkunjung, beriadah bersama keluarga dan teman-teman..


Nafisoh ngan wajah cerianya selepas dah submit 2 full paper tuk seminar hujung bulan Mei ni..


Kawan cakap dah macam nak bertapa.. Hahaa.. Bertapa pun bertapa la janji hati tenang.. :)


Makan sambil kaki berendam air.. Ada jugak la rasa macam musim banjir.. Hehee..


Najibah yang memang excited sangat nak datang sini.. Dia sorang je yang mandi sampai berenang-renang.. Katanya Najibah versi 'Mermaid'.. :-)


Ya Allah, indah sungguh ciptaanMU.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...